omniture

Amplicore, Inc. Mengumumkan Kejayaan Penutupan Pusingan Dana Permulaan Bernilai $4 Juta

Amplicore, Inc.
2021-03-26 22:39

CINCINNATI, 26 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Amplicore Inc., sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat awal yang kini sedang membangunkan penyelesaian terapeutik tempatan dan invasif secara minimum bagi penyakit muskuloskeletal, telah berjaya menutup siri pusingan dana awalnya bernilai $4 juta. Pelaburan ini diterajui oleh Photon Fund, dengan penyertaan daripada Industrial Technology Investment Corporation, Berkeley Catalyst Fund dan SVE Capital.


"Kami sangat gembira dapat mencapai kejayaan penting ini dan dengan adanya sekumpulan pelabur terkemuka yang menyokong sains dan visi kami," kata Dr. Chia-Ying (James) Lin, Pengasas merangkap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. "Hasil pembiayaan ini akan membolehkan Amplicore melengkapkan pembangunan praklinikal dua produk utamanya, AM3101 dan AM1101 serta meletakkan syarikat pada kedudukan pusingan pembiayaan seterusnya." 

Amplicore juga memanfaatkan kajian tentang penyembuhan koyakan meniskus akut selepas pembaikan melalui pembedahan, yang disokong oleh geran daripada Jabatan Pertahanan AS (Department of Defense, DoD). Koyakan meniskus merupakan antara kecederaan lutut yang paling biasa dan sering dikaitkan dengan kecederaan sukan dan ketenteraan pada sendi lutut. Sebahagian besar meniskus adalah tisu avaskular dan bekalan darah yang terhad ke kawasan ini menghalang proses penyembuhan serta mengakibatkan kegagalan pembedahan pada kadar kira-kira 25%. Teknologi Amplicore telah menunjukkan hasil praklinikal yang mempunyai harapan cerah sebagai pendekatan regeneratif dan invasif secara minimum yang berpotensi untuk menangani kecederaan tisu lembut.

Syarikat ini juga membangunkan AM1101 sebagai rawatan untuk osteoartritis (OA) yang direka bagi mengurangkan kesakitan sendi OA, menghalang degradasi tulang rawan dan menggalakkan pertumbuhan semula tisu tulang rawan yang terjejas akibat penyakit ini. AM1101 menangani keperluan besar perubatan yang tidak dapat dipenuhi dalam rawatan OA, sejenis penyakit kelesuan dan kemerosotan muskuloskeletal.

Tentang Amplicore, Inc.

Amplicore, Inc. ialah sebuah syarikat permulaan bioteknologi peringkat awal berdasarkan teknologi yang dibangunkan di makmal Dr. Chia-Ying James Lin, pengasas syarikat, di Universiti Cincinnati. Beribu pejabat di Mason, Ohio, syarikat ini didedikasikan untuk membangunkan terapi suntikan baharu untuk memenuhi keperluan perubatan bagi gangguan muskuloskeletal degeneratif. Tidak seperti terapi sedia ada yang memberi tumpuan kepada rawatan paliatif gangguan ini, Amplicore mengambil pendekatan regeneratif untuk merawat osteoartritis sendi, kerosakan tulang rawan, penyakit cakera degeneratif dan koyakan meniskus akut. Produk utama syarikat iaitu AM3101 dan AM1101, masing-masing telah menangani kekurangan yang ketara dalam standard penjagaan semasa untuk rawatan koyakan meniskus akut dan OA. Misi kami adalah untuk menterjemahkan inovasi saintifik menjadi produk yang berkesan tetapi invasif secara minimum yang dapat disampaikan dengan mudah kepada pesakit.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1474702/amplicore.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1474463/Amplicore_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Amplicore, Inc.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Venture Capital