omniture

2021, peralihan untuk PQE Group: Tiada lagi hierarki dalaman dan wujudnya pelan pengambilan 550 pekerja baharu

PQE Group
2021-04-30 22:16 321

FLORENCE, Itali, 30 April 2021 /PRNewswire/ -- PQE Group, sebuah syarikat perundingan sektor farmaseutikal dan bioperubatan yang mempunyai 26 buah pejabat di seluruh dunia serta sebuah ibu pejabat di Florence Itali, mengumumkan perubahan penting dalam organisasinya.

Menjelang akhir 2020, suatu tahun yang diingati kerana pandemik global, perolehan syarikat meningkat sebanyak 10% dan mendayakan perkembangannya melalui tambahan kakitangan dan pejabat-pejabat baharu di luar negara. Namun, bukan itu sahaja.

Berita sebenar telah diumumkan kepada para pekerja pada bulan lalu oleh Gilda D'Incerti, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas PQE Group dan ia dikaitkan dengan pengenalan carta organisasi baharu menggunakan pendekatan heuristik berdasarkan keputusan yang dicapai bersama daripada input dunia sebenar.

Struktur baharu syarikat ini dikenali sebagai "Teal Organisation", perkataan 'teal' memberi gambaran yang lebih daripada sekadar warna. Ia dicirikan oleh model organisasi "evolusioner": hierarki tradisional telah dimansuhkan dan membuka lebih banyak ruang kebebasan dalam organisasi di bawah satu tujuan yang sama. Model organisasi baharu ini memberi tumpuan kepada individu dari sudut pandangan seorang profesional dan seorang manusia biasa, serta memandang mereka sebagai ahli kepada sebuah entiti yang sama secara menyeluruh.

Konsep "Teal Organisation" berasal daripada transformasi industri 4.0 Amerika serta perubahan mendadak yang berlaku ketika pandemik dan organisasi bertuah ini dapat menyesuaikan diri dengan pantas terhadap sebarang perubahan. Struktur organisasi baharu ini akan membolehkan syarikat menambah baik pengurusan sumbernya yang baharu bagi membantu mengendalikan entiti undang-undang yang baru ditubuhkan di United Kingdom, Perancis dan Argentina. Pelan perekrutan ini turut meramalkan penyertaan kira-kira 250 orang pekerja baharu di Itali dan 300 orang pekerja di subsidiari tempatan.

Syarikat tersebut kini mempunyai lebih 900 orang pekerja di seluruh dunia, 150 orang telah pun diambil bekerja pada suku pertama 2021. Mereka merupakan graduan di bidang sains seperti bioteknologi, perubatan, kimia, biologi dan farmasi dan kebanyakannya mampu menguasai bahasa asing dengan baik.

Pelan pembangunan ini memperkukuhkan lagi misi korporat syarikat yang melibatkan pengambilan pekerja dalam jumlah paling besar tanpa mengira jantina, usia, bangsa atau agama untuk mewujudkan persekitaran kerja beretika dengan memegang prinsip kepelbagaian sebagai kekuatan dan kunci untuk mencapai kejayaan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1332110/PQE_Group_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: PQE Group
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Workforce Management/Human Resources Accounting news, issues Personnel announcements Data Analytics