PARIS, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Teknologi HI-NANO Hisense diperakui berkesan untuk merangsang novel coronavirus (SARS-CoV-2) dengan kadar perencatan 93.54% oleh Texcell, sebuah organisasi penyelidikan kontrak global. Ujian telah dijalankan di makmal Texcell di Paris pada Februari 2021. Selain itu, turut disahkan oleh kumpulan pengujian yang terkemuka di dunia SGS, HI-NANO dapat menghapuskan dengan berkesan lebih 99.37% virus influenza H1N1 dalam tempoh 2 jam dalam kebuk 30 m3. Sebagai sebuah syarikat teknologi yang bertanggungjawab, Hisense (000921.SZ) bermatlamat untuk menghasilkan udara yang sihat dan bersih kepada pengguna di seluruh dunia.
Texcell has verified the inhibitory effect on the novel coronavirus (SARS-CoV-2) of Hisense’s HI-NANO technology.
Teknologi HI-NANO Hisense menyahaktif virus dan bakteria
Penjana ion HI-NANO ialah teknologi yang dibangunkan sendiri oleh Hisense yang telah diaplikasikan dalam banyak siri produk penyamanan udara Hisense termasuk Fresh Master, Silentium Pro, Energy Pro, New Energy, Easy Smart, Wingsand dan sebagainya.
Ia menghasilkan ion dwi kepekatan tinggi sehingga 1 juta/ cm3. Bakteria dan virus kehilangan aktivitinya selepas diserap oleh ion dwi yang mengakibatkan kesan perencatan.
Kekuatan HI-NANO:
Penyaman udara Fresh Master Hisense yang dilengkapi dengan teknologi HI-NANO boleh didapati di Itali, Jerman, Sepanyol, Portugal, Belanda, Serbia, Ukraine, Rusia, Romania, Poland dan Denmark tidak lama lagi pada Mei 2021.
Hisense Fresh Master air conditioner equipped with HI-NANO technology is to go on sale in multiple European markets in May 2021.
Sebagai sebuah syarikat teknologi dipacu inovasi, Hisense menginovasikan siri penyaman udaranya dengan ciri-ciri berteknologi tinggi seperti penghapusan virus, penyegaran udara, pengurangan hingar dan bantuan tidur yang dapat memenuhi permintaan individu. Hisense dapat mencapai 5.15 juta unit jualan penyamanan udara global pada tahun 2020 yang menduduki tempat ketujuh. Ia telah menjadi salah satu jenama penyaman udara paling laris terjual di seluruh dunia.
Teknologi mesra alam diaplikasikan bagi mengurangkan emisi gas rumah hijau
Hisense berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan produk pembersihan udara yang canggih kepada pelangganya, di samping turut memberi tumpuan untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau demi persekitaran atmosfera yang lebih baik.
Pembangunan teknologi mesra alam Hisense dalam produk penyaman udara:
Hisense percaya bahawa teknologi dapat memberi impak penting dalam melindungi udara yang kita kongsikan dan memastikannya sihat dan bersih buat semua. Hisense komited untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih baik buat semua orang di serata dunia.