omniture

Huawei Lancar Penyelesaian CloudCampus 3.0 Terkini, Percepat Perjalanan Perusahaan menuju Era Awan

Huawei
2021-03-30 21:41 861

SHENZHEN, China, 30 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Di Persidangan Transformasi Digital Industri Huawei 2021, Huawei mengambil langkah penting ke hadapan dalam perangkaian kampus dengan melancarkan penyelesaian CloudCampus 3.0 terkininya dan rangkaian luas produk yang disesuaikan untuk industri. Penyelesaian kalis masa depan ini membantu semua perusahaan yang besar dan kecil membina rangkaian kampus yang menampilkan perangkaian tanpa wayar sepenuhnya, satu lonjakan ke awan untuk cawangan global, pengurusan awan merentas LAN dan WAN serta operasi dan penyelenggaraan (O&M) pintar untuk pengguna dan aplikasi. Dengan penyelesaian beraneka ciri ini, perusahaan di seluruh dunia dapat merebut peluang baharu dengan pantas untuk transformasi digital dalam era awan.

Ketika impak pandemik COVID-19 membentuk semula pelbagai industri secara mendalam, satu gelombang inovasi yang baharu sedang berlaku, yang bertujuan untuk mempercepatkan transformasi digital. Visi Industri Global (GIV) 2025 Huawei meramalkan bahawa akan terdapat 40 bilion peranti peribadi pintar dan 100 bilion sambungan global menjelang tahun 2025. Angka peranti yang sangat besar ini akan memberi input data besar-besaran dan nilai data akan menjadi semakin penting.

Selain itu, perusahaan akan membina infrastruktur bertumpu awan dan memindahkan lebih banyak aplikasi ke awan. Begitu juga dengan pemprosesan data yang akan dipindahkan daripada pelayan atas-premis ke awan. Menurut GIV 2025 Huawei, lebih daripada 85% perkhidmatan perusahaan akan digunakan pada awan menjelang tahun 2025. Rangkaian tersebut – yang merupakan infrastruktur penting yang merapatkan antara peranti dan awan – akan beralih daripada sambungan setempat kepada saling sambung global yang membawakan saling sambung berbilang cawangan dan berbilang awan.

Dr. Li Xing, Presiden Domain Rangkaian Kampus, Barisan Produk Komunikasi Data Huawei berkata: "Infrastruktur awan membawa kecerdasan meluas kepada perusahaan, maka rangkaian kampus perusahaan perlu kekal seiring. Dalam konteks ini, Huawei memperkenalkan Penyelesaian CloudCampus 3.0 yang mendayakan rangkaian kampus pintar, tanpa wayar sepenuhnya untuk era awan."

Beliau menyambung: "Penyelesaian ini menghubungkan segala-galanya dan menyerlahkan nilai data. Ia juga menghubungkan ruang kerja dan pengeluaran bagi meningkatkan kecekapan dan menginspirasikan inovasi rentas sektor. Dikuasakan oleh kecerdasan, penyelesaian ini membantu membina rangkaian neural yang diperlukan untuk interaksi pintar."

Sorotan yang berikut hanyalah beberapa inovasi yang menjadikan Penyelesaian CloudCampus 3.0 Huawei menonjol daripada persaingan:

  • Untuk membantu perusahaan membina rangkaian Wi-Fi 6 tanpa wayar sepenuhnya dengan titik buta sifar dan perayauan tanpa gangguan, Huawei mengumumkan tujuh penambahan untuk rangkaian produk AirEngine Wi-Fi 6. Khususnya, AP plat dinding serba baharu memberi isyarat tanpa wayar yang lebih baik untuk bilik hotel dan bilik pelajar manakala AP berprestasi tinggi radio ganda tiga baharu memastikan pengalaman tanpa gangguan di tempat sesak seperti bilik darjah dan stadium. Huawei turut melancarkan lima suis akses berbilang GE siri CloudEngine S baharu, kesemuanya menawarkan 90 W PoE++ setiap port dan menyokong kadar port tentuan perisian menggunakan lesen berhak-menggunakan (RTU) untuk beradaptasi terhadap senario berbeza dengan fleksibel.
  • Huawei memperkenalkan NetEngine AR8140, gerbang penghalaan pintar berkuasa SD-WAN untuk membantu perusahaan membina WAN generasi seterusnya dengan akses awan ultra pantas. Ia memberi prestasi SD-WAN sehingga 20 Gbit/s dan mengintegrasikan berbilang teknologi pengoptimuman WAN berasaskan aplikasi. Ciri-ciri ini menjadikannya ideal untuk membina WAN pintar berprestasi tinggi. Huawei turut melancarkan gerbang maya SD-WAN berprestasi tinggi — AR1000V — yang boleh digunakan secara fleksibel pada awan awam dan persendirian. Ketika ini, AR1000V menyokong satu lonjakan ke lima awan awam utama, membuka jalan untuk saling sambung berbilang awan dan berbilang cawangan atas-permintaan.
  • Huawei turut menaik taraf iMaster NCE-Campus — platform pengurusan, kawalan dan analisis semua-dalam-satu — untuk memudahkan penyediaan perkhidmatan yang pantas dan tangkas. Dibina berdasarkan seni bina diurus-awan, iMaster NCE-Campus yang dinaik taraf mengautomasikan konfigurasi dan pengurusan merentas WLAN, LAN dan WAN. Khususnya, platform ini memperkenalkan fungsi penentusahan pintar yang inovatif, yang mengurangkan tempoh penentusahan manual daripada beberapa jam hingga beberapa minit sebelum pelancaran perkhidmatan, seraya mengurangkan dengan banyak risiko yang disebabkan oleh kesilapan konfigurasi manual.
  • Huawei mengintegrasikan inovasi selanjutnya kepada iMaster NCE-CampusInsight — sistem O&M pintar — bagi mengatasi kerumitan O&M rangkaian yang semakin meningkat yang melangkaui keupayaan manusia ekoran skala rangkaian kampus, kuantiti terminal dan skop perkhidmatan yang semakin meningkat. iMaster NCE-CampusInsight kini menyokong tinjauan dan jaminan pengalaman aplikasi. Ia menggunakan terutamanya algoritma pintar bagi mengesan kualiti lebih seribu aplikasi perusahaan arus perdana pada masa sebenar dan mengesan kesilapan dalam beberapa minit. Dengan cara ini, pengguna dapat menikmati pengalaman pejabat dan operasi digital yang berkualiti tinggi.

