Mencipta model kitaran karbon buatan bagi mendorong emisi karbon puncak
BEIJING, 7 Julai 2021 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") telah memulakan projek penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) megatan pertama China, Sinopec Qilu-Shengli Oilfield CCUS ("Projek"). Ia dijangka menjadi tapak demonstrasi CCUS rantaian industri seluruh industri yang terbesar di China dan keadaan aplikasi untuk menggalakkan pembangunan CCUS yang berskala besar di China.
Sinopec initiated China’s first megaton carbon capture, utilization and storage (CCUS) project - the Sinopec Qilu-Shengli Oilfield CCUS project.
Projek tersebut, yang dijangka akan memulakan pengeluarannya menjelang penghujung tahun 2021, menandakan pencapaian penting dalam kemajuan pembinaan projek CCUS China dan merupakan demonstrasi yang besar terhadap pembangunan industri ini. Ia juga amat penting untuk meningkatkan keupayaan pengurangan emisi karbon China dan membina model "kitaran karbon buatan" tatkala negara ini melangkah maju untuk mencapai emisi karbon puncak menjelang tahun 2030 dan keneutralan karbon menjelang tahun 2060.
CCUS merupakan kaedah teknikal yang penting untuk mengatasi perubahan iklim global dan mengawal emisi gas rumah hijau, menangkap dan menulenkan karbon dioksida yang dilepaskan semasa proses pengeluaran dan menggunakannya dalam proses pengeluaran baharu bagi tujuan kitar semula dan penyimpanan.
Projek berskala megatan yang dilancarkan oleh Sinopec ini mengandungi dua bahagian iaitu penangkapan karbon dioksida Sinopec Qilu serta pemindahan dan penyimpanan karbon dioksida Shengli Oilfield. Sinopec Qilu menangkap karbon dioksida dan mengangkutnya ke Shengli Oilfield bagi pemindahan dan penyimpanan selanjutnya, mencapai aplikasi bersepadu bagi penangkapan, pemindahan dan penyimpanan karbon untuk memerangkap karbon dioksida di bawah tanah.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek tersebut, sila kunjungi di sini.
Projek ini dianggarkan dapat mengurangkan emisi karbon sebanyak 1 juta tan setahun, bersamaan dengan menanam hampir 9 juta batang pokok dan menghentikan operasi 600,000 kereta ekonomi. Minyak awal di tempat (OIIP) China yang besar sesuai untuk pemindahan karbon dioksida dan kemajuan pembangunan industri CCUS akan mewujudkan sokongan yang baik bagi memastikan keselamatan tenaga China dan menggalakkan transformasi karbon-rendah dalam industri tenaga fosil.
Sebagai laluan teknologi yang penting untuk mencapai keneutralan karbon, CCUS mempunyai potensi yang sangat besar bagi pengurangan emisi dan prospek yang luas untuk kegunaan industri. Kajian menunjukkan bahawa CCUS akan meneutralkan 1 bilion tan emisi karbon China pada masa depan, menggalakkan penulenan tenaga fosil dengan berkesan, pembangunan tenaga bersih yang luas dan pengeluaran rendah-karbon.
En. Zhang Yuzhuo, Pengerusi Sinopec, menyatakan bahawa CCUS merupakan langkah penting untuk menggalakkan pengurangan emisi karbon dengan berkesan.
"Menurut IEA, CCUS akan menyumbang kira-kira 14 peratus daripada pengurangan emisi karbon dioksida menjelang tahun 2050 dan prospek aplikasi pasaran adalah sangat menggalakkan. Pembangunan CCUS merupakan satu trend dan juga satu misi. Sinopec akan mengkaji dan menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon bagi memajukan beberapa teknologi teras dan masalah kesesakan sepanjang hubungan antara penangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon serta sistem inovasi teknologi penggunaan karbon dioksida 'pembangunan teknologi-demonstrasi projek-industrialisasi,' melanjutkan rantaian industri sekuestrasi karbon bersih dan menubuhkan hab yang inovatif untuk teknologi pengurangan emisi karbon," kata En. Zhang.
Sinopec menyasarkan untuk membina satu lagi tapak demonstrasi CCUS megatan dalam tempoh lima tahun akan datang, merealisasikan pembangunan CCUS perindustrian dan meluaskan prospek selanjutnya tatkala China melangkah maju untuk mencapai karbon puncak dan keneutralan karbon.
Latar Belakang Sinopec
Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya merangkumi penerokaan dan pengeluaran, pengangkutan saluran paip dan penjualan petroleum dan gas asli; penjualan, penyimpanan dan pengangkutan produk petroleum, produk petrokimia, produk kimia arang batu, gentian sintetik, baja dan produk kimia lain; import dan eksport, termasuk perniagaan agensi import dan eksport, petroleum, gas asli, produk petroleum, produk petrokimia dan kimia, serta komoditi dan teknologi lain; dan juga penyelidikan, pembangunan dan aplikasi teknologi dan maklumat.
Sinopec menetapkan untuk 'mendorong kehidupan yang indah' sebagai misi korporatnya, meletakkan 'orang ramai, tanggungjawab, integriti, kejituan, inovasi dan saling menguntungkan' sebagai nilai teras korporatnya, mengejar strategi berorientasikan nilai, pembangunan yang didorong oleh inovasi, peruntukan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan hijau dan rendah karbon serta berusaha untuk mencapai visi korporatnya bagi membina sebuah syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.