omniture

Persidangan Perusahaan Masa Depan Asia Himpunkan Kebijaksanaan Global demi Keusahawanan di Chongqing China

iChongqing
2021-05-24 11:20 512

CHONGQING, China, 24 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh iChongqing:

Pada penghujung Persidangan Perusahaan Masa Depan Asia (Asian Enterprise of Tomorrow Conference, AEOT) 2021 yang diadakan di bawah sepanduk Pameran untuk Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China Barat (Western China International Fair for Investment and Trade, WCIFIT) ke-3, eksekutif-eksekutif korporat Asia memfokuskan tema Menghadapi Cabaran dan Memupuk Inovasi bagi membincangkan mengenai peluang dan cabaran yang akan dihadapi oleh syarikat-syarikat Asia.

Vanke Group Founder and Honorary Chairman of the Board of Directors Wang Shi gives a keynote speech at the Asian Enterprise of Tomorrow Conference held in Southwest China’s Chongqing Municipality on May 21st. (iChongqing photo)
Vanke Group Founder and Honorary Chairman of the Board of Directors Wang Shi gives a keynote speech at the Asian Enterprise of Tomorrow Conference held in Southwest China’s Chongqing Municipality on May 21st. (iChongqing photo)

AEOT 2021 diadakan di Kawasan Perbandaran Chongqing, barat daya China sebagai satu acara penting WCIFIT. Jemputan turut disampaikan kepada ahli-ahli politik Asia, eksekutif-eksekutif syarikat World Fortune 500, para usahawan Asia yang terkenal, cendekiawan, rakan media dan tetamu bertemu untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran.

Bekas Perdana Menteri Republik Korea Lee Nak-yeon, Pengasas Vanke Group dan Pengerusi Kehormat Lembaga Pengarah Wang Shi, Naib Presiden Saudi Basic Industries Corporation Li Lei, Pengasas Chongqing Sokon Group Zhang Xinghai dan 22 tetamu berprofil tinggi yang lain menyampaikan ucapan dasar dan mengadakan perbincangan meja bulat secara dalam talian dan luar talian yang bertumpu sekitar tema Mencipta Realiti yang Mustahil.

Lee Nak-yeon berkata Chongqing mencapai kejayaan yang luar biasa dan WCIFIT menambah kemegahan kepada pembangunan bandar tersebut.

Wang Shi menjelaskan mengenai pengaruh budaya Asia dalam kehidupan korporat, menegaskan peranan keusahawanan yang penting dalam pertumbuhan perusahaan dan menyeru para usahawan untuk memainkan peranan penting dalam menggalas tanggungjawab sosial. 

Persidangan ini telah menghimpunkan kebijaksanaan Asia ketika eksekutif-eksekutif korporat dari wilayah ini dijemput untuk berkongsi perspektif antarabangsa mereka, dengan fokus terhadap tema Peluang Asia Dikongsi Secara Global, Peluang Industri Baharu dalam Konteks Pandemik, Tanggungjawab terhadap Pengurangan Emisi dan Pembuatan Mesra Alam, dan Chongqing: Hab Logistik Antarabangsa dan Ruang Baharu untuk Pembangunan.

Berpandukan dasar kebangsaan, pengeluar Cina sedang mengalami transformasi daripada model tradisional kepada pengeluaran mesra alam yang lestari. Peralihan ini telah menjadi yang paling jelas dilihat dalam industri automotif. Kini, China merupakan pasaran terbesar untuk kenderaan tenaga baharu, sementara kualiti kenderaan berkenaan yang dikilangkan di dalam negara menduduki kedudukan yang utama di dunia.

Satu tinjauan antarabangsa terhadap kira-kira 1,800 ketua pegawai eksekutif menunjukkan bahawa keyakinan terhadap prospek ekonomi global telah mencapai paras mencatat rekod, memandangkan 76% responden percaya bahawa ekonomi akan bertambah baik pada tahun 2021. Tinjauan berkenaan juga menunjukkan bahawa krisis Internet menjadi penyebab utama masalah yang menggusarkan dan mengganggu tidur yang nyenyak, kebimbangan kedua selepas pandemik ini.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.ichongqing.info/special/asia-enterprise-of-tomorrow/

 

Source: iChongqing
Keywords: Banking/Financial Service