omniture

Comscore melancarkan Plan Metrix Multi-Platform di India

Comscore
2021-07-07 19:13 50

Comscore memperkenalkan alat perancangan khalayak yang canggih di India, yang melangkaui demografi sambil memanfaatkan data Kantar

NEW DELHI, 7 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Comscore, rakan niaga yang dipercayai untuk merancang, melakukan urus niaga dan menilai media di seluruh platform, hari ini mengumumkan pengenalan produknya iaitu Plan Metrix Multi-Platform ke pasaran India. Penyelesaian ini menggabungkan tingkah laku pengguna bagi peranti mudah alih dan atas meja dengan maklumat terperinci tentang gaya hidup, minat, sikap dan demografi mereka untuk pandangan digital yang disatukan.

Dengan memanfaatkan pandangan komprehensif tentang tingkah laku pengguna ini, para pemasar boleh menghasilkan rancangan media pelbagai platform yang lebih kukuh, mengenal pasti segmen khalayak yang maju dan menjangkau pengguna di pelbagai platform berbeza untuk mencapai pulangan pelaburan (ROI) yang lebih baik. Pada masa yang sama, penerbit boleh menunjukkan nilai khalayak pelbagai platform mereka dan dapat menghasilkan perbandingan kompetitif dengan lebih baik.

Plan Metrix memanfaatkan kerjasama strategik antara Comscore dengan Kantar yang membolehkan kedua-dua syarikat menyediakan perkhidmatan perancangan media digital yang dipertingkatkan kepada pelanggan mereka. Produk ini menggabungkan data tinjauan Baharu Pengguna India (New Indian Consumer Survey, NICS) yang terbaik daripada Kantar dengan pengukuran digital MMX® Multi-Platform daripada Comscore.

"Oleh kerana khalayak semakin tertarik kepada medium digital, adalah penting bagi jenama untuk memfokuskan sasaran dalam talian mereka bagi menjangkau golongan penonton yang tepat. Tinjauan Baharu Pengguna India (NICS) oleh Kantar menawarkan pemprofilan segmen khalayak yang terbaik tentang ciri-ciri demografi, gaya hidup dan penggunaan produk. Kantar dan Comscore telah bekerjasama mencipta produk berasaskan gabungan data yang menggabungkan NICS Kantar dan MMX Multi-Platform Comscore untuk menyediakan pandangan menyeluruh dan komprehensif tentang khalayak digital bagi pemprofilan dan sasaran yang lebih tepat" kata Puneet Avasthi, Pengarah, Pakar Perniagaan, Bahagian Pemahaman Kantar.

Plan Metrix melaporkan lebih 300 ciri berbeza di India yang meliputi pelbagai gaya hidup, minat dan aktiviti termasuk automotif, kecantikan, elektronik/komputer, kewangan, makanan & minuman, kesihatan, kediaman & kehidupan, peruncitan & pakaian, sukan & percutian, pelancongan dan banyak lagi. 

"Kami berbesar hati dapat memperkenalkan Plan Metrix Multi-Platform Comscore di India, memberi segmen khalayak yang lebih maju serta lebih sejajar dengan cara media digital dianalisis dan dirancang pada masa kini kepada para pelanggan kami." kata Joris Goossens, Naib Presiden Eksekutif APAC dan EMEA, Comscore. "Kerjasama global kami dengan Kantar telah memberi kesan yang besar dan kini, ketika kami melangkah maju dalam pasaran utama ini, kami yakin bahawa kami akan dapat meningkatkan sasaran pengguna dan keupayaan perancangan media digital pelanggan kami."

Mulakan penggunaan Plan Metrix:
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Plan Metrix dan cara perancangan berdasarkan Khalayak Maju boleh meningkatkan rancangan media anda, sila hubungi kami hari ini.

Tentang Comscore:
Comscore merupakan rakan niaga yang dipercayai untuk merancang, melakukan urus niaga dan menilai media di seluruh platform. Dengan jejak data yang menggabungkan digital, TV linear, kecerdasan tontonan yang canggih dan teaterikal serta pemahaman yang maju tentang khalayak, Comscore membolehkan penjual dan pembeli media mengukur tingkah laku pelbagai paparan dan membuat keputusan perniagaan dengan penuh keyakinan. Sebagai sebuah syarikat terkemuka yang terbukti dalam pengukuran khalayak digital dan TV serta pengiklanan berskala, Comscore merupakan sumber pihak ketiga yang baru muncul dalam industri untuk pengukuran silang platform yang boleh dipercayai dan komprehensif.

Tentang Kantar:
Kantar ialah sebuah syarikat perundingan dan pemahaman berdasarkan bukti yang terkemuka di dunia. Kami mempunyai pemahaman yang lengkap, unik dan menyeluruh tentang cara orang ramai berfikir, rasa dan bertindak; di lebih 90 pasaran tempatan dan global. Melalui gabungan kepakaran mendalam para pekerja, sumber data dan penanda aras kami serta analisis dan teknologi inovatif kami, kami membantu pelanggan kami memahami orang ramai dan menginspirasikan pertumbuhan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/327730/comScore_Logo.jpg?p=medium600

Source: Comscore
Related Stocks:
NASDAQ:SCOR
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Corporate Expansion