omniture

The Chairman di Hong Kong Menduduki Tempat Pertama bagi Anugerah Asia's 50 Best Restaurants 2021

Asia's 50 Best Restaurants
2021-03-25 20:38 79

HONG KONG, 25 Mac 2021 /PRNewswire/ -- The Chairman telah mendapat penganugerahan tertinggi pada majlis anugerah Asia's 50 Best Restaurants 2021, sebagai restoran Hong Kong yang pertama menduduki tempat pertama dan meraih gelaran Restoran Terbaik di Asia yang ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna serta gelaran Restoran Terbaik di China.

The Chairman in Hong Kong Takes No.1 Spot at Asia’s 50 Best Restaurants 2021 Awards, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna.
The Chairman in Hong Kong Takes No.1 Spot at Asia’s 50 Best Restaurants 2021 Awards, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna.

Senarai pemenang tahun 2021 telah diumumkan pada hari ini dalam sebuah majlis maya yang disiarkan kepada khalayak global. Kini dalam edisi kesembilannya, senarai pemenang pada tahun 2021 ini menampilkan 11 peserta yang menyertainya buat kali pertama. Hong Kong menduduki senarai dengan 11 buah restoran, diikuti oleh Jepun dengan sembilan restoran dan Singapura dengan lapan restoran.

Hong Kong juga diwakili oleh Vea (tempat ke-16), penerima anugerah Gin Mare Art of Hospitality Award pada tahun ini. Tanah Besar China diwakili oleh Fu He Hui (tempat ke-22) manakala Wing Lei Palace dari Macau telah kembali kepada kedudukan ke-50 dalam senarai tersebut.

Anugerah Negara Individu 

Jepun
Den
 mengekalkan kedudukannya pada tempat ke-3 bagi memenangi gelaran Restoran Terbaik di Jepun untuk tahun keempat berturut-turut. Meningkat sebanyak 29 anak tangga kepada kedudukan ke-19 L'Effervescence dari Tokyo merupakan pemenang anugerah Beronia Highest Climber Award pada tahun ini.

Singapura
Setelah menduduki tempat pertama selama dua tahun berturut-turut, Odette turun ke tempat ke-2 dan mengekalkan gelaran Restoran Terbaik di Singapura.

Singapura mempunyai tiga pendatang baharu yang menduduki senarai tersebut: Cloudstreet (tempat ke-31), Euphoria (tempat ke-41) dan Labyrinth (tempat ke-40). Labyrinth juga memenangi anugerah Flor de Caña Sustainable Restaurant Award untuk polisi penyumberan lestarinya, setelah dipilih oleh Food Made Good Global, rakan kongsi audit kelestarian 50 Best's. Meta yang turut terletak di negara tersebut memenangi anugerah American Express One To Watch Award.

Thailand
Cef popular, Gaggan Anand kembali ke dalam senarai tersebut melalui restoran di Bangkok yang menggunakan namanya, Gaggan Anand dan mendapat tempat ke-5 serta memenangi anugerah  Highest New Entry Award, yang ditaja Aspire Lifestyles.

Cef Thitid 'Ton' Tassanakajohn mempunyai dua sebab untuk meraikannya. Le Du (tempat ke-4) restoran berprofil tinggi beliau telah dinobatkan sebagai Restoran Terbaik di Thailand buat pertama kali, manakala restoran terbaru beliau Nusara debut pada tempat ke-20.

Taiwan
Mume
meningkat sebanyak tiga anak tangga kepada kedudukan ke-15 dan meraih gelaran Restoran Terbaik di Taiwan untuk tahun ketiga, manakala Logy, restoran seinduk Florilège di Taipei, penyertaan pertama kalinya telah menduduki tempat ke-24.

Taipei juga memenangi anugerah Asia's Best Pastry Chef. Sebagai pakar pastri di Taïrroir, cef Angela Lai yang dilahirkan di Singapura merupakan penerima anugerah yang layak, menggembirakan pelanggan dengan makanan ciptaannya yang berseni selama lima tahun yang lalu.

Korea Selatan
Mingles
 dinobatkan sebagai Restoran Terbaik di Korea untuk tahun keenam berturut-turut, manakala Mingoo Kang, cef merangkap pemilik restoran memenangi anugerah Inedit Damm Chefs' Choice Award. Korea Selatan menyaksikan dua penyertaan baharu dalam senarai tersebut: 7th Door (tempat ke-34) dan Born & Bred (tempat ke-36).

Anugerah-anugerah serantau lain yang penting 

Ministry of Crab di Colombo (tempat ke-29) kekal dengan gelaran Restoran Terbaik di Sri Lanka, manakala Toyo Eatery (tempat ke-49) mengekalkan gelarannya sebagai Restoran Terbaik di Filipina untuk tahun ketiga.

Indian Accent (tempat ke-18) dinobatkan sebagai Restoran Terbaik di India, manakala Masque di Mumbai merupakan penerima anugerah One To Watch Award pada tahun 2020 dengan debut pada senarai tersebut di tempat ke-32.

Tempat ke-39 dalam senarai tersebut iaitu Anan Saigon dinobatkan sebagai Restoran Terbaik di Vietnam.

William Drew, Pengarah Kandungan Asia's 50 Best Restaurants berkata: "Pada tahun lalu, sektor restoran telah menghadapi cabaran yang amat luar biasa. Kami berbangga dapat menyokong restoran-restoran dalam proses pemulihan mereka dengan mempamerkan bakat kreatif di rantau ini, meraikan perintis industri dan mengiktiraf kecemerlangan kulinari."

Senarai pemenang tahun 2021 Asia's 50 Best Restaurants boleh dilihat dalam talian di  theworlds50best.com/asia/en

Sila hubungi:  CatchOn, A Finn Partners Company
E-mel: asias50best@finnpartners.com
Phone: +852 2566 8988

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1474122/the_chairman_in_hong_kong.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1441574/Asias50Best_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

 

Source: Asia's 50 Best Restaurants
Keywords: Food/Beverages Publishing/Information Service Restaurants Retail Travel Awards Survey, Polls & Research