omniture

CGTN: China siap siaga untuk pembangunan teknologi sains, lebih fokus pada swadaya

CGTN
2021-06-01 07:45 1399

BEIJING, 1 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Hampir dua minggu yang lalu, China berjaya dalam pendaratan Marikh yang pertama, lalu menggamit perhatian dunia terhadap pencapaian penting dalam penerokaan angkasa lepas China.

Pada hari Jumaat, sains dan teknologi sebagai sokongan strategik terhadap pembangunan negara, yang menumpukan pada mampu diri dan inovasi, sekali lagi diketengahkan dalam hala tuju pembangunan negara menerusi konvensyen kongres nasional ke-10 China Association for Science and Technology di Beijing.

Mampu diri dan swadaya teknologi sains 

Usaha yang digiatkan diperlukan bagi membina China menjadi sebuah negara yang terkemuka dalam bidang sains dan teknologi serta mencapai swadaya dan mampu diri teknologi sains di peringkat yang lebih tinggi, kata Presiden Cina Xi Jinping semasa berucap di mesyuarat yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

Menyedari peri pentingnya melakar penemuan baharu dalam teknologi teras dalam bidang-bidang utama, Presiden Xi menekankan pembinaan sistem sains dan teknologi moden dengan konfederasi inovasi yang diterajui oleh perusahaan terkemuka, disokong oleh universiti dan institusi serta entiti inovasi terselaras.

Beliau menyatakan bahawa pentingnya untuk mendorong penyelesaian masalah dalam tugas teknologi sains yang utama, menyasarkan masalah yang paling mendesak dan menekan serta bermula daripada keperluan negara yang segera dan dalam tempoh jangka panjang.

Penyelidikan asas dan asli adalah kritikal dalam memperluas sempadan kognitif baharu, tambah beliau.

Usaha China mengejar kebebasan dalam inovasi saintifik diperlihatkan dalam pelbagai pencapaiannya termasuk Sistem Satelit Navigasi Beidou, penerokaan angkasa lepas termasuk prob lunar dan Marikh serta pembinaan stesen angkasa lepas China sendiri selain pemboleh tenggelam dikendalikan manusia laut dalam Fendouzhe. Negara ini juga membangunkan teknologi kereta api berkelajuan tinggi, teknologi komunikasi 5G dan kecerdasan buatan miliknya sendiri.

Beliau turut menekankan peranan makmal dan institusi penyelidikan saintifik negara, universiti penyelidikan peringkat tinggi dan perusahaan terkemuka dalam bidang sains dan teknologi, menyeru mereka untuk melakar pencapaian saintifik dan teknologi yang lebih strategik dan penting serta berusaha untuk menyelesaikan masalah saintifik dan teknologi utama yang mempengaruhi pembangunan keseluruhan dan kepentingan jangka panjang China.

Usaha-usaha penting untuk memupuk kakitangan saintifik dan teknologi cemerlang dengan pengaruh global, menyokong secara berterusan beberapa pasukan inovasi dan melatih kakitangan teknikal dan berkemahiran yang lebih berkualiti tinggi, kata Xi.

Strategi pembangunan berpandukan inovasi 

Presiden Xi menekankan lagi kepentingan inovasi dalam usaha untuk membangunkan dan membentuk kelebihan pembangunan baharu yang disebutkan dalam Rancangan Lima-Tahun ke-14 China (2021-2025) untuk pembangunan ekonomi dan sosial negara serta objektif-objektif jangka panjang sehingga tahun 2035.

Pada tahun 2016, kerajaan Cina menetapkan sasaran untuk menjadikan China sebagai salah sebuah negara yang paling inovatif menjelang tahun 2020 dan sebagai penginovasi terkemuka menjelang tahun 2030, selain kuasa S&T global yang terkemuka menjelang ulang tahun ke-100 penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 2049.

Usaha-usaha diperlukan untuk memperdalam reformasi sistem teknologi sains dan membentuk sistem asas yang menyokong inovasi menyeluruh, kata Xi, dan menambah bahawa pembangunan sepenuhnya harus diberikan kepada peranan negara sebagai penganjur inovasi saintifik dan teknologi yang utama.

Chinese Academy of Sciences dan Chinese Academy of Engineering, sebagai penggerak saintifik dan teknologi strategik negara ini, harus memainkan peranan utama, ujar Xi, lalu menambah bahawa China Association for Science and Technology perlu menggalas tanggungjawab untuk menghubungkan antara kerajaan dan pekerja saintifik dan teknologi.

Beliau menyeru usaha untuk terlibat secara mendalam dalam tadbir urus saintifik dan teknologi global dalam bidang-bidang seperti kesihatan awam dan perubahan iklim serta membolehkan sains dan teknologi Cina lebih banyak menyumbang ke arah pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan bersama untuk umat manusia.

Presiden Cina turut menyampaikan ucap selamat kepada pekerja teknologi sains di seluruh negara menjelang hari pekerja teknologi sains nasional China yang jatuh pada tanggal 30 Mei.

https://news.cgtn.com/news/2021-05-28/Xi-Jinping-stresses-sci-tech-self-strengthening-at-higher-levels-10Dr6N2aiu4/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Asian-related news