omniture

Syarikat Pemula Robotik AI Mech-Mind Selesaikan Pendanaan Siri C Dipimpin oleh Syarikat Gergasi Teknologi Meituan

Mech-Mind Robotics
2021-05-20 11:17 211

Dengan jumlah pendanaan sebanyak lebih USD100 juta, Mech-Mind mempelopori penemuan pembuatan yang seterusnya melalui gabungan antara kecerdasan buatan dan robot industri

BEIJING, 20 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat pemula robot industri AI Cina yang berkembang pantas, Mech-Mind Robotics ("Mech-Mind") baru-baru ini menyelesaikan pendanaan Siri C yang dipimpin oleh syarikat gergasi teknologi Meituan. Pelaburan terkini ini menghasilkan jumlah pendanaan Mech-Mind sebanyak lebih USD100 juta, menjadikan Mech-Mind sebagai salah sebuah syarikat pemula robot industri AI+ yang paling banyak dibiayai di dunia.

Pelaburan terkini ini dipimpin oleh syarikat gergasi teknologi Cina Meituan dengan penyertaan daripada pelabur-pelabur sedia ada termasuk Sequoia Capital China dan Source Code Capital.


Berfokuskan Infrastruktur-Robotik dalam era AI, Mech-Mind membangunkan rangkaian produk dan penyelesaian penuh yang mengintegrasikan kamera 3D, penglihatan 3D dan algoritma pembelajaran mendalam serta teknologi perancangan gerakan. Melangkah ke hadapan, Mech-Mind akan memanfaatkan kekuatan teknikal yang ekstensif bagi memodenkan pembuatan dengan memberi nafas baharu kepada robot industri.

Di samping itu, Mech-Mind turut menyediakan perkhidmatan yang komprehensif termasuk latihan kakitangan, perancangan pengaturan, sokongan pemasaran dan kolaborasi untuk projek-projek mencabar.

Tianlan Shao, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Mech-Mind Robotics berkata, "Produk kami direka bentuk untuk mengubah semula secara asasi hambatan pembuatan dengan menggunakan amalan AI dan interaksi robot-manusia. Produk dan perkhidmatan kami telahpun memberi pulangan perniagaan yang dapat dilihat untuk hampir 1000 pelanggan di seluruh dunia."

"Mech-Mind membangunkan portfolio infrastruktur dan produk penuh termasuk kamera 3D, algoritma dan perisian penglihatan mesin serta persekitaran pengaturcaraan robot pintar," kata Shao.

"Produk kami telah digunakan secara meluas, lalu membolehkan kami memperoleh pengalaman mendalam daripada kegunaan dalam kehidupan sebenar. Melangkah ke hadapan, Mech-Mind akan memberi tumpuan untuk memperkasa penyedia dan penyepadu penyelesaian robotik bagi mencipta lebih banyak penyelesaian dan aplikasi."

Menurut International Federation of Robotics, industri pembuatan kekal sebagai pengguna terbesar robot industri di seluruh dunia dengan pelaburan yang ketara untuk menerima pakai kaedah-kaedah moden.


Baru-baru ini, Mech-Mind melancarkan generasi baharu Kamera 3D Industri Mech-Eye Laser yang menggunakan cahaya berstruktur pantas bagi mempersembahkan pengimejan 3D berkualiti tinggi untuk aplikasi perindustrian biasa di bawah cahaya yang mencabar.

Mech-Eye Laser sesuai untuk kilang atau kemudahan pemprosesan pada harga yang kompetitif. Kamera ini menawarkan tahap kejituan yang tinggi, medan pandangan yang luas dan tetapan pengaturcaraan yang mudah digunakan.

Dengan pasukan global seramai lebih 350 kakitangan yang ditempatkan di Beijing, Shanghai, Shenzhen, Changsha, Qingdao, Munich dan Tokyo, Mech-Mind komited untuk membantu pelanggan mempelopori penemuan pembuatan yang seterusnya dan menyediakan akses kepada robot tentuan AI untuk perniagaan bersaiz kecil, sederhana mahupun besar.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://en.mech-mind.net/.

Latar Belakang Mech-Mind Robotics 

Mech-Mind ditubuhkan pada tahun 2016 untuk memasukkan elemen kecerdasan ke dalam robot industri. Melalui teknologi canggih termasuk pembelajaran mendalam, penglihatan 3D dan perancangan gerakan, Mech-Mind menawarkan penyelesaian yang berkesan kos untuk pemuatan barang di atas palet dan penurunan barang dari palet, pengambilan tong, penyusunan pesanan, pengurusan mesin dan pemasangan/pelekapan/penempatan dalam logistik dan pembuatan.

Penyelesaian robot industri pintar Mech-Mind digunakan dalam kilang OEM automotif, kilang perkakasan, kilang keluli, kilang makanan, gudang logistik, bank dan hospital di negara-negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, Jerman, A.S.

Hubungan Media :
info@mech-mind.net

 

Source: Mech-Mind Robotics
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Computer Accessories Transportation Venture Capital