omniture

COVID-19 telah menyebabkan 6.9 juta kematian di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada yang ditunjukkan oleh laporan rasmi

Institute for Health Metrics and Evaluation
2021-05-07 20:06

Analisis baharu daripada IHME menyorot jumlah kematian sebenar pandemik

SEATTLE, 7 Mei 2021 /PRNewswire/ -- COVID-19 telah menyebabkan kira-kira 6.9 juta kematian di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada bilangan yang ditunjukkan secara rasmi, menurut analisis baharu oleh Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME) di University of Washington School of Medicine. IHME mendapati bahawa kematian COVID-19 tidak dilaporkan dengan lengkap secara ketara di hampir setiap negara. Analisis yang dikemas kini ini menunjukkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai lebih banyak kematian COVID-19 berbanding negara-negara lain setakat ini dengan jumlah melebihi 905,000. Amerika Latin dan Caribbean serta Eropah Tengah, Eropah Timur dan Asia Tengah merupakan yang paling teruk terjejas dari segi kematian mengikut wilayah. Angka ini hanya merangkumi kematian yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 secara langsung, bukan kematian yang berpunca daripada gangguan pandemik terhadap sistem penjagaan kesihatan dan komuniti.

"Sebagaimana dahsyatnya pandemik COVID-19 melanda, analisis ini menunjukkan bahawa kadar kematian sebenar adalah jauh lebih dahsyat," kata Dr. Chris Murray, Pengarah IHME. "Memahami bilangan sebenar kematian COVID-19 bukan sahaja membantu kami menghargai magnitud krisis global ini, tetapi juga memberikan maklumat yang berharga kepada pembuat dasar untuk membangunkan pelan tindak balas dan pemulihan."

20 buah negara dengan jumlah kematian COVID-19 tertinggi, Mac 2020­–Mei 2021 

Negara 

Jumlah kematian COVID-19 

Kematian COVID-19 yang dilaporkan 

Amerika Syarikat 

905,289

574,043

India 

654,395

221,181

Mexico 

617,127

217,694

Brazil 

595,903

408,680

Persekutuan Rusia 

593,610

109,334

United Kingdom 

209,661

150,519

Itali 

175,832

121,257

Iran

174,177

72,906

Mesir 

170,041

13,529

Afrika Selatan 

160,452

54,390

Poland 

149,855

68,237

Peru 

147,765

62,739

Ukraine 

138,507

46,737

Perancis 

132,680

105,506

Sepanyol 

123,786

85,365

Jerman 

120,729

83,256

Indonesia 

115,743

45,938

Jepun 

108,320

10,390

Romania 

87,649

28,382

Kazakhstan 

81,696

5,620

Banyak kematian COVID-19 tidak dilaporkan kerana negara-negara ini hanya melaporkan kematian yang berlaku di hospital atau pada pesakit yang mempunyai jangkitan yang disahkan. Di kebanyakan tempat, sistem pelaporan kesihatan yang lemah dan akses yang kurang kepada penjagaan kesihatan meningkatkan lagi cabaran ini.

Analisis IHME mendapati bahawa jumlah kematian terbesar yang tidak dilaporkan berlaku di negara-negara yang mengalami epidemik terbesar setakat ini. Walau bagaimanapun, sesetengah negara yang mengalami epidemik yang agak kecil menyaksikan peningkatan yang besar dalam kadar kematian apabila mengambil kira kematian yang tidak dilaporkan. Analisis ini menunjukkan bahawa mereka mungkin berisiko lebih tinggi untuk mengalami epidemik yang lebih luas daripada yang difikirkan sebelum ini.

"Banyak negara telah melaksanakan usaha khusus yang luar biasa untuk mengukur jumlah kematian pandemik, namun analisis kami menunjukkan betapa sukarnya untuk mengesan penyakit berjangkit baharu dan merebak dengan pantas secara tepat," kata Murray. "Kami berharap laporan hari ini akan menggalakkan kerajaan untuk mengenal pasti dan menangani jurang pelaporan kematian COVID-19 mereka, supaya mereka boleh mengarahkan sumber pandemik dengan lebih tepat." Melangkah ke hadapan, pemodelan COVID-19 IHME yang meramalkan potensi perjalanan pandemik dalam beberapa bulan akan datang, akan berdasarkan pada anggaran jumlah kematian COVID-19. Pemodelan IHME dikemas kini setiap minggu dan boleh diakses di covid19.healthdata.org.

Metodologi

Anggaran ini adalah berdasarkan metodologi IHME yang telah lama wujud bagi mengukur beban penyakit pada skala global. Sejak tahun 1990, kajian Global Burden of Disease (Beban Global Penyakit) telah mengukur jumlah kos penyakit manusia.

IHME menganggarkan jumlah kematian COVID-19 dengan membandingkan jangkaan kematian daripada semua punca berdasarkan trend prapandemik dengan bilangan sebenar kematian daripada semua punca ketika pandemik. Bilangan "kematian berlebihan" ini kemudiannya diselaraskan dengan memansuhkan kematian yang tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan pandemik (sebagai contoh, berpunca daripada orang yang mengalami keadaan bukan COVID yang mengelak kemudahan penjagaan kesihatan) serta kematian yang tercegah oleh pandemik (sebagai contoh, penurunan dalam kematian jalan raya kerana mobiliti yang lebih rendah). Hasil yang diselaraskan menganggarkan hanya kematian yang berpunca daripada virus SARS-CoV-2 secara langsung, yang menyebabkan COVID-19. Satu laporan terperinci tentang metodologi boleh didapati di laman web IHME.

Tentang Institute for Health Metrics and Evaluation

Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME) ialah sebuah organisasi penyelidikan kesihatan global yang bebas di University of Washington School of Medicine yang menyediakan ukuran yang ketat dan boleh dibandingkan pada masalah kesihatan yang paling penting di dunia dan menilai strategi yang digunakan untuk menanganinya. IHME komited terhadap ketelusan dan menjadikan maklumat ini tersedia secara meluas supaya pembuat dasar mempunyai bukti yang mereka perlukan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat tentang peruntukan sumber bagi meningkatkan kesihatan penduduk.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1156878/IHME_Logo.jpg?p=medium600

Source: Institute for Health Metrics and Evaluation
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research