omniture

Penyelesaian Berasaskan Teknologi dan Senario Inovatif Huawei Dayakan Semua Industri

-- Huawei Mencadangkan Model Berpacu Nilai Untuk Pendigitalan Industri dalam Era Pasca-pandemik
Huawei
2021-03-25 22:42 315

SHENZHEN, China, 25 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengadakan Persidangan Transformasi Digital Industri dalam taliannya yang bertema "Nilai Baharu Bersama-sama". Hampir 50 pelanggan dan rakan kongsi dari lebih 10 negara dan wilayah berkongsi amalan industri mereka dan bersama-sama meneroka nilai baharu daripada transformasi digital dalam era pasca-pandemik.

 

 

Ken Hu, Pengerusi Bergilir Huawei
Ken Hu, Pengerusi Bergilir Huawei

Dalam ucapan beliau. En. Ken Hu, Pengerusi Bergilir Huawei menyatakan bahawa transformasi digital semakin dipercepatkan dalam industri-industri dan penerimaan awan penuh akan berlaku 1 hingga 3 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan. Menuju digital bukan lagi hanya untuk syarikat-syarikat internet. Ia berkembang ke industri-industri tradisional dan dari pejabat ke lantai pengeluaran. Kami akan terus berinovasi dalam penyelesaian berasaskan teknologi dan senario bagi membantu semua industri memanfaatkan peluang ini.

Setakat ini, Huawei telah membina 13 Makmal Terbuka di seluruh dunia bagi menyokong inovasi bersama. Di tempat-tempat seperti Munich dan Dubai, syarikat tersebut bekerjasama dengan hampir 900 rakan ekosistem untuk menginkubasikan penyelesaian yang berbeza untuk senario industri. Setakat ini, ia berjaya mengesahkan lebih daripada 60 penyelesaian dalam bidang-bidang bermula daripada peruncitan pintar hinggalah pembuatan pintar. Dari segi teknologi, Huawei berinovasi dalam bidang-bidang seperti kampus pintar, rangkaian deterministik, pusat daya bersepadu hiper, awan pintar dan tenaga mesra alam bagi meletakkan asas demi masa depan yang pintar.

Model Berpacu Nilai untuk Pendigitalan Industri: Mencipta Nilai Baharu Melalui Penambahbaikan Berterusan Berdasarkan Perniagaan dan Senario

Idea dan model harus diuji dalam situasi sebenar. Setelah bertahun-tahun berlatih, Huawei mencadangkan model berpacu nilai untuk pendigitalan industri. Huawei menegaskan bahawa transformasi digital harus difokuskan kepada keadaan perniagaan dan senario sebenar yang selanjutnya dapat digunakan untuk mencipta nilai buat pelanggan melalui penambahbaikan berterusan.

Dalam ucapan dasar beliau, En. Peng Zhongyang, Ahli Lembaga, Presiden Enterprise BG, Huawei, menegaskan bahawa tiga prinsip asas harus diikuti semasa transformasi digital. Pertama, syarikat-syarikat harus terus bertumpukan pelanggan yang merupakan titik permulaan transformasi digital. Kedua, mereka perlu merebut dua faktor penting: penumpuan teknologi dan senario merupakan kunci pendigitalan manakala awan adalah amat penting untuk pengoptimuman berterusan dan penciptaan nilai dalam era digital. Ketiga, perniagaan harus memberi tumpuan pada keperluan pelanggan untuk membina ekosistem digital simbiotik dan berkongsi dari tiga dimensi: penerokaan senario, pembinaan kapasiti dan model kerjasama untuk bersama-sama mencipta nilai baharu untuk industri-industri.

Cabaran baharu dan ketidaktentuan akan muncul dalam era pasca-pandemik. Huawei akan menjadi lebih terbuka dan terus bekerjasama dengan 30,000 rakan kongsi global kami untuk saling melengkapi kekuatan satu sama lain dan membantu menangani cabaran baharu.

Peng Zhongyang, Ahli Lembaga, Presiden Enterprise BG, Huawei
Peng Zhongyang, Ahli Lembaga, Presiden Enterprise BG, Huawei

Bekerjasama dengan Pelanggan untuk Mencipta Nilai Baharu dalam Industri

Huawei komited untuk bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk mengintegrasikan senario perniagaan teras dengan teknologi ICT dan mempercepatkan pendigitalan industri dan penaiktarafan melalui penyelesaian inovatif khusus-senario. Ini juga merupakan kunci pendigitalan industri ini.

Dalam sektor kewangan, melalui inovasi bersama dengan rakan kongsi, Huawei menyediakan NCBA Bank Kenya, iaitu bank komersial terbesar di sub wilayah Afrika Timur dengan sistem teras digital baharu. Sistem tersebut menyediakan perkhidmatan kewangan inklusif untuk lebih daripada 18 juta pengguna di Kenya dan negara-negara jiran, memperkasa ekonomi sebenar dan menggalakkan pembangunan sosial yang mampan. Eric Muriuki Njagi, Pengarah NCBA Digital Services, berkata: "Kerjasama kami bersama Huawei bertujuan untuk menyelesaikan masalah semasa selain merebut peluang baharu yang dibawa oleh perkhidmatan masa depan."

Dalam sektor pengangkutan, Dr. Georgia Ayfantopoulou, Pengarah Penyelidikan Infrastruktur Pintar, Rangkaian, Mobiliti & Logistik; Timbalan Pengarah Hellenic Institute of Transport (HIT) Center for Research & Technology Hellas (CERTH), menjadikan Eropah sebagai contoh dan berkongsi situasi transformasi digital pembinaan pelabuhan. Pelabuhan Kesatuan Eropah (EU) menawarkan perkhidmatan kepada armada maritim global (Greece, sebagai contoh disenaraikan di tempat pertama dengan bahagian 17% daripada armada dunia pada tahun 2020). Pelabuhan laut dan industri perkapalan merupakan pertalian penting bagi ekonomi EU, namun menghadapi cabaran seperti jurang prestasi struktur, kekurangan infrastruktur berkualiti tinggi di pelabuhan dan perkhidmatan berprestasi rendah yang lain. Bagi menangani isu ini, EU telah merumuskan agenda strategik untuk pelabuhan Eropah, memfokuskan pada infrastruktur maritim sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan daya saing global EU.

Dalam konteks ini, Cadangan Pelabuhan Hijau telah dibangunkan dengan kerjasama antara CERTH dan Huawei. Dr. Georgia Ayfantopoulou berkata: "Projek Pelabuhan Hijau sangat terlibat dalam proses transformasi ekosistem pelabuhan: pengguna pelabuhan berserta pihak berkuasa pelabuhan, bandar-bandar tersebut cuba menyelesaikan masalah kebolehcapaian, kecekapan, pengoptimuman operasi dan kesan terhadap alam sekitar. Pelabuhan masa depan bersifat mampan, pintar, berbilang mod dan saling hubung. Penyelesaian teknologi daripada rakan-rakan kongsi seperti Huawei akan menyumbang untuk mengatasi pelbagai cabaran dengan cekap."

Dalam sektor pendidikan, Soochow University bekerjasama dengan Huawei untuk bersama-sama membina "Soochow University berasaskan Awan" yang berciri digital dan pintar. Melalui projek ini, semua individu, persekitaran, objek, selain aktiviti akademik dan kebudayaan di kampus didigitalkan dan dicerminkan pada awan, bagi membolehkan integrasi digital dalam pengajaran, penyelidikan saintifik dan pengurusan.

Xiong Sidong, Presiden Soochow University, mengulas dalam ucapan dasar beliau: "Soochow University dan Huawei telah mengaplikasikan teknologi canggih seperti AI, data raya, pengkomputeran awan dan IoT dalam perancangan dan pembinaan kampus berasaskan awan bagi tujuan pertukaran maklumat dan perkongsian data. Matlamat kami adalah untuk membantu bentuk universiti baharu yang dibina dengan teknologi masa depan dan mengintegrasikan realiti dan interaksi maya."

Dalam industri tenaga, Gao Kunlun, Ahli Biasa D2 Jawatankuasa Pengajian CIGRE dan Naib Presiden Global Energy Interconnection Research Institute menyatakan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, AI beransur-ansur diaplikasikan dalam banyak bidang seperti penyelenggaraan peralatan, operasi grid kuasa dan khidmat pelanggan. Biarpun aplikasi ini meningkatkan kecekapan dan faedah grid kuasa dengan berkesan, ia juga mendedahkan batasan teknikal. Menerusi pembangunan teori dan teknologi AI, sistem kuasa elektrik berkuasa AI kini berupaya dalam pembelajaran pengetahuan dan pengoptimuman pembuatan keputusan bebas dalam persekitaran rumit, memainkan peranan yang amat penting dalam perkhidmatan utama seperti penjanaan kuasa berautonomi dan penjadualan grid kuasa berautonomi.

Mulai 24 hingga 26 Mac, Huawei menganjurkan Persidangan Transformasi Digital Industri 2021 secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di https://e.huawei.com/en/events/industry-digital-transformation/2021 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services