omniture

CGTN:Tianhe lancar cita-cita stesen angkasa China

CGTN
2021-04-30 22:18 440

BEIJING, 30 April 2021 /PRNewswire/ -- Pembinaan stesen angkasa milik China sedang diusahakan dengan modul teras Tianhe, yang bermaksud "keharmonian syurgawi", dihantar ke angkasa pada hari Khamis bagi memulakan beberapa misi pelancaran penting yang bertujuan untuk menyiapkan pembinaan stesen berkenaan menjelang akhir tahun 2022.

Tianhe telah dibawa ke angkasa oleh roket pembawa Long March-5B Y2 dari Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di pantai Wilayah Hainan, selatan China. Ia merupakan misi pertama daripada 11 misi untuk membina dan membekalkan stesen angkasa.

Tianhe akan bertindak sebagai modul asas untuk stesen angkasa pertama China di orbit rendah Bumi yang dinamakan Tiangong, yang bermaksud "istana syurgawi" dalam Bahasa Cina.

Presiden Cina Xi Jinping berkata dalam satu perutusan tahniah pada hari Khamis bahawa kejayaan pelancaran modul teras Tianhe bererti pembinaan stesen angkasa China telah memasuki peringkat pelaksanaan penuh yang meletakkan asas kukuh untuk tugas-tugas susulan.

Pembinaan stesen angkasa dan makmal angkasa negara merupakan satu matlamat penting dalam strategi tiga langkah program angkasa kendalian manusia China dan juga satu projek utama yang penting untuk meningkatkan kekuatan negara dalam bidang sains dan teknologi selain dalam bidang angkasa, kata Xi dalam perutusan berkenaan.

Beliau menyeru semua anggota yang mengambil bahagian dalam misi tersebut untuk berdikari dan inovatif bagi meraih kemenangan keseluruhan dalam misi pembinaan stesen angkasa dan bagi memberi sumbangan yang baharu dan lebih besar kepada pembinaan negara sosialis moden yang komprehensif.

Satu platform terbuka

Stesen angkasa baharu China bukan sahaja untuk saintis Cina. Para angkasawan asing dan kerjasama global berhubung eksperimen saintifik sangat dialu-alukan di stesen angkasa China, kata Hao Chun, pengarah Pejabat Kejuruteraan Angkasa Kendalian Manusia China dalam satu wawancara eksklusif bersama CGTN.

"China dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Luar Angkasa melaksanakan kerjasama terhadap aplikasi berhubung penggunaan stesen angkasa China. Kami menandatangani satu perjanjian," kata Hao.

Setakat ini, sejumlah sembilan projek yang dicadangkan oleh 17 negara termasuk Perancis, Jerman dan Itali telah dipilih untuk pusingan eksperimen pertama yang akan dijalankan di makmal angkasa baharu.

"Pada masa akan datang, pastinya akan terdapat angkasawan asing yang mengambil bahagian dalam penerbangan angkasa China, bertugas dan menetap di stesen angkasa kami. Selain itu, beberapa angkasawan asing telahpun mengambil bahagian dalam penerbangan Cina dan sudahpun mempelajari Bahasa Cina," kata pengarah tersebut.

Bina kuasa aeroangkasa 

Sejak Kongres Nasional Parti Komunis China (CPC) ke-18, Xi, yang juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC secara peribadi telah mengarahkan pelaksanaan projek-projek aeroangkasa utama dan menggalakkan kemajuan China yang stabil untuk menjadi kuasa aeroangkasa.

"Meneroka alam semesta yang luas, membangunkan program angkasa dan menjadi kuasa aeroangkasa sentiasa menjadi impian yang kami perjuangkan," kata Xi dalam satu arahan pada Hari Angkasa pertama China bertarikh 24 April 2016.

Pada tahun 2020, industri angkasa China telah melakar pencapaian yang luar biasa. China berjaya meletakkan satelit Beidou yang terakhirnya ke dalam orbit pada 23 Jun; prob tanpa manusia ke Marikh telahpun dihantar ke angkasa pada 23 Julai; misi tanpa manusia yang dikenali sebagai Chang'e-5 dengan tujuan untuk mengumpul bahan lunar telah dilancarkan pada 24 November dan China berjaya mendaratkan prob Chang'e-5 pada permukaan bulan pada 1 Disember.

https://news.cgtn.com/news/2021-04-29/Tianhe-lifts-off-China-s-space-station-ambition--ZR9lfbX2iA/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Entertainment Television