omniture

CGTN: China sasar menjadi penjana inovasi

CGTN
2021-06-10 16:01 1672

BEIJING, 10 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Bermula daripada kompas, pembuatan kertas, pencetakan dan serbuk letupan, empat ciptaan yang hebat oleh China purba - hinggalah kapal selam berawak Jiaolong, Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau dan prob Marikh Tianwen-1, China sentiasa menerima semangat yang kreatif dan daya maju yang inovatif daripada rakyatnya.

"Inovasi merupakan semangat yang mendorong kemajuan sesebuah negara dan sumber kemakmuran negara yang tidak habis-habis. Ia juga merupakan bahagian penting dalam watak bangsa Cina," kata Presiden Cina Xi Jinping dalam satu perbincangan bersama sekumpulan anak muda yang cemerlang daripada semua lapisan masyarakat pada 4 Mei 2013.

Beliau menambah bahawa inilah yang dimaksudkan dengan pepatah lama: "Sekiranya kamu boleh memperbaiki diri kamu dalam satu hari, lakukanlah hari demi hari. Maka, akan muncul pembaharuan setiap hari."

Inovasi berkembang pesat

Sejak beberapa tahun yang lalu, China telah mengambil langkah penting untuk meningkatkan kapasiti inovatifnya, dengan kekuatannya dalam bidang sains dan teknologi yang semakin bertambah baik dari segi petunjuk utama.

China menduduki kedudukan ke-14 antara lebih daripada 100 ekonomi di seluruh dunia dalam penarafan inovasi penanda aras pada tahun 2020 dan merupakan satu-satunya ekonomi berpendapatan sederhana yang disenaraikan sebagai 30 teratas selama tujuh tahun, menurut indeks yang dikeluarkan oleh World Intellectual Property Organization September lalu.

"China telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi, dengan kedudukan yang tinggi dalam metrik penting termasuk paten, model utiliti, cap dagangan, reka bentuk industri dan eksport barangan kreatif," menurut sidang media daripada indeks berkenaan.

Dana kerajaan pusat untuk penyelidikan asas telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh lima tahun yang lalu dan dana tersebut dianggarkan mencecah 6.16 peratus daripada perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) keseluruhannya pada tahun 2020, menurut Wang Zhigang, menteri sains dan teknologi.

Kadar sumbangan daripada kemajuan saintifik dan teknologi terhadap pertumbuhan ekonomi dijangka mencecah 60 peratus pada tahun 2020, menurut unjuran rasmi oleh Kementerian Sains dan Teknologi.

Beberapa pencapaian teknologi tinggi yang penting telah dibuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Prob Chang'e-5 membawa pulang sampel pertama negara ini yang diambil dari bulan, manakala perayau Marikh pertama China memulakan penerokaan planet merah tersebut.

Negara ini bergerak dengan pantas untuk membangunkan pesawat penumpang yang besar dan kereta api apungan-magnetnya, manakala industri-industri yang berkaitan dengan ekonomi digital, 5G, kecerdasan buatan dan kenderaan elektrik semakin berkembang maju.

Untuk menjadi penginovasi utama dengan keandalan kendiri  

Menurut Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025) China untuk Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara serta Objektif-objektif Jangka Panjang Sehingga Tahun 2035, inovasi harus dimanfaatkan sebagai teras pemacu pemodenan China sementara keandalan kendiri dan kemajuan kendiri dalam sains dan teknologi harus diberi keutamaan tertinggi sebagai peranan sokongan yang strategik.

Dalam menghadapi persaingan antarabangsa yang sengit dan berlatarbelakangkan unilateralisme dan fahaman perlindungan yang semakin berkembang, Presiden Xi menegaskan aspek keandalan kendiri dan pengukuhan kendiri dalam pembangunan sains dan teknologi negara ini dalam mesyuarat pada 28 Mei lalu.

Xi menggesa golongan profesional sains dan teknologi China untuk menggalas tanggungjawab mengikut peredaran masa dan berusaha mencapai keandalan kendiri dan pengukuhan kendiri dalam sains dan teknologi pada peringkat lebih tinggi.

Penemuan dalam sains dan teknologi seharusnya menangani isu-isu yang paling mendesak dengan fokus untuk memenuhi keperluan negara ini, baik dari segi keperluan segera mahupun keperluan jangka panjang, kata Xi.

Tatkala China mengalami transformasi daripada kilang dunia menjadi penginovasi dunia, Rancangan Lima-Tahun ke-14 menyatakan bahawa bidang-bidang berikut akan menjadi tumpuan negara ini dalam tempoh lima hingga 15 tahun akan datang, termasuk kecerdasan buatan, maklumat kuantum, litar bersepadu, kehidupan dan kesihatan, sains otak, bio-pembiakan, aeroangkasa dan penerokaan bumi dalam dan laut dalam.

China akan melabur lebih banyak dalam penyelidikan asas sepanjang Tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-14 dengan dana dijangka mencecah lebih 8 peratus daripada kesemua perbelanjaan R&D, menurut Kementerian Sains dan Teknologi.

https://news.cgtn.com/news/2021-06-08/China-aims-to-become-an-innovation-powerhouse--10QnCEg98Oc/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)