Penyelesaian CloudCampus 3.0 Huawei merupakan pilihan ideal untuk kampus pejabat perusahaan. Selain melancarkan penyelesaian ini, Huawei turut mengumumkan banyak produk disesuaikan untuk industri yang baharu bagi mempercepatkan transformasi digital yang berterusan bagi kampus industri.

Sebagai contoh, dalam sektor Internet Industri, Huawei memperkenalkan julung kalinya Wi-Fi 6 CPE gred perindustrian eksklusif, yang membantu peralatan pengeluaran beralih kepada tanpa wayar demi kecekapan pembuatan fleksibel yang lebih baik.

Dalam sektor pengangkutan kereta api, Wi-Fi 6 AP dipasang pada kenderaan yang baharu daripada Huawei menyediakan angkut balik kereta-api-ke-darat yang stabil dan andal yang mencecah ratusan Mbps— walaupun kereta api memecut pada kelajuan 160 km/j. Ini dapat memastikan angkut balik aliran multimedia sistem maklumat penumpang (PIS) yang lancar.

Dalam sektor tenaga, Huawei melancarkan gerbang IoT pengkomputeran pinggir 5G yang pertama dalam industri bagi menyediakan angkut balik 5G berkelajuan tinggi dan andal untuk pemantauan pengagihan kuasa, lombong arang batu, minyak dan gas serta senario mencabar yang lain.

Berhubung bandar pintar pula, Huawei memperkenalkan SmartX, tapak angkut balik video semua-dalam-satu. Produk baharu ini menyokong bekalan sesalur dan tenaga solar serta bateri litium (yang menyediakan kuasa sandaran pada suhu bermula daripada –20 darjah Celsius hingga +45 darjah Celsius) serta menjamin perkhidmatan bandar tanpa gangguan walaupun dalam keadaan cuaca yang teruk seperti hujan dan salji.

"Perusahaan semakin mencari platform perangkaian canggih yang dapat membantu perniagaan mereka berubah secara digital. Menurut tinjauan Indeks Kematangan WLAN IDC baru-baru ini, hanya 24% daripada responden global berkata mereka "benar-benar berpuas hati" dengan rangkaian tanpa wayar mereka. Matlamat utama untuk rangkaian yang canggih termasuk pengurusan seragam merentas LAN, WLAN dan WAN; alat pengautomatan yang ditingkatkan oleh algoritma pintar dan infrastruktur berprestasi tinggi seperti Wi-Fi 6 dan pensuisan Eternet berbilang gigabait," kata Rohit Mehra, Naib Presiden IDC, Infrastruktur Rangkaian. "Platform Campus 3.0 Huawei merangkumkan kesemua ciri ini, menjadikannya platform yang mantap untuk memperkasa masa depan kampus perusahaan dan perniagaan digital yang lebih luas."

Dengan kedatangan era awan, Penyelesaian CloudCampus 3.0 Huawei dan siri produk lengkap akan membantu perusahaan menjadikan rangkaian kampus mereka kalis masa depan dengan perangkaian tanpa wayar sepenuhnya, satu rangkaian global, pengurusan awan dan O&M pintar. Setakat ini, Penyelesaian CloudCampus Huawei digunakan secara meluas oleh pelanggan industri di lebih daripada 100 negara dan wilayah bagi membantu mereka mencapai kejayaan perniagaan.

Mulai 24 hingga 26 Mac, Huawei menganjurkan Persidangan Transformasi Digital Industri 2021. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi https://e.huawei.com/en/events/industry-digital-transformation/2021

Catatan: NetEngine AR8000 dan NetEngine AR1000V serba baharu daripada Huawei akan tersedia di seluruh dunia pada Mei 2021.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment