NEW YORK, 3 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Gala Delete Blood Cancer Tahunan Ketujuh yang diadakan pada 1 Mei di Cipriani Wall Street memecahkan semua rekod tahun-tahun sebelumnya dan mengumpul $3.7 juta bagi membantu usaha menentang leukemia dan kanser-kanser darah lain. Wang yang dikumpul bersama oleh Coty Inc., syarikat kecantikan unggul dunia, dan Delete Blood Cancer, sebahagian daripada pusat penderma sumsum tulang terbesar di dunia, akan membantu mendaftarkan 55,000 orang penderma baharu sumsum tulang dan membantu para pesakit seluruh dunia. Dalam masa 20 tahun lepas, Delete Blood Cancer DKMS telah mendaftarkan lebih 3.5 juta orang penderma dan telah membantu menjayakan lebih daripada 35,000 prosedur pemindahan yang menyelamatkanya nyawa di seluruh dunia.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130502/NY06566)
Dalam acara yang dibarisi bintang-bintang terkenal itu, Glenda Bailey, ketua editor majalah Harper's Bazaar, menyampaikan "Anugerah Delete Blood Cancer" kepada Suzi Weiss-Fischmann, pengasas bersama, pengarah artistik dan naib presiden eksekutif OPI Products, kerana komitmen beliau yang cemerlang dalam memperjuangkan usaha itu. Bintang pop Katy Perry menyampaikan anugerah itu kepada pereka Vera Wang yang dikongsi oleh Wang bersama pelakon wanita Leighton Meester, bagi usaha mereka mempromosikan kempen Berkongsi Kasih oleh Delete Blood Cancer yang menggalakkan orang ramai untuk menguji darah dan mendaftar sebagai penderma sumsum tulang. Katharina Harf, pengasas bersama Delete Blood Cancer dan pengacara bersama untuk acara itu, menyampaikan anugerah itu pada pelakon wanita "Gossip Girl" itu. Personaliti TV dan pereka selebriti Nate Berkus turut sama mengacarakan Gala itu.
Selepas penyampaian anugerah, acara itu dihangatkan dengan persembahan secara langsung oleh artis pemenang Anugerah Grammy Jill Scott dan Lady Antebellum.
Acara kemuncak penuh emosi malam itu tiba sewaktu penerima sumsum tulang Darien Craig, seorang remaja berusia 19 tahun dari Nashville yang dikenali sebagai "Fighter" bertemu penderma yang telah menyelamatkan nyawanya. Darien dan ibunya Tina, diselubungi kegembiraan dan kesyukuran, dan kemudian terkejut apabila identiti penderma itu terbongkar: Evander Holyfield Jr., anak lelaki ikon sukan tinju. Evander Holyfield telah naik ke pentas bersama anaknya untuk menyampaikan hadiah istimewa kepada Darien.
"Kami semua dalam keluarga Coty komited menyokong Delete Blood Cancer selama beberapa tahun kebelakangan, dan setiap tahun kami menyampaikan sokongan yang tidak putus-putus daripada kakitangan, rakan kongsi dan penyokong Coty. Indah sekali perasaan apabila menyaksikan kemurahan hati yang diberikan khas untuk tujuan ini," kata Michele Scannavini, ketua pegawai eksekutif, Coty Inc., dan pengerusi bersama acara tersebut.
"Mendapat peluang untuk memperkenalkan seorang penderma Delete Blood Cancer kepada penerima yang telah beliau selamatkan menekankan kepentingan usaha kami ini. Kami sangat berterima kasih pada Coty, penaja korporat legasi kami yang membantu semua ini menjadi kenyataan," kata Katharina Harf.
Turut menghadiri acara gala separa rasmi ini ialah Anastasia Ganias ("True Blood"), Anja Rubik (peragawati), Coco Rocha ("The Face"), Derek Lam (pereka), Glenda Bailey (Harper's Bazaar), Georgia May Jagger (peragawati), Julie Henderson (peragawati), L.P. (artis muzik), Lindsey Vonn (peluncur ski Olimpik), Dr. Mary Horowitz, antara lainnya.
Sejak pembentukan hubungan kerjasama ini pada tahun 2006, Coty Inc. telah menjajarkan dirinya bersama Delete Blood Cancer dan misinya untuk menyelamatkan nyawa dengan merekrut penderma sumsum tulang untuk pesakit kanser darah. Coty menyertai Delete Blood Cancer-DKMS pada bulan Oktober 2006 dalam usaha menentang leukemia, salah satu punca utama kematian akibat kanser seluruh dunia. Leukemia juga mempunyai sentuhan peribadi kepada Coty Inc. apabila isteri Pengerusi Coty Inc. Peter Harf tumpas akibat penyakit itu pada tahun 1991. Di Amerika Syarikat, lebih daripada 140,000 orang didiagnosis dengan kanser darah setiap tahun dan lebih 50,000 mati akibat kanser-kanser ini. Di kalangan kanak-kanak, leukemia adalah punca utama kematian akibat kanser.
Semua kutipan daripada gala Delete Blood Cancer tahunan ketujuh akan disalurkan terus bagi mendaftarkan penderma sumsum tulang yang boleh menyelamatkan nyawa dan menggalakkan kemajuan dalam rawatan dan penjagaan kanser.
Untuk maklumat lanjut mengenai Delete Blood Cancer lawati www.deletebloodcancer.org
Mengenai Delete Blood Cancer
Delete Blood Cancer bermula dengan pencarian sebuah keluarga untuk penderma sumsum tulang dan hari ini ia sudah menjadi sebahagian daripada pusat penderma sumsum tulang terbesar di dunia. Kami telah membantu mendaftarkan lebih daripada 3.5 juta penderma berpotensi dan membantu lebih 35,000 prosedur pemindahan yang berjaya menyelamatkan nyawa di seluruh dunia. Namun kami tidak berhenti setakat itu sahaja. Setiap hari kami memimpin perjuangan menentang kanser darah dengan bekerja bersama keluarga, komuniti dan organisasi untuk merekrut lebih ramai penderma dan memberikan lebih ramai pesakit peluang kedua dalam kehidupan. Delete Blood Cancer-DKMS Americas adalah sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3). Untuk maklumat lanjut atau mendaftar sebagai penderma sumsum tulang, sila lawati www.deletebloodcancer.org.
Mengenai Coty-Delete Blood Cancer/DKMS: Perkongsian Berhubung Menentang Kanser
Pada bulan Oktober 2006, Coty Inc., sebuah peneraju dunia yang baru muncul dalam bidang kecantikan, menyertai Delete Blood Cancer-DKMS sebagai penaja korporat pengasas dalam perjuangan menentang kanser darah, dengan menubuhkan hubungan kerjasama Coty-Delete Blood Cancer/DKMS: Berhubung Menentang Kanser Darah. Coty menggunakan kelebihan perhubungan rapatnya dengan para selebriti terkenal bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit itu dan membantu merekrut ribuan penderma di seluruh dunia. Tambahan lagi, Coty telah membantu Delete Blood Cancer-DKMS menubuhkan organisasi Delete Blood Cancer-DKMS bebas di AS, Poland dan UK, serta merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh dunia. Leukemia, sejenis kanser darah dan salah satu daripada punca kematian utama akibat kanser seluruh dunia, memberi kesan peribadi kepada keluarga Coty apabila isteri Pengerusi Coty Peter Harf meninggal dunia akibat penyakit itu pada tahun 1991.