omniture

Pikap Saiz Penuh GWM Diperkenal di Auto Shanghai 2021, Disebut sebagai Kenderaan Luar-jalan Mewah Berkualiti Tertinggi

GWM
2021-04-27 13:17 145

BAODING, China, 27 April 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 19 April, pikap mewah bersaiz penuh yang pertama daripada GWM membuat kemunculan sulung globalnya di Auto Shanghai 2021. Selepas POER, model baharu ini merupakan satu lagi hasil ciptaan berkemahiran tinggi yang berasaskan platform luar-jalan profesional baharu GWM.

GWM POER at Auto Shanghai 2021
GWM POER at Auto Shanghai 2021

Pikap bersaiz penuh GWM ini berukuran kira-kira 6m panjang dan 2m lebar dengan rupa yang menarik. Bampar depan kelihatan seakan-akan tidak teratur dan mempunyai ciri berkualiti tinggi, berserta jeriji depan yang sangat besar dan lampu atas berbentuk segi empat sama yang menghasilkan padanan sempurna, bagi menonjolkan kuasa dan keunggulan. Bahagian belakang direka bentuk dengan lampu belakang gaya-terpisah melalui-badan kenderaan yang bergaya, yang kelihatan tajam dan kuat. Model baharu ini mempunyai sistem ampaian bebas tulang selangka berganda depan dan belakang pertama di dunia dan rangkaian kuasa hebat 3.0T V6+9AT/9HAT. Justeru itu, ia dapat membuat penyerapan kejutan elektromagnetik dalam milisaat dan membawa pengalaman seperti terbang di daratan. Sebagai kemuncak pikap Cina, ia dibangunkan sendiri oleh GWM. Pikap bersaiz penuh ini merupakan manifestasi pengalaman teknikal GWM selama 20 tahun dan mempunyai prestasi, keselesaan dan kemewahan luar-jalan yang cemerlang.

Pikap GWM telah disenaraikan di tempat pertama bagi jualan domestik dan eksport selama 23 tahun berturut-turut dan jumlah penggunanya di seluruh dunia telah melebihi 1.9 juta, menduduki kedudukan No. 1 di China dan merupakan antara 5 Terbaik di dunia. Pada bulan Disember tahun lalu, GWM POER dilancarkan secara rasmi di luar negara. Lantaran prestasi dan ciri-ciri hebat yang dapat menampung permintaan pasaran, ia telah memenangi beberapa anugerah media berwibawa di luar negara dalam tempoh tiga bulan pelancarannya. Ia akan membantu pikap GWM mencapai matlamat untuk menduduki kedudukan No. 1 bagi jualan global menjelang tahun 2025.

Oleh yang demikian, bagi mempercepatkan kadar globalisasi, GWM mewujudkan sistem pengeluaran global "12+5" termasuk 12 tapak pengeluaran kenderaan yang utama dengan semua teknik yang diperlukan serta 5 kilang KD. Sistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) globalnya telah tersebar di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia, membentuk corak R&D "10 tapak di 7 negara", dengan pusat-pusat R&Dnya terletak di Jepun, AS, Jerman, India, Austria dan juga Korea Selatan. Bagi jaringan jualan pula, satu rangkaian dengan lebih daripada 500 wakil pengedar telah ditubuhkan di lebih daripada 60 negara di serata dunia.

Andrew, Pengarah Reka Bentuk pikap GWM di GWM, berkata "Tatkala teknologi membangun, peralihan pasaran dan lebih ramai pengguna mula menerima siri pikap ini, pikap GWM akan menampilkan bahasa reka bentuk yang lebih diperkaya." Dalam proses globalisasi, GWM akan mengambil kira ciri-ciri pasaran yang berbeza, menugaskan pasukan R&D profesional daripada latar belakang yang berbeza, menjalankan kajian dan analisis pasaran secara mendalam terlebih dahulu, terus menginovasikan produk mengikut keperluan dan jangkaan setiap pasaran serta mencipta model yang dapat memenuhi keperluan pengguna global yang pelbagai.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news