omniture

Yuan Longping: Komited kepada kebajikan dan kesejahteraan manusia

China.org.cn
2021-05-26 15:26 1534

BEIJING, 26 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Satu laporan berita oleh China.org.cn mengenai Yuan Longping:

Pada 22 Mei, Yuan Longping, saintis China yang terkenal yang telah membantu mengeluarkan begitu ramai orang daripada kelaparan, telah meninggal dunia, sebuah berita yang menghibakan masyarakat Cina. Pemergian beliau telah dilaporkan oleh banyak media asing.

 

Digelar "bapa beras hibrid," Yuan Longping menanam jenis beras hibrid hasil tinggi pertama dunia dalam tahun 1973. Sejak itu, hasil beras hibrid terus mencipta rekod dunia baharu, daripada 300 kg kepada 500 kg dan kemudian 700 kg per mu (kira-kira 0.07 hektar). Kini, hasil per mu beras hibrid super Chaoyou 1000 yang dibangunkan oleh pasukan Yuan telah melebihi 1,000 kg. Sebelum Yuan, masyarakat saintifik dunia percaya bahawa beras tidak boleh dikacukkan.

Lelaki biasa yang hebat ini bukan hanya membantu China, negara dengan 1.4 bilion penduduk, menyelesaikan masalah untuk mencapai mampu diri makanan, tetapi juga membuat sumbangan penting kepada keselamatan makanan global. 

Pada masa ini, beras hibrid yang dibangunkan oleh pasukan Yuan telah diperkenalkan untuk kegunaan yang meluas dan penanaman percubaan di banyak negara dan wilayah di seluruh dunia. Di Madagascar, hasil daripada beras hibrid meningkat sehingga 300% lebih tinggi berbanding jenis tempatan. Di Indonesia, mereka menghasilkan lebih daripada sekali ganda jenis tempatan. Dalam tahun 2018, percubaan untuk menanam padi di gurun Dubai, buat pertama kali dalam sejarah, telah berjaya dilakukan oleh pasukan Yuan.

Di mata ramai orang, beliau ialah seorang saintis yang mengejar impiannya tanpa Lelah walaupun kesepian dan kesukaran. Eksperimen pembiakan hibrid bukanlah tugas yang mudah. Pada awal penyelidikan beliau, Yuan sendiri telah memeriksa lebih daripada 14,000 bulir padi sebelum beliau menemui enam tumbuhan steril jantan semulajadi. Pada usia 90, beliau masih melakukan penyelidikan, melawat ladang hampir setiap hari untuk memerhati pertumbuhan padi hibrid.

Yuan juga merupakan lelaki budiman yang pemurah dengan komitmen yang teguh terhadap kesejahteraan umat manusia. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang berpendidikan tinggi, beliau menyaksikan kebuluran ketika beliau masih muda, yang membuatkan beliau tekad untuk mengabdikan diri kepada penyelidikan pertanian. Beliau menghabiskan lebih daripada 10 tahun membantu negara-negara Afrika menanam padi hibrid dan bekerja tanpa mengira penat lelah untuk memanfaatkan potensi hasil padi selama beberapa dekad. Dalam tahun-tahun terakhir hayat beliau, Yuan berdedikasi kepada penyelidikan dan pembangunan padi laut. Beliau berusaha sedaya upaya untuk memenuhi impian seumur hidupnya – semua orang di dunia ini dapat makan dengan cukup.

Yuan Longping meninggalkan legasi benih padi kecil yang bernilai kepada dunia. "Setiap orang adalah seperti benih – kita harus berusaha menjadi orang baik," Yuan pernah berkata. Lelaki biasa yang hebat ini patut dikenang.

China Mosaic
http://www.china.org.cn/video/node_7230027.htm

Yuan Longping: Komited kepada kebajikan dan kesejahteraan manusia
http://www.china.org.cn/video/2021-05/25/content_77524871.htm

Source: China.org.cn
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications