omniture

Bola Sepak untuk Persahabatan 2021 Gazprom: Para Peserta Muda daripada 211 buah negara dan wilayah bakal memperoleh gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™ baharu

Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
2021-04-10 10:37 361

MOSCOW, 10 April 2021 /PRNewswire/ -- Gazprom melancarkan musim kesembilan Program Sosial Bola Sepak untuk Persahabatan Kanak-kanak Antarabangsa (F4F) yang akan dianjurkan secara dalam talian pada 14-29 Mei 2021. Buat pertama kalinya, wakil akademi bola sepak dan wartawan akan berkumpul di Istanbul semasa sambutan Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA untuk membincangkan pembangunan bola sepak kanak-kanak di Forum Duta F4F.

Gazprom Football for Friendship 2021: Young Participants from 211 countries and regions to set new GUINNESS WORLD RECORDS™ title
Gazprom Football for Friendship 2021: Young Participants from 211 countries and regions to set new GUINNESS WORLD RECORDS™ title

Pada tahun ini, Bola Sepak untuk Persahabatan akan sekali lagi menyatukan para peserta muda daripada 211 buah negara dan wilayah. Pemain muda berusia 12-14 tahun akan bersatu dalam 32 Pasukan Persahabatan untuk menyertai Kejuaraan eWorld F4F. Ia akan diadakan di F4F World iaitu simulator bola sepak yang tersedia secara percuma dalam 27 bahasa. Wartawan Muda akan membuat liputan acara program ini di Pusat Akhbar Kanak-kanak Antarabangsa. Percubaan rasmi untuk mendapatkan gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™ yang ketiga bagi program ini akan menjadi sebagai sebahagian daripada acara akhir program tersebut.

Pada 29 Mei, pakar bola sepak dan wartawan akan bersama-sama menyertai Forum Duta F4F yang akan dianjurkan di Istanbul. Wakil-wakil komuniti bola sepak akan membincangkan cabaran pembangunan sukan kanak-kanak dan berkongsi pengalaman mereka. Selama bertahun-tahun, F4F telah menjadi platform antarabangsa yang penting bagi membincangkan isu-isu berkaitan sukan dan bola sepak kanak-kanak.

Program Sosial Bola Sepak untuk Persahabatan Kanak-kanak Antarabangsa telah dianjurkan oleh Gazprom sejak tahun 2013. Sepanjang lapan musim sebelumnya, program ini telah menyatukan lebih 15,000 orang peserta dari 211 buah negara dan wilayah serta lebih 6,000,000 orang penyokong. UEFA, FIFA, persekutuan bola sepak dan kelab bola sepak terkemuka di dunia, yayasan amal antarabangsa, atlet terkenal, ahli politik dan artis menyokong program Bola Sepak untuk Persahabatan. Projek ini telah menerima lebih 50 anugerah kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang tanggungjawab sosial, sukan dan komunikasi.

Carmen Pozo, Pengasas Bersama Akademi Bola Sepak Wanita Las Superpoderosas, pemenang Anugerah Bola Sepak untuk Persahabatan Antarabangsa Pertama, Bolivia: "Program Bola Sepak untuk Persahabatan ini menyediakan pakar bola sepak dengan sebuah platform untuk berdialog. Ini merupakan perkara yang amat penting sekarang kerana kita menghadapi cabaran baharu dalam perkembangan sukan kanak-kanak dan remaja. Bertukar pengalaman dan projek di Forum Bola Sepak untuk Persahabatan membantu akademi dan organisasi bola sepak menyelesaikan isu-isu ini."

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1484390/gazprom_football_for_friendship_2021.jpg?p=medium600

Source: Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Children-related news Future Events