omniture

Tindakan Tegas China Terhadap Kripto Dapat Meningkatkan Kebimbangan Terhadap Privasi Kewangan

CS Global Partners
2021-06-24 18:18 2410

LONDON, 24 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin yang lepas, People's Bank of China (PBOC) mengarahkan empat buah bank milik negara dan aplikasi pembayaran mudah alih terkemuka negara tersebut iaitu Alipay untuk menghentikan semua transaksi yang berkaitan dengan Bitcoin dan lain-lain mata wang kripto. Pernyataan itu menggesa pihak bank dan firma pembayaran untuk memeriksa akaun pelanggan dengan teliti, mengenal pasti mereka yang terlibat dalam transaksi mata wang kripto dan memotong saluran pembayaran mereka dengan segera.

Tindakan tegas Beijing terhadap kripto berserta pelancaran yuan digital yang membolehkan PBOC untuk menyimpan data transaksi yang hampir masa nyata bagi semua individu dan entiti yang menggunakan mata wang digital telah lama menjadi kebimbangan ramai pelabur, usahawan dan golongan peniaga. World Wealth Report menyatakan China merupakan pengeksport terbesar penghijrah kaya dengan kira-kira 16,000 jutawan Cina meninggalkan negara tersebut pada tahun 2019 sahaja. Menurut firma penghijrahan pelaburan yang berpangkalan di UK iaitu CS Global Partners, trend ini diramalkan akan terus meningkat.

Individu kaya Cina memahami kepentingan melindungi privasi dan aset kewangan mereka, kata Micha Emmett, Ketua Pegawai Eksekutif CS Global Partners. "Melabur dalam kewarganegaraan kedua kekal sebagai komoditi yang amat dicari dalam menyediakan strategi keselamatan dan keluar yang sah serta membolehkan pemeliharaan kekayaan dan privasi kewangan. Di negara seperti China yang terlibat dalam perang perdagangan yang berterusan dengan Amerika Syarikat — dengan kestabilan ekonominya terancam dan kerajaan memaksa akses kewangan yang lebih banyak — kewarganegaraan kedua menjadi suatu keperluan."

Menurut Emmett, pilihan popular untuk Individu Bernilai Bersih Tinggi (HNWI) China yang ingin mempelbagaikan kekayaan mereka dan menjamin privasi kewangan ialah pelaburan dalam program kewarganegaraan ekonomi seperti yang ditawarkan oleh Saint Kitts dan Nevis. Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan (CBI) Saint Kitts dan Nevis diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai jenama 'Standard Platinum' dan telah diakui oleh Indeks CBI tahunan sebagai program yang menawarkan garis masa kewarganegaraan terpantas di dunia. Pemohon yang lulus prosedur saringan boleh mendapatkan kewarganegaraan dan seterusnya memohon pasport dalam masa tiga bulan.

Hingga penghujung tahun 2021, sebuah keluarga yang terdiri daripada empat orang ahli boleh memperoleh kewarganegaraan Saint Kitts dan Nevis dengan sumbangan sebanyak $150,000 kepada dana kerajaan berbanding $195,000 sebelum ini. Sebagai pertukaran, para pelabur diberikan kewarganegaraan yang memberikan mereka hak untuk tinggal, bekerja dan belajar di negara dua pulau ini. Warganegara ekonomi juga layak untuk melakukan perjalanan ke hampir 160 buah negara dan wilayah.

Hubungan: 

pr@csglobalpartners.com 
www.csglobalpartners.com 

 

 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel Survey, Polls & Research