omniture

Qingdao Conson Anjur Forum Pembangunan Berkualiti Tinggi Ekonomi Bandar dan Majlis Pelancaran Hai Tian Center Percepat Pertumbuhan Bandar

Qingdao Conson Development
2021-06-22 17:10 143

QINGDAO, China, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Bertema "Membina dan Berkongsi Masa Depan Saling Menguntungkan" ("Building and Sharing a Win-Win Future"), Forum Pembangunan Berkualiti Tinggi Ekonomi Bandar & Majlis Pelancaran Hai Tian Center telah dianjurkan oleh Qingdao Conson Development (Group) di Hai Tian Center di Qingdao pada 20 Jun.

 

 

Qingdao Conson Hosts Urban Economy High-Quality Development Forum and Hai Tian Center Launch Ceremony to Accelerate the City’s Growth
Qingdao Conson Hosts Urban Economy High-Quality Development Forum and Hai Tian Center Launch Ceremony to Accelerate the City’s Growth

Dengan ketinggian 369 meter (1210.63 kaki), Hai Tian Center merupakan pusat bagi pejabat-pejabat gred A super, Haitian Hotel, St. Regis Qingdao, Cloud Art Center, dek tinjau, Cloud Diamond Club, Haitian Mall dan Haitian Mansion. Sebagai mercu tanda baharu, Hai Tian Center akan berperanan sebagai tempat peristiwa yang canggih dan tempat pilihan untuk mengadakan mesyuarat dan persidangan yang dapat meningkatkan keupayaan perkhidmatan bandar tersebut dan mempengaruhi sejauh mana bandar tersebut berkembang.

"Conson Group akan memanfaatkan sepenuhnya nilai berpotensi Hai Tian Center bagi menarik pelaburan, merangsang permintaan domestik, menarik taraf penggunaan dan membangunkan ekonomi ibu pejabat. Pusat ini memberi akses kepada ruang kehidupan berkualiti tinggi dan pengalaman gaya hidup untuk penduduk tempatan sekali gus menjadi penggerak baharu untuk meningkatkan lagi kevitalan, menerajui pembangunan peringkat seterusnya dan mentakrifkan semula personaliti bandar Qingdao," kata Wang Jianhui, Setiausaha Jawatankuasa Parti dan Pengerusi Qingdao Conson Development (Group).

Beliau melihat Hai Tian Center sebagai kemuncak segala-gala yang dicita-citakan oleh bandar tersebut, satu penambahan bermakna terhadap legasi bandar berkenaan dan tempat yang tiada tolok bandingnya untuk mesyuarat serta acara penting dan dalam masa yang sama memacu transformasi Qingdao menjadi metropolis antarabangsa yang bersifat terbuka, moden, dinamik dan bergaya.

Pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan Qingdao yang hadir di acara tersebut mengulas bahawa projek-projek utama seperti Hai Tian Center merupakan acara membawa kejayaan besar yang mempercepatkan peralihan daripada enjin ekonomi lama kepada baharu. Pembinaan tanpa masalah dan operasi lancar pusat tersebut membawa petanda baik untuk berperanan sebagai pelancar kerja dalam pembangunan ekonomi dan sosial berkualiti tinggi bandar tersebut sekali gus meningkatkan daya saing keseluruhan wilayah berkenaan.

Long Yongtu, bekas naib menteri bagi Kementerian Perdagangan Luar Negeri dan Kerjasama Ekonomi China serta pengerusi bersama Sino-International Entrepreneurs Federation (SIEF), menyatakan: "China mempercepatkan pembinaan corak pembangunan yang baharu dengan peredaran domestik sebagai teras utama berserta promosi bersama dwiperedaran. Berlatar belakangkan hal ini, kualiti dan keterbukaan merupakan kunci untuk pembangunan ekonomi bandar." Beliau memuji peranan aktif Qingdao dalam menggalakkan pembangunan bandar yang berkualiti tinggi, dipacu oleh kompleks bandar yang amat tinggi seperti Hai Tian Center. "Saya berharap agar Hai Tian Center dapat dibangunkan menjadi pusat untuk bakat, ekonomi perkhidmatan dan pelaburan, yang dapat membantu Qingdao dalam proses transformasinya menjadi metropolis antarabangsa yang terbuka, moden dan dinamik."

Memandang ke hadapan, Hai Tian Center merancang untuk mengintegrasikan sumber-sumber kompetitifnya bagi memudahkan kolaborasi antara perniagaan-perniagaan dan organisasi-organisasi di dalam dan sekitar Qingdao dengan matlamat untuk mewujudkan ekosistem perniagaan moden yang mencakupi penyedia perkhidmatan maklumat, pengeluar, penyedia perkhidmatan kewangan, institusi latihan dan pendidikan serta firma teknologi.

Hubungan media:
En. Gu
+86-158-5328-5676

Source: Qingdao Conson Development
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Trade show news