omniture

Konvokesyen Pertama bagi KISS Disifatkan sebagai Universiti

Kalinga Institute of Social Sciences
2021-06-28 12:06 31

BHUBANESWAR, India, 28 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Ditubuhkan pada tahun 1992-93, KISS Disifatkan sebagai Universiti yang berpangkalan di Odisha akan menganjurkan konvokesyen pertamanya untuk para mahasiswa yang telah lulus pada 27 Jun 2021. Majlis tersebut akan diadakan secara hibrid - fizikal dan juga maya - dengan mengambil kira protokol semasa pandemik COVID-19. 143 orang mahasiswa akan dianugerahkan ijazah kerana berjaya menamatkan kursus Ijazah Sarjana dan Sarjana Falsafah mereka. Siswazah yang paling cemerlang dan berbakat akan dianugerahkan Pingat Emas Pengasas, Pingat Emas Canselor dan Pingat Perak Naib Canselor pada majlis tersebut.

Achyuta_Samanta
Achyuta_Samanta

Dengan memberi tumpuan kepada formula 3E-nya - Enable (Membolehkan), Educate (Mendidik) dan Empower (Memperkasa), Kalinga Institute of Social Sciences (KISS) merupakan sebuah institusi pendidikan dengan kediaman yang menyediakan pendidikan, penginapan, penjagaan perubatan, latihan vokasional, atletik dan seni secara percuma kepada 60,000 kanak-kanak orang asli dari bahagian timur Odisha, India.

Para mahasiswa ini berasal daripada 62 komuniti suku yang berlainan di rantau tersebut yang 13 daripadanya merupakan Kumpulan Suku Paling Terancam (Particularly Vulnerable Tribal Group, PVTG). 30,000 orang mahasiswa daripada jumlah tersebut belajar di kampus utama di Bhubaneswar.

Pencapaian 

KISS mempunyai pangkalan alumni yang kukuh berjumlah 30,000 orang mahasiswa lelaki dan perempuan yang diperkasakan dan tidak lama lagi lebih 10,000 orang mahasiswa akan belajar di 10 buah pusat satelit KISS di seluruh Odisha. KISS telah memberi kesan tidak langsung kepada lebih satu juta kanak-kanak dan belia suku tersebut yang merupakan suatu pencapaian dalam sejarah bagi kanak-kanak suku yang berjaya melepaskan diri daripada kemunduran yang bertahun-tahun lamanya.

Impian menjadi kenyataan 

"Ia merupakan sesuatu yang menggembirakan apabila saya mengenang kembali ketika saya memikirkan idea untuk terlibat dalam bidang perkhidmatan sosial dengan golongan yang istimewa ini. Ia seperti mencapai sesuatu yang mustahil," kata pengasas KIIT dan KISS, Prof. (Dr.) Achyuta Samanta.

"Dan hari ini, saya berasa amat bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa dan rendah hati serta amat gembira apabila mengenang kembali hari saya memulakan Kalinga Institute of Social Science (KISS). Ia bermula seperti sebuah taman dan hanya memerlukan sedikit usaha untuk membuat bunga-bungaan tersenyum. KISS telah bermula sebagai sebatang anak pokok kecil yang telah membesar menjadi pokok yang amat besar dalam masa beberapa tahun dan meneduhi ramai orang serta mempunyai jangkauan luar biasa seperti kanopi besar yang memberi perlindungan kepada jutaan manusia pada hari ini," tambah Prof. (Dr.) Samanta. 

"Ia merupakan kisah impian menjadi kenyataan yang bermula dengan pengambilan 125 orang pelajar pada tahun 1992-93 dan bangkit seperti seekor phoenix, sebuah kisah transformasi yang memberi inspirasi yang kini benar-benar melangkaui imaginasi saya. Sebagai seorang manusia biasa, ketika saya meletakkan asas bagi KISS, saya hanya mempunyai keyakinan tetapi tidak pernah membayangkan bahawa pertumbuhannya akan menjadi sangat pesat, memberi kesan yang ketara dan merevolusikan corak pendidikan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan suku namun tidak pernah lekang daripada kepercayaan terasnya - Pendidikan memperkasakan," tambah lagi Prof. (Dr.) Samanta.

Instrumen Pemerkasaan 

Walaupun keciciran masih kekal menjadi masalah utama dalam sistem pendidikan negara ini, namun sepanjang kewujudan KISS selama lebih 30 tahun, ia telah mengurangkan dengan banyak masalah keciciran, perkahwinan kanak-kanak, gangguan berasaskan jantina, fahaman pelampau sayap kiri, pendakwahan, kejahilan dan kepercayaan karut pada skala besar dengan campur tangannya secara pasif melalui pendidikan dan pemerkasaan.

Ia telah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan, pemerkasaan kanak-kanak perempuan, peningkatan kemahiran dan pemerkasaan vokasional, keusahawanan dan melalui kerjasama dengan komuniti suku, KISS telah menjadikan mereka sebagai penjaga sebenar ekosistem dan alam semula jadi serta memenuhi Matlamat Pembangunan Lestarinya (SDG).

Meningkatkan Kedudukan Global Baharu 

Berdasarkan rekodnya yang cemerlang, KISS telah menjadi Disifatkan sebagai Universiti (Deemed to be University) eksklusif yang pertama bagi suku kaum di dunia pada tahun 2017 - suatu status yang diberi oleh Kementerian yang dulunya dikenali sebagai Pembangunan Sumber Manusia, Kerajaan India. "Dengan pertumbuhannya, saya sentiasa bercita-cita untuk mendapatkan status Universiti untuk KISS bagi meningkatkan kredibilitinya sebagai sebuah institusi yang komited dalam melakukan penyelidikan kajian kesukuan oleh cendekiawan suku," kata Prof. (Dr.) Samanta.

