omniture

CGTN: Berakar umbi dalam tradisi, jalan mesra alam China menuju masa depan rendah karbon

CGTN
2021-05-07 21:39 261

BEIJING, 7 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Sejak bermulanya industrialisasi, umat manusia telah mencipta kekayaan material yang belum pernah terjadi sebelum ini. Namun demikian, kemakmuran ini telah membawa kesan buruk ke atas alam semula jadi.

Hari ini, manusia menggunakan banyak sumber ekologi seolah-olah mereka tinggal di 1.6 Bumi, menurut Global Footprint Network. Ini bererti ketika ini Bumi memerlukan masa selama satu tahun lapan bulan untuk menghasilkan semula apa yang digunakan oleh manusia dalam setahun.

Dengan mengemukakan idea bahawa "perairan yang jernih dan gunung-ganang yang menghijau merupakan aset-aset yang tidak ternilai," Presiden Cina Xi Jinping seringkali mengulangi bahawa "melindungi persekitaran ekologi dan mendorong pembangunan mampan merupakan tanggungjawab bersama kita." Lagipun, sebagaimana yang disebut oleh beliau, "Kita hanya mempunyai satu Bumi."

'Penggunaan sumber semula jadi yang begitu teliti' 

Penggunaan sumber semula jadi yang begitu teliti merupakan kunci pemuliharaan ekologi. Kita perlu menggalakkan gaya hidup yang lebih ringkas, lebih mesra alam dan rendah karbon, menentang sikap berlebih-lebihan dan pembaziran serta memupuk budaya hidup yang mesra alam dan sihat.   

 -   Presiden Cina Xi Jinping pada 28 April 2019 

Semasa upacara perasmian Pameran Hortikultur Antarabangsa pada tahun 2019, Presiden Xi menjelaskan mengenai laluan menuju pemuliharaan ekologi dengan memetik petikan yang disebut di atas daripada "Zizhi Tongjian," atau "Comprehensive Mirror in Aid of Governance," hasil kerja rujukan perintis dalam historiografi Cina oleh Sima Guang (1019-1086) daripada Dinasti Song Utara (960-1127).

Idea penggunaan sumber yang terkawal telah membawa pengertian baharu di China hari ini. Seperti mana yang dinyatakan oleh Xi dalam ucapan beliau, "Model pembangunan 'menyembelih ayam untuk mendapatkan telurnya' dan 'mengeringkan tasik untuk mendapatkan ikannya' menemui jalan buntu. Masa depan akan diterangi oleh pembangunan mesra alam yang selaras dengan peraturan alam semula jadi.'"

Meneruskan pembangunan mesra alam, rendah karbon dan dipacu oleh inovasi merupakan tulang belakang bagi usaha yang mendorong China untuk mencapai matlamatnya bagi menjadi sebuah negara sosialis moden.

Pada 2018, China menerapkan idea peradaban ekologi ke dalam Perlembagaannya buat pertama kali. Rancangan lima-tahun terkini negara ini juga membuka jalan untuk menunaikan janjinya bagi memuncakkan emisi karbon dioksida menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060.

Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025) berjanji untuk menurunkan penggunaan tenaga bagi setiap unit keluaran dalam kasar tahunan (KDNK) dan emisi gas karbon dioksida bagi setiap unit KDNK masing-masing sebanyak 13.5 peratus dan 18 peratus, sepanjang tahun 2021-2025.

China juga berjanji untuk meningkatkan jumlah stok hutan sebanyak enam bilion meter padu menjelang tahun 2030 daripada paras tahun 2005 serta menjadikan kapasiti terpasang keseluruhan bagi kuasa angin dan solar kepada lebih 1.2 bilion kilowatt.

Menunaikan janji 

Presiden Xi telah beberapa kali menyatakan komitmen China untuk memastikan kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dan alam semula jadi, iaitu satu matlamat yang diusahakan oleh China melalui perbuatan.

Sejak 10 tahun yang lalu, China menduduki tempat pertama di peringkat global dari segi peningkatan sumber hutan, dengan kawasan penghutanannya melebihi 70 juta hektar. Sementara itu, 90 peratus daripada jenis ekosistem daratan dan 85 peratus populasi haiwan liar penting berada di bawah perlindungan negara yang berkesan.

Sebuah negara yang mana kemajuan ekonomi selama beberapa dekad yang lalu sebahagian besarnya dikuasakan oleh arang batu kini merupakan antara pelabur yang terbesar di dunia dalam tenaga boleh diperbaharui, memiliki 30 peratus daripada kapasiti terpasang global bagi tenaga boleh diperbaharui.

Tambahan pula, bahagian penggunaan tenaga arang batu di negara ini menurun daripada 60.4 peratus pada tahun 2017 kepada 56.8 peratus pada tahun 2020 manakala penggunaan tenaga bersih meningkat daripada 19.1 peratus pada tahun 2016 menjadi 24.3 peratus pada tahun 2020, menurut data daripada Biro Perangkaan Negara.

Menjelang tahun 2019, emisi karbon negara ini telah menurun sebanyak 48.1 peratus berbanding dengan angka pada tahun 2005, membalikkan trend lonjakan emisi karbon dioksida yang pesat, menurut kertas putih mengenai pembangunan tenaga yang dikeluarkan pada 21 Disember 2020 oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri.

"Tugas ini benar-benar mencabar," kata Presiden Xi, yang merujuk kepada janji China untuk menangani perubahan iklim, di sidang kemuncak video China-Perancis-Jerman baru-baru ini. "Namun begitu, China akan menunaikan janjinya."

https://news.cgtn.com/news/2021-05-06/Rooted-in-tradition-China-s-green-roads-to-the-low-carbon-future-ZW6K44VpxC/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Entertainment Television Environmental Issues Environmental Policy