omniture

Intellicare jalin kerjasama dengan UnionBank buka akaun ePaycard digital sepenuhnya untuk doktor gabungan

Intellicare Group
2021-06-02 07:29 251

SINGAPURA, 2 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Asalus Corporation (beroperasi di bawah nama dagangan "Intellicare"), salah sebuah organisasi penyelenggaraan kesihatan (HMO) yang terkemuka di negara ini, baru-baru ini bekerjasama dengan Union Bank of the Philippines (UnionBank) yang terkenal sebagai "bank digital terbaik" di negara ini, bagi Pembukaan Akaun Digital ePaycard (eDAO) untuk doktor gabungannya bagi membantu mempercepatkan pembayaran yuran profesional, faedah dan pembayaran lain mereka. Sebuah upacara penandatanganan maya telahpun diadakan pada 14 Mei 2021 yang lalu bagi merasmikan perjanjian perkongsian berkenaan.

 

 

Image provided by Union Bank
Image provided by Union Bank

UnionBank menawarkan kemudahan pembukaan akaun yang cekap, tanpa kertas dan dengan penyelesaian pembayaran digital sepenuhnya demi kemudahan doktor gabungan Intellicare. Bagi memudahkan pembukaan akaun mereka, para doktor akan menerima SMS dengan kod rujukan unik yang akan digunakan untuk meneruskan aplikasi melalui UnionBank Online App. Pembukaan akaun akan menjadi proses digital sepenuhnya yang boleh dibuat mengikut masa dan kesenangan doktor. Setelah mendapat kelulusan daripada Intellicare, akaun ePaycard akan dibuka pada masa sebenar.

Akaun ePaycard doktor akan didaftarkan secara automatik dalam UnionBank Online dan akan dapat melakukan transaksi digital seperti Pindahan Dana, Pembayaran Bil, Menabung untuk Matlamat, Pembahagian Bil, Beli Tambah Nilai dan banyak lagi.

UnionBank dan Intellicare akan menyediakan bahan-bahan komunikasi serta menganjurkan sesi dan webinar suai tugas (onboarding) dalam talian untuk mendidik para doktor mengenai ciri-ciri dan faedah-faedah eDAO serta cara untuk menjamin akaun bank dalam talian mereka.

Mary Joyce S. Gonzales, Naib-Presiden Eksekutif dan Ketua Pusat Perbankan Runcit UnionBank, menyatakan: "Pandemik COVID-19 telah memaksa kita semua untuk berinovasi. Dengan sekatan pergerakan dan keperluan pembayaran tanpa sentuh bagi mengurangkan pendedahan terhadap virus tersebut, pihak Bank menjadikan ia sebagai matlamat untuk membantu syarikat-syarikat dan kakitangannya dalam menjadikan proses pembayaran lebih cekap, mudah dan selamat buat semua yang terlibat dalam transaksi."

Audrey Meldy B. Gallardo, Naib-Presiden Eksekutif Intellicare, menyatakan: "Menjadi hasrat Intellicare agar sentiasa mempertimbangkan apa yang terbaik untuk rakan doktor kami dan kemudahan perubatan bagi memastikan aliran yang cekap dalam rantaian bekalan. Kemudahan pembayaran UnionBank ini merupakan penggerak buat kami untuk memenuhi komitmen kami terhadap mereka dengan cara sebaik mungkin di tengah-tengah cabaran melibatkan pengurangan kontak fizikal dalam menangani pandemik ini."

Latar Belakang Intellicare Group

Intellicare merupakan sebahagian daripada Fullerton Healthcare Group ("Fullerton Health") - platform rawatan kesihatan bersepadu secara vertikal yang utama di rantau Asia Pasifik.

Asalus Corporation (Intellicare) terlibat dalam perniagaan untuk membangunkan, menyelenggara dan mempromosikan perkhidmatan penyelenggaraan perubatan dan kesihatan bersepadu dengan tujuan untuk menyediakan konsep program penyelenggaraan perubatan dan kesihatan yang komprehensif, sistematik dan berorientasikan pencegahan melalui akreditasi, integrasi dan penyelenggaraan profesional perkhidmatan daripada kemudahan serta penyedia rawatan kesihatan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi  www.intellicare.com.ph.

Latar Belakang UnionBank

Union Bank of the Philippines sentiasa menjadi antara yang pertama menerima inovasi teknologi bagi memperkasa pelanggannya menuju masa depan perbankan.

Ia diiktiraf secara konsisten sebagai salah sebuah syarikat yang terkemuka di Asia, menduduki kedudukan antara bank-bank sejagat terunggul di negara ini dari segi keuntungan dan kecekapan.

Selama bertahun-tahun, UnionBank meraih beberapa anugerah dan pengiktirafan yang memecah rekod, yang terkini ia diisytiharkan sebagai Bank Digital Tahunan oleh The Asset Triple A, selama empat tahun berturut-turut sehingga kini; Perintis Digital Asia Pasifik oleh IDC Asia Pacific dan pengiktirafannya yang paling perlu diberi perhatian apabila disenaraikan sebagai "2 Bank Paling Sedia Membantu Terunggul di Asia Pasifik semasa COVID-19" oleh BankQuality.com. 

UnionBank berpegang teguh pada janjinya untuk memperkasa masa depan perbankan melalui "Tech-Up Pilipinas" untuk memenuhi dengan cara terbaik keperluan rakyat Filipina yang semakin meningkat di mana-mana, sekali gus mempelopori inovasi demi dunia yang lebih baik. 

Untuk maklumat lanjut mengenai UnionBank, sila kunjungi www.unionbankph.com

Hubungan Media:

Intellicare Group
Jinky R. Recto – Pengurus Kanan untuk Komunikasi dan Acara Korporat
jinky.recto@intellicare.com.ph 

UnionBank
James P. Ileto – Naib Presiden untuk Hal Ehwal Media Korporat
jmpileto@unionbankph.com

 

Source: Intellicare Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Health Care/Hospital Contracts New products/services Financial Technology