omniture

Xi Jinping Ambil Inspirasi daripada Teks Klasik sebagai Seruan untuk Keharmonian Lebih Baik antara Manusia, Alam Semula Jadi

CCTV+
2021-05-10 16:02 1588

BEIJING, 10 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Laporan daripada CCTV+:

 

Presiden Cina Xi Jinping beberapa kali menegaskan keperluan terhadap usaha yang lebih besar dilakukan untuk melindungi persekitaran ekologi, dengan Xi mengambil inspirasi daripada karya-karya klasik dan berusaha untuk mendorong peralihan ke arah gaya hidup yang lebih mesra alam dan rendah karbon bagi menjamin keharmonian antara manusia dan alam semula jadi.

Xi memetik petikan daripada teks klasik Cina purba 'Zi Zhi Tong Jian', atau 'Comprehensive Mirror in Aid of Governance', yang mula diterbitkan hampir satu alaf yang lalu, dalam satu ucapan yang disampaikan di upacara pembukaan Ekspo Hortikultur Beijing pada bulan April 2019 yang lalu.

Semasa menyampaikan ucapan beliau, Xi mengakui bahawa: "meskipun industrialisasi menjana kekayaan material yang belum pernah terjadi sebelum ini, ia telah menimbulkan kerosakan yang serius terhadap alam semula jadi."

Ucapan ini dibuat ekoran kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kesan-kesan perubahan iklim selain kerisauan bahawa bahan api fosil akan habis tidak lama lagi sekiranya manusia terus melakukan aktiviti pembakaran pada kadar semasa, sementara sumber-sumber utama seperti tanah, air dan tenaga kesemuanya menjadi semakin terhad.  

"'Penggunaan sumber alam semula jadi yang terancang dengan baik' merupakan kunci pemuliharaan ekologi," menurut Xi di ekspo tersebut.

"Kita perlu menggalakkan gaya hidup yang lebih ringkas, lebih mesra alam dan rendah karbon, menentang sikap berlebih-lebihan dan pembaziran serta memupuk budaya hidup yang mesra alam dan sihat," kata presiden.

"Ketika memandang langit pada waktu malam, kita berasa kagum dengan banyaknya bintang di langit. Bumi merupakan satu-satunya tempat kediaman buat umat manusia. Kita perlu melindungi planet ini seperti mata kita sendiri dan menghargai alam semula jadi sebagaimana kita menghargai kehidupan," kata Xi.

Rancangan lima tahun yang terkini oleh China turut membuka laluan untuk menunaikan janjinya bagi memuncakkan emisi karbon dioksida menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060. Rancangan Lima Tahun ke-14 (2021-2025) berjanji untuk menurunkan penggunaan tenaga bagi setiap unit keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan emisi karbon dioksida bagi setiap unit KDNK masing-masing sebanyak 13.5 peratus dan 18 peratus, sepanjang tahun tempoh lima tahun akan datang.

Sejak 10 tahun yang lalu, China menduduki tempat pertama di peringkat global dari segi peningkatan sumber hutan, dengan kawasan penghutanannya melebihi 70 juta hektar. Sementara itu, 90 peratus daripada jenis ekosistem daratan dan 85 peratus populasi haiwan liar penting berada di bawah perlindungan negara yang berkesan. China juga berjanji untuk meningkatkan jumlah stok hutan sebanyak enam bilion meter padu menjelang tahun 2030 daripada paras tahun 2005 serta menjadikan kapasiti terpasang keseluruhan bagi kuasa angin dan solar kepada lebih 1.2 bilion kilowatt.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=6pbnX22aokU

Source: CCTV+
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television