omniture

Duke Kunshan University tarik minat kelas antarabangsa terbesar dan paling pelbagai

Duke Kunshan University
2021-06-04 15:57 135

KUNSHAN, China, 4 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Duke Kunshan University (DKU) di China akan mengalu-alukan kelasnya yang terbesar dan paling pelbagai musim luruh ini setelah menerima permohonan yang memecah rekod daripada pelajar antarabangsa, menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam pengalaman seni liberal DKU yang tersendiri.

Hampir 180 pelajar dari 48 negara telah komited untuk menyertai kelas graduasi keempat DKU. Empat puluh sembilan peratus berasal dari A.S., dengan negara lain yang termasuk Brazil, Kanada, Itali, Kazakhstan, Morocco, Belanda, Poland, Korea Selatan dan Turki.

Jessica Sandberg, dekan pengurusan kemasukan antarabangsa, berkata, "Kami sangat gembira dapat mengalu-alukan pelajar-pelajar ini ke DKU, terutama sekali kerana semangat mereka untuk memacu perubahan dan mentafsir semula norma. Kelas 2025 ialah pencipta, usahawan, pencapai, altruis, dan pembuat perubahan."

DKU, kerjasama Duke University di A.S., dan Wuhan University China, menerima 1,800 permohonan antarabangsa dalam tahun 2021, lebih sekali ganda jumlah tahun lalu, yang termasuk peningkatan ketara dalam pemohon keputusan awal.

Sandberg mengulas tentang peningkatan dalam minat ini, "Selepas kawalan pergerakan dan keterbatasan lain yang disebabkan oleh Covid-19, para pelajar semakin berminat kepada komuniti global DKU yang dinamik, dan misi kami untuk membina dunia pasca pandemik yang penyayang, bekerjasama dan terangkum. DKU mewakili model baharu untuk pengajian tinggi."

Walaupun DKU mengharapkan pelajar antarabangsa akan dapat datang ke kampusnya di Kunshan, China, dalam musim luruh ini, universiti telah merancang pelan kontingensi yang menggunakan arahan dan program belajar jarak jauh dalam talian.

DKU ialah salah satu daripada universiti pertama di dunia untuk beralih ke arahan jarak jauh sebagai tindakbalas kepada Covid-19, melancarkan strateginya dalam bulan Februari 2020. DKU akan terus menawarkan kelas dalam talian kepada pelajar yang berada di luar negara selagi perlu untuk memastikan mereka terus terlibat bersama professor dan rakan sekelas.

Sebagai alternatif, pelajar DKU yang tidak dapat pergi ke China boleh memohon untuk belajar di Duke University di North Carolina, A.S. Pilihan ini diperkenalkan dalam tahun akademik lalu, sementara DKU menyambut pelajar DKU yang berada di China yang ingin mendapat akses kepada kelas dan pelbagai aktiviti kampus secara langsung.

Untuk pelajar baharu yang lebih sukakan pengalaman akademik secara langsung tetapi tidak dapat pergi ke Kunshan atau North Carolina, dua program – Peluang Global DKU dan DKU Ke Arah Pengalaman Pembelajaran Fleksibel – yang membolehkan mereka menyertai program belajar jarak jauh yang diiktiraf di seluruh dunia.

Sandberg berkata, "Kami telah membuat setiap persediaan untuk memastikan semua pelajar kami, tidak kira di mana mereka memulakan pendidikan mereka, akan mendapat pengalaman tahun pertama yang berjaya dan bermakna."

Source: Duke Kunshan University
Keywords: Education Higher Education