omniture

Eye Level Literary Award ke-29 di Malaysia

Eye Level Malaysia
2021-07-02 22:02 452

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Eye Level dan Daekyo Culture Foundation dengan bangganya mengumumkan penganjuran pertandingan "Eye Level Literary Award" (ELLA) kali yang ke 29. Pendaftaran dibuka sehingga 31 Julai 2021 dan pertandingan bakal berlangsung dari 19hb hingga 22hb Ogos 2021.

Sebagai makluman, acara tahunan ini berlangsung secara dalam talian disebabkan oleh wabak Covid-19. Peserta yang berminat boleh  mendaftar dan menghantar penyertaan mereka secara dalam talian melalui komputer peribadi atau telefon mudah alih. Bagi menggalakkan peryertaan, Eye Level akan memberikan hadiah bernilai 6,000 USD keseluruhan dalam bentuk eKadhadiah (eGiftcard) kepada peserta- peserta yang mengambil bahagian dalam kempen tanda pagar (#) kami.

Sejumlah 200 pemenang bertuah dari seluruh dunia bakal dipilih secara rawak daripada kalangan peserta-peserta yang berkongsi tangkap layar emel pengesahan penyertaan mereka di 'Instagram' atau Facebook, dengan dua tanda pagar #jumpoffthepage dan #ELLA2021 di bahagian penerangan.

Pertandingan ini pada kebiasaannya hanya menerima penyertaan dari negara-negara terpilih sahaja, namun pada tahun ini, pertandingan ini dibuka kepada kanak-kanak seluruh dunia yang berumur 4 hingga 15 tahun.

Kategori yang dipertandingkan di ELLA

Kategori Penulisan Ilustrasi, bagi kanak-kanak berumur antara 4 hingga 9 tahun. Peserta akan diminta untuk melukis mengenai topik yang diberikan dan menambah penerangan ringkas di dalam templat (peserta perlu memuat turun templat dan dicetak di rumah).

Kategori Penulisan, bagi kanak-kanak berumur antara 10 hingga 15 tahun. Memerlukan naratif tulisan tangan mengenai topik yang diberikan pada templat (peserta perlu mencetak templat di rumah). Karangan naratif akan dinilai mengikut rubrik Penulisan Bahasa Inggeris Tahap G Bahasa Inggeris Eye Level.

Kesimpulannya, kedua-dua kategori ELLA akan memerlukan peserta melukis atau menulis pada templat, kemudian mengimbas lukisan atau tulisan tersebut dan memuat naik penyertaan yang diimbas ke laman sesawang myeyelevel.com.

Topik pertandingan akan diberikan kepada peserta-peserta secara individu melalui emel dan SMS pada 18hb Ogos 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai ELLA dan Eye Level, sila kunjungi myeyelevel.com atau kemukakan pertanyaan di marketing@myeyelevel.com.

Latar Belakang Eye Level

Eye Level merupakan peneraju global dalam bidang pendidikan. Dengan menjadikan pencapaian akademik sebagai keutamaan, Eye Level percaya bahawa setiap kanak-kanak berpotensi mengubah dunia.

Bergantung kepada tahap setiap pelajar, seseorang pelajar akan mendapat akses kepada risalah, lembaran kerja, bahan bacaan, "educational games", dan banyak lagi yang bersesuaian dengan tahap mereka. Bagi pembelajaran di rumah, Eye Level turut menyediakan bimbingan dalam talian dan risalah juga disediakan melalui Eye Level's On Air dan Learning Room.

Source: Eye Level Malaysia
Keywords: Books Education Publishing/Information Service Retail Awards Children-related news