omniture

Realty ONE Group Membuka Pejabat Baharu Dengan Kadar Yang Amat Pantas Pada S2

Realty ONE Group
2021-07-09 18:40 2204

UNBrokerage Menyaksikan Pertumbuhan yang Lebih Memberangsangkan pada Separuh Pertama Tahun 2021

LAS VEGAS, 9 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu tujuan dan salah SATU francais yang paling pesat berkembang hari ini melaporkan pertumbuhan cemerlang pada separuh pertama tahun 2021 dengan jumlah jualan meningkat hampir 100% berbanding tahun lalu berserta pejabat-pejabat baharu dibuka pada kadar yang amat pantas yang meningkat hampir 200% pada suku kedua tahun ini sahaja.

"Kami telah melabur dengan banyak bagi memastikan kami dapat membuka pejabat baharu untuk beroperasi dengan pantas dan cekap bagi melancarkan Broker/Pemilik serta kejayaan para profesional hartanah Realty ONE Group kami," kata Kuba Jewgieniew , Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Realty ONE Group. "Kejayaan merekalah yang memastikan industri ini kekal gah dan merangsang pertumbuhan besar kami, memperkaya COOLTURE serta membuka peluang baharu kepada ramai orang dalam Realty ONE Group dan komuniti di seluruh dunia."

UNBrokerage, sebagaimana yang dikenali dalam industri, turut melaporkan peningkatan urus niaga sebanyak 61% pada suku kedua (54% tahun ke tahun) dan para profesional hartanah baharu telah bertambah sebanyak 25% dari tahun ke tahun dengan sejumlah 3,336 orang menyertai Realty ONE Group pada tahun ini. Syarikat ini juga telah menjual 46 francais baharu pada tahun ini dan telah membuat pengumuman pada beberapa bulan yang lalu bahawa ia juga akan dilancarkan di Singapura dan Sepanyol.

"Lebih daripada sekadar angka, kami terus mencari rakan kongsi perniagaan yang tepat yang mempercayai model perniagaan, jenama dan COOLTURE kami serta bekerjasama dalam mengukuhkan rangkaian global kami," kata Vinnie Tracey, Presiden Realty ONE Group.

 UNBrokerage mempunyai lebih 16,000 orang profesional hartanah di lebih 300 buah pejabat di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada dan baru sahaja mengumumkan bahawa ia telah menjual hak francais kepada Singapura dan Sepanyol. Sebagai menandakan daya tarikan dan rekod pertumbuhannya yang luar biasa, syarikat ini telah dinobatkan sebagai Top 50 Franchise for Women  (50 Francais Terbaik Wanita) oleh Franchise Business Review dan sekali lagi dinobatkan sebagai syarikat No. 1 Fastest Growing 100%-Commission (No. 1 Paling Pesat Berkembang secara 100%-Komisen) pada senarai Usahawan Francais