KISS mencapai kedudukan baharu pada tahun 2015 apabila ia menerima pengiktirafan dan sokongan antarabangsa. Sejak tahun 2015, ia telah diberikan Status Perundingan Khas oleh ECOSOC PBB. Kemudian, ia dengan pantas mencatat peningkatan dan berada dalam komiti organisasi dengan status tertinggi. Ia telah bekerjasama dengan banyak agensi dan badan PBB seperti UNFPA, UNEP, UNDP, UNICEF, Wanita PBB, Konsulat AS dan pelbagai projek pembangunan kapasiti dan pelaksanaannya.

Destinasi Pengetahuan 

Pencapaiannya adalah jelas dan tidak dapat dipertikaikan dan seterusnya, ia telah menerima pelbagai penghargaan daripada Pemenang Anugerah Nobel, Tokoh Perundangan, Ahli Akademik, Pembuat Dasar, Negarawan, Penulis dan selebriti yang melawat KISS dan berpendapat sedemikian setelah memperoleh pengalaman yang mendalam. KISS juga telah memperkenalkan Anugerah Kemanusiaan KISS untuk dianugerahkan kepada tokoh lelaki dan wanita yang cemerlang dalam perkhidmatan kemanusiaan mereka.

Selanjutnya, KISS menjadi suatu destinasi dan peningkatan pesatnya telah membantu ia mencapai kedudukan baharu. Atas kejayaan KISS berkembang menjadi pusat tarikan yang luar biasa dan sebuah panel yang amat terkenal telah menyertai pucuk pimpinan KISS Disifatkan sebagai Universiti.

Encik Satya S. Tripathi telah menyertai sebagai Canselor. Beliau merupakan mantan Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Ketua Pejabat New York bagi Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).

Lain-lain ahli yang terkenal dalam panel kepemimpinan ini ialah - Dr. Upendra Tripathy, IAS (Retd) sebagai Pro-Canselor; Dr. Deepak Behera sebagai Naib Canselor; Dr. Pitabasa Sahoo sebagai Naib Pro-Canselor; Dr. Kanhu Charan Mahali sebagai Ketua Pengarah. Di bawah pentadbiran mereka, KISS Disifatkan sebagai Universiti pastinya akan meningkat kepada kedudukan baharu dari segi pencapaian mahasiswa, penyelidikan, kerjasama dan kecemerlangan akademik.

Yang pertama dan sentiasa istimewa dan begitulah juga dengan konvokesyen pertama KISS Disifatkan sebagai Universiti. Majlis maya ini akan diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Gabenor Odisha, yang amat mesra dan berilmu, Prof. Ganeshi Lal yang akan dianugerahkan dengan Honoris Causa, 'Doctor of Letters' pada konvokesyen pertama KISS Disifatkan sebagai Universiti.

Lain-lain penerima ijazah Honoris Causa ialah tokoh lelaki Odia yang mempunyai kedudukan, pencapaian dan penghargaan tertinggi iaitu Yang Berhormat Shri Girish Chandra Murmu, Pengawal dan Ketua Audit Negara India, kebanggaan suku, Odisha dan India; Yang Berhormat Swarup Ranjan Mishra, Ahli Parlimen Kesses, Kenya dan Pengerusi Pengasas, Mediheal Group of Hospitals, Kenya; dan Encik Bibhu Mohapatra, Pereka Fesyen dan Pereka Kostum, New York.

"Pada majlis bersejarah ini, saya mengucapkan terima kasih dengan tulus ikhlas kepada semua pihak berkepentingan KIIT atas sokongan padu mereka. Saya ingin menyampaikan rasa terima kasih saya kepada pengirim ucap selamat KISS atas cinta, kasih sayang dan kepercayaan mereka terhadap perjuangan kami. Saya terhutang budi kepada kakitangan dan mahasiswa KIIT dan KISS atas usaha berterusan mereka membantu KISS berada pada tahap ini hari ini," kata Prof. (Dr.) Samanta.

"KISS yang bermula sebagai sebuah idea telah bertukar menjadi sebuah revolusi yang menyeru kepada penciptaan lebih banyak prototaip yang sentiasa menjamin untuk menyediakan penyelesaian tempatan kepada masalah global. Kami membayangkan KISS Disifatkan sebagai Universiti untuk menjadi sebagai sebuah kumpulan pemikir bagi isu-isu penting berkaitan dengan suku untuk perbahasan akademik yang membincangkan dan menganalisis dasar-dasar, undang-undang, budaya dan kepentingan suku serta menawarkan penyelesaian kepada KISS untuk peningkatan berterusannya dalam evolusi khususnya dan kepada masyarakat yang lebih luas secara umumnya," tambah Prof. (Dr.) Samanta.

"Dan seperti yang dikatakan oleh Earnest Hemingway, 'Tiada kemuliaan dalam menjadi seorang yang lebih baik daripada rakan-rakan anda; kemuliaan sebenar ialah menjadi lebih baik daripada diri anda yang dahulu'. KISS Disifatkan sebagai Universiti akan terus maju dan menjadi lebih baik dengan penuh kerendahan hati dalam usaha menuju kecemerlangan," simpul Prof. (Dr.) Samanta.

Sila hubungi:
Dr. Shradhanjali Nayak
shradhanjali@kiit.ac.in
+91-674-2725113
Pengarah Perhubungan Awam
KIIT Disifatkan sebagai Universiti

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1507512/KISS_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1551653/achyuta_samanta.jpg?p=medium600

 

Source: Kalinga Institute of Social Sciences
Keywords: Education Higher Education New products/services