omniture

HAVAL H6 Generasi Ke-3 dan JOLION Akan Dilancar dalam Pasaran Global

HAVAL
2021-04-15 16:08 122

BAODING, China, 15 April 2021 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2020, HAVAL H6 Generasi Ke-3 dan JOLION di China mendapat perhatian pasaran yang sangat tinggi, yang bukan sahaja dapat membantu HAVAL H6 mengekalkan salah satu model SUV paling laris terjual, tetapi juga mempromosikan HAVAL untuk menjadi salah satu jenama SUV yang paling laris terjual di China. Beberapa hari yang lalu, Sam Liu, Naib Presiden GWM berkata: "GWM telah melancarkan tiga jenama teknologi global berorientasi masa depan dan berasa yakin dalam menangani transformasi industri automobil. Pelancaran jenama-jenama teknologi L.E.M.O.N., COFIS dan TANK telah mengumumkan secara rasmi bahawa GWM akan berubah menjadi sebuah syarikat teknologi mobiliti global dan produk-produknya yang lebih pintar, selamat dan menerajui trend akan memenuhi keperluan pengguna kontemporari bagi tujuan perjalanan. Berdasarkan penaiktarafan teknologi keseluruhan yang dibawa oleh jenama teknikal ini, GWM melancarkan beberapa produk baharu melibatkan model pikap dan SUV, diwakili oleh HAVAL H6 Generasi Ke-3 dan JOLION. Model-model serba baharu ini akan memantapkan kedudukan pasaran HAVAL dan memperbaharui imej jenama."

The 3rd Gen HAVAL H6 and JOLION
The 3rd Gen HAVAL H6 and JOLION

Kedua-dua model baharu ini akan menembusi pasaran global secara berturut-turut dalam suku kedua tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama HAVAL mengemas kini produknya pada kadar yang sama dalam pasaran domestik dan luar negara. Antaranya, JOLION diberi kedudukan sebagai SUV utama bandar global manakala H6 Generasi Ke-3 diberi kedudukan sebagai model teknologi global generasi baharu. Ciri-ciri yang bergaya dan berteknologi tinggi telah menjadi sorotan terbesar kenderaan baharu ini.

Dibandingkan dengan produk-produk terdahulu, kedua-dua produk ini merupakan produk-produk serba baharu yang dicipta oleh Platform L.E.M.O.N. GWM. Platform L.E.M.O.N. ialah platform kecerdasan tinggi dan teknologi modular global yang dilancarkan oleh GWM sempena ulang tahun ke-30 untuk menangani cabaran teknologi masa depan. Ia memperkasa produk ini dengan ciri-ciri kefleksibelan, prestasi tinggi, keselamatan tinggi dan ringan agar produk baharu ini diinovasikan secara menyeluruh dari segi reka bentuk penampilan, ruang penumpang, prestasi keseluruhan serta kecerdasan dan keselamatan, maka daya saing produk telah ditingkatkan secara komprehensif.

Platform L.E.M.O.N. dapat menyokong pembangunan model-model daripada kategori-kategori berbeza SUV, sedan dan MPV daripada peringkat A0 hingga D. Hasil daripada kemodularan dan kefleksibelan tinggi Platform L.E.M.O.N., HAVAL JOLION mempunyai jarak roda amat panjang iaitu 2700mm dan sehingga 26 ruang simpanan melangkaui tahap yang sama, bagi menawarkan ruang kokpit yang sangat baik.

Prestasi yang tinggi merupakan ciri luar biasa yang dapat dibawakan oleh Platform L.E.M.O.N. Dengan struktur badan yang lebih cemerlang, contohnya, sudut anggul badan produk dikurangkan sebanyak 50%, lengan momen interferens kemudi dikurangkan sebanyak 16%, ketepatan kemudi ditingkatkan sebanyak 16%, kekukuhan sisian badannya ditingkatkan sebanyak 15% dan pusat jisim kenderaan dikurangkan sebanyak 30mm, penyelarasan kenderaan, pengendalian dan keselesaan akan dapat ditingkatkan secara komprehensif.

Kecerdasan dan keselamatan juga merupakan sorotan teknikal kedua-dua model ini. Teknologi kecerdasan dan pemanduan berautonomi GWM turut diaplikasikan pada dua model seperti IACC, pejalan kaki AEB, penunggang basikal AEB, LDW + LKA serta konfigurasi pintar dan selamat termaju lain, yang lebih menjamin keselamatan pemanduan sekali gus memberi kemudahan kepada pengguna.

Platform L.E.M.O.N. turut mempunyai ciri penting iaitu ringan. Melalui "struktur, bahan dan proses", ia menjadikan produk lebih ringan, yang membawakan daya saing yang diperbaharui. Keluli terbentuk panas dengan kekuatan tegangan 2000MPa mula digunakan untuk Platform L.E.M.O.N. dan bukannya kekuatan tradisional 1500MPa. Selepas penaiktarafan serba baharu pada Platform L.E.M.O.N., berat HAVAL H6 Generasi Ke-3 dikurangkan sebanyak 100kg manakala ekonomi bahan api ditingkatkan sebanyak 14.5%. Ia telah melakar kemajuan penting dibandingkan dengan generasi model terdahulu dan turut melangkaui prestasi model-model dengan tahap yang sama.

Kedua-dua model serba baharu yang dihasilkan pada Platform L.E.M.O.N. ini akan meluaskan barisan produk luar negara jenama HAVAL. Ia merupakan maklumat produk yang penting untuk pengguna luar negara bagi memperoleh pengertian baharu mengenai jenama HAVAL dan merasai teknologi pembuatan kenderaan terkini GWM serta akan dapat meningkatkan imej jenama HAVAL.

Source: HAVAL
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Transportation New products/services