omniture

MiX Telematics menyertai Minggu Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan 2021 sebagai Penaja Utama

MiX Telematics
2021-05-06 21:14

 

PERTH, Australia, 6 Mei 2021 /PRNewswire/ -- MiX Telematics menyertai pemimpin keselamatan jalan raya, Safer Australian Roads and Highways (SARAH) untuk mempromosikan inisiatif keselamatan jalan raya di seluruh negara.

"Dengan pelancaran Minggu Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan pada tahun ini yang akan berlangsung dalam hanya beberapa minggu lagi, ini merupakan masa terbaik untuk membicarakan tentang kaedah yang dapat dibawakan oleh penyelesaian MiX Telematics dalam memberikan kesan positif yang ketara untuk mengurangkan kematian dan kecederaan serius di jalan raya dan lebuh raya kita," kata Peter Frazer, Presiden SARAH.

"Keselamatan Jalan Raya adalah teras kami di MiX dan kami gembira dapat menyertai kerjasama baharu yang menarik ini, selaras dengan tujuan kami untuk menyampaikan maklumat yang bermakna kepada para pelanggan kami dalam mewujudkan jalan raya yang lebih selamat, planet yang lebih bersih dengan kecekapan yang dipertingkatkan. Minggu Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan ialah platform terbaik yang menyediakan topik penting tentang keselamatan jalan raya yang menjadi tumpuan negara, sesuatu yang amat diambil berat oleh pasukan Australia dan New Zealand serta para pelanggan kami. Ia diperluaskan ke skala global kepada pasukan dan pangkalan pelanggan kami yang lebih luas, selaras dengan inisiatif Minggu Keselamatan Jalan Raya Global PBB yang berlangsung pada masa yang sama," kata Brodie von Berg, Pengarah Urusan MiX Telematics Timur Tengah dan Australasia.

Peter menambah: "Tujuan asas kedua-dua buah organisasi adalah untuk memastikan semua orang selamat tiba ke pangkuan orang tersayang setiap hari tanpa ada yang terkecuali! Oleh kerana promosi keselamatan jalan raya adalah teras kepada semua yang kami lakukan, SARAH amat berbangga dengan penyelarasan kedua-dua buah organisasi sambil kami bekerjasama! Memandangkan SARAH dan MiX Telematics kedua-duanya mempunyai jejak tempatan dan global, kami menjangkakan usaha sama kami ini akan turut mempengaruhi keselamatan jalan raya di seluruh dunia."

Maklumat Latar Belakang 

Safer Australian Roads and Highways (SARAH) bekerjasama erat dengan pihak berkepentingan keselamatan jalan raya di peringkat tempatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa untuk:

  • memupuk kesedaran keselamatan jalan raya yang lebih baik dan bertanggungjawab dalam kalangan pemandu; 
  • memastikan dasar jalan raya memberi tumpuan kepada penghapusan/pengurangan bahaya; dan 
  • menunjukkan perpaduan dan sokongan terhadap mereka yang terjejas akibat tragedi jalan raya. 

Minggu Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan yang merupakan sebuah inisiatif tahunan SARAH, juga sejajar dengan dan telah menjadi acara Minggu Keselamatan Jalan Raya Global dwitahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada tahun 2017, Minggu Keselamatan Jalan Raya melalui Kerajaan Komanwel, menjadi tuan rumah untuk pelancaran Minggu Keselamatan Jalan Raya Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Pasifik Barat).

Pelancaran Minggu Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan 2021 akan diadakan di Adelaide dan akan disokong oleh Kerajaan Australia Selatan dengan YB Vincent Tarzia, Menteri Perkhidmatan Polis dan Kecemasan sebagai hos pada tahun ini.

Dengan menyertai SARAH untuk meningkatkan keselamatan jalan raya Australia, MiX Telematics juga telah menjadi penyokong utama Safer Australian Roads and Highways dan menyertai penyokong-penyokong utama SARAH yang lain termasuk SG Fleet Australian Trucking Association, 3M Australia serta Rakan Kongsi Utamanya, Altus Traffic Australia, Australian Automobile Association, Ennis Flint Asia-Pacific, Roads Australia dan Volvo Cars Australia.

Minggu Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan dianjurkan oleh Safer Australian Roads and Highways dan disokong oleh Komanwel serta semua Negeri dan Wilayah jajahan.

Untuk Maklumat Lanjut 

MiX Telematics ialah penyedia penyelesaian pengurusan aset mudah alih dan armada global terkemuka yang disampaikan sebagai Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) kepada lebih tiga perempat daripada sejuta pelanggan di lebih 120 buah negara. Produk dan perkhidmatan syarikat ini menyediakan armada perusahaan, armada kecil dan pengguna dengan penyelesaian untuk kecekapan, keselamatan, pematuhan dan keselamatan. MiX Telematics ditubuhkan pada tahun 1996 dan mempunyai pejabat di Afrika Selatan, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uganda, Brazil, Mexico, Australia dan Emiriah Arab Bersatu serta sebuah rangkaian yang terdiri daripada lebih 130 rakan kongsi armada di seluruh dunia. Saham MiX Telematics didagangkan secara awam di Bursa Saham Johannesburg (JSE: MiX) dan di Bursa Saham New York (NYSE: MIXT).

Untuk maklumat lanjut tentang MiX Telematics, sila layari: https://www.mixtelematics.com.au/

Untuk maklumat lanjut tentang Minggu Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan 2021, sila layari:
https://roadsafetyweek.com.au/

Untuk maklumat lanjut tentang Safer Australian Roads and Highways, sila layari:
https://www.sarahgroup.org/

Hubungan SARAH:   
Peter Frazer  
0466 968700 (nombor telefon mudah alih)

Hubungan MiX Telematics:  
Saphia Verdiglione  
0427 700426 (nombor telefon mudah alih)

Source: MiX Telematics
Keywords: