omniture

Mech-Mind Perkenal Kamera 3D Industri Mech-Eye Nano Generasi Baharu untuk Dayakan Aplikasi Robot Di-lengan Perlu-kejituan

Menggabungkan saiz kecil dengan pengimejan 3D berkualiti tinggi, Mech-Eye Nano membantu lengan robot memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya dengan lebih baik
Mech-Mind Robotics
2021-07-06 18:03 230

BEIJING, 6 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Mech-Mind Robotics ("Mech-Mind"), syarikat pemula AI Cina yang berkembang pesat, mengumumkan pelancaran Kamera 3D Industri Mech-Eye Nano generasi baharunya. Menampilkan saiz yang kecil dengan pengimejan 3D berkualiti tinggi, Mech-Eye Nano amat sesuai untuk aplikasi yang memerlukan kejituan dan pendakap di lengan bagi robot ambil-dan-letak.


Apabila kejituan menjadi faktor yang paling penting untuk aplikasi perindustrian, Mech-Eye Nano merupakan pilihan yang ideal. Dilengkapi dengan cahaya berstruktur pantas, kamera bersaiz telapak tangan ini dapat menghasilkan awan titik yang lengkap, terperinci dan tepat dengan warna natif dan diselaraskan dengan sempurna untuk pelbagai jenis objek, termasuk objek yang kecil, berkilat, reflektif dan berwarna, dengan ketepatan kedalaman dioptimumkan kepada 0.05 mm pada 0.3-0.4 m.

Di samping itu, menampilkan saiz yang kecil dengan perumah yang ringan, Mech-Eye Nano amat sesuai untuk pendakap di-lengan pada robot ambil-dan-letak. Apabila melibatkan aplikasi khas di persekitaran jimat ruang, Mech-Eye Nano menyerlahkan potensi pendakap di-lengan bagi aplikasi yang mencabar termasuk pemasangan, pemacu skru, pengambilan berkejituan tinggi dan pemeriksaan.


Selain itu, ciri-ciri penting Mech-Eye Nano termasuk:

  • Pemerolehan pantas dan pemprosesan pengimejan 3D. Ini membolehkan Mech-Eye Nano memenuhi keperluan pelbagai aplikasi industri khas dan menghasilkan resolusi kedalaman yang lebih tinggi apabila kejituan dan kepantasan diperlukan.
  • Kesesuaian industri dengan IP65. Dilindungi dalam badan perumah aluminium kompak, Mech-Eye Nano terlindung daripada kotoran, habuk, percikan air atau agen pembersih, memperoleh pensijilan CE, FCC, VCCI dan RoHS.
  • Suit lengkap untuk kegunaan ringkas. Dengan SDK berbilang bahasa untuk platform popular, pengguna akhir dapat mengintegrasikan perisian penglihatan grafik Mech-Vision dan persekitaran pengaturcaraan robot pintar Mech-Viz untuk membangunkan aplikasi tersuai.
  • Menjimatkan kos. Mech-Eye Nano berciri kompetitif dari segi harga. Tambahan pula, ia membantu pelanggan meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam aplikasi industri khas.

Barisan kamera 3D industri penuh Mech-Mind termasuk:

  • Mech-Eye Laser: Dilengkapi dengan cahaya berstruktur pantas, Mech-Eye Laser mempunyai rintangan cahaya ambien, mengurangkan dengan ketara keperluan kemudahan teduhan walaupun di bawah cahaya matahari melebihi 10000 luks.
  • Mech-Eye Pro Enhanced: Menampilkan pengimejan berkualiti tinggi untuk pelbagai jenis objek, Mech-Eye Pro Enhanced meluaskan sempadan aplikasi ambil-dan-letak.
  • Mech-Eye Deep: Menampilkan medan pandangan yang luas dan ketepatan kedalaman tambahan, Mech-Eye Deep dapat mengenali karung renyuk dalam berbagai saiz berbeza yang dibungkus rapi dengan baik.

Sejak tahun 2016, kamera industri 3D Mech-Eye telah digunakan dalam lebih 1000 aplikasi merentas pelbagai jenis industri termasuk pembuatan, keluli, makanan, logistik, kewangan dan rawatan kesihatan di seluruh dunia.

Mech-Mind membangunkan infrastruktur penyelidikan dan pembangunan (R&D) penuh dan portfolio produk termasuk kamera 3D, algoritma dan perisian penglihatan mesin serta pengaturcaraan robot pintar.

"Mech-Mind mengkhusus dalam mendayakan pembuatan dengan menggunakan amalan terbaik AI dan interaksi manusia-robot," kata Tianlan Shao, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Mech-Mind, "Generasi baharu Mech-Eye Nano meningkatkan penawaran aplikasi ketepatan kami dalam persekitaran jimat ruang."

"Didorong oleh falsafah untuk memperkasa rakan kongsi dan penyepadu dengan produk yang berdaya saing dan perkhidmatan yang komprehensif, kami akan memanfaatkan kekuatan R&D serta kejuruteraan untuk mempelopori pencapaian pembuatan yang seterusnya."


Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://en.mech-mind.net/.

Latar Belakang Mech-Mind Robotics

Mech-Mind ditubuhkan pada tahun 2016 untuk memasukkan elemen kecerdasan ke dalam robot industri. Mengintegrasikan teknologi canggih termasuk pembelajaran mendalam, Penglihatan 3D dan perancangan gerakan, Mech-Mind menawarkan penyelesaian yang berkesan kos untuk pemuatan barang di atas palet dan penurunan barang dari palet, pengambilan tong, penyusunan pesanan, pengurusan mesin dan pemasangan/pelekapan/penempatan dalam logistik dan pembuatan.

Penyelesaian robot industri pintar Mech-Mind digunakan dalam kilang OEM automotif, kilang perkakasan, kilang keluli, kilang makanan, gudang logistik, bank dan hospital di negara-negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, Jerman dan A.S.

Source: Mech-Mind Robotics
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Transportation