omniture

ZOTAC SECARA MAYA DI COMPUTEX 2021

ZOTAC Technology Limited
2021-05-27 13:00 354

HONG KONG, 27 Mei 2021 /PRNewswire/ -- ZOTAC Technology, pengeluar inovasi global, akan menyertai COMPUTEX Virtual 2021 untuk mendedahkan barisan inovasi yang hebat untuk meraikan 15 tahun kecemerlangan. Lihat reka bentuk dan kejuruteraan ZOTAC yang terkini di reruai maya yang merangkumi kad grafik ZOTAC GAMING terunggul dan tambahan baharu dalam rangkaian ZBOX MAGNUS ONE.

 

ZOTAC SECARA MAYA DI COMPUTEX 2021
ZOTAC SECARA MAYA DI COMPUTEX 2021

MEMPERKASA KESEMUANYA

ZOTAC ZBOX MAGNUS ONE ECM53060C
ZOTAC ZBOX MAGNUS ONE ECM53060C

ZOTAC ZBOX MAGNUS ONE ECM53060C adalah yang terbaharu dalam rangkaian MAGNUS ONE. Model sekunder kepada penerima anugerah Khas Computex 2021 d&l dan anugerah Reka Bentuk Produk Red Dot 2021 yang sangat berjaya, MAGNUS ONE ECM73070C. MAGNUS ONE ECM53060C yang serba baharu memasangkan pemproses Intel® Core™ dengan kad grafik ZOTAC GAMING GeForce™ RTX 3060 komputer meja untuk memberikan prestasi hebat pada cesi 8.3L yang direka secara minimal dan padat dan digabungkan dengan bekalan kuasa 500W 80+ Platinum. MAGNUS ONE memiliki keupayaan lakukan semuanya untuk memberikan pengalaman terbaik bagi tugasan harian, permainan video, penciptaan kandungan dan perniagaan.

ZOTAC GAMING GPU TERUNGGUL

ZOTAC GAMING GeForce 3090 AMP Extreme Holo
ZOTAC GAMING GeForce 3090 AMP Extreme Holo

ZOTAC GAMING GeForce 3090 AMP Extreme Holo ialah kad grafik ZOTAC GAMING GeForce RTX™ 30 Series terunggul. Ia dilengkapi dengan reka bentuk yang unik dan memenangi Anugerah Red Dot 2021 HoloBlack yang pertama kali diperkenalkan pada model AMP Holo dan AMP Core Holo. Direka bentuk semula dengan mementingkan fungsi berbanding bentuk, AMP Extreme Holo ialah kemuncak semua ciri dan reka bentuk 30 Series semasa yang beralih ke arah prestasi.

3090 AMP Extreme Holo menggunakan sistem penyejukan IceStorm 2.0 yang telah dikemaskini untuk merangkumi set kipas terbesar yang digunakan pada kad grafik ZOTAC GAMING dengan tiga kipas berukuran 100mm untuk dinamik aliran udara yang maksimum. Kipas ini dilengkapi dengan reka bentuk 11 bilah untuk meningkatkan tekanan dan aliran udara statik sehingga 10% berbanding reka bentuk generasi sebelum ini. Lebih banyak laluan keluar aliran udara telah ditambah di seluruh reka bentuk GPU yang termasuk liang aliran udara laluan langsung, yang membolehkan ekzos haba yang lebih pantas, mengurangkan haba yang terperangkap, dan menurunkan gelora aliran udara untuk peningkatan keseluruhan prestasi bunyi dan haba.   

Untuk meningkatkan lagi prestasi penyejukan, penenggelam haba telah dioptimumkan sehingga 10% peningkatan dalam ketebalan dan dilengkapi dengan tiga petak berbeza yang mendakap paip haba sepenuhnya untuk keseluruhan peningkatan sentuhan dengan tatasusunan sirip penenggelam haba aluminium. Jumlah keseluruhan paip haba yang digunakan telah ditingkat menjadi lapan, jumlah paip haba tertinggi yang digunakan dalam reka bentuk kad grafik ZOTAC GAMING. Paip haba ini telah direka untuk meningkatkan sentuhan dengan plat sejuk sehingga 72% menggunakan susun atur menegak. Struktur dalaman paip haba juga telah menerima kemas kini di mana ia terdiri daripada lapisan komposit yang termasuk sampul yang lebih tebal dan sumbu beralur dengan cecair kerja pelbagai saluran.

3090 AMP Extreme Holo juga menampilkan Dual BIOS yang dikawal melalui suis lembut pada utiliti ZOTAC GAMING FireStorm. Pengguna boleh beralih antara Dual BIOS dan memilih QUIET untuk prestasi bunyi yang lebih rendah dengan suhu yang lebih panas sedikit atau AMPLIFY untuk menurunkan suhu dengan tahap kehingaran yang lebih tinggi sedikit.

Kunjungi ZOTAC di COMPUTEX Virtual 2021
www.zotac.com/page/computex-2021

Latar Belakang ZOTAC Technology Limited

Ditubuhkan dalam tahun 2006, kami percaya dalam pengeluaran produk berkaitan PC yang berkualiti yang merangkumi kad grafik, PC mini dan aksesori inovatif yang terkemuka dalam industri di peringkat global. Dedikasi kami terhadap standard yang ketat dan usaha kecemerlangan tanpa henti ialah tulang belakang kepada kejayaan kami yang membawa kepada produk dan reka bentuk yang memenangi anugerah yang mendorong penerobosan had yang berterusan dalam inovasi, kualiti, dan sempadan baharu.

 

Source: ZOTAC Technology Limited
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment New products/services Trade show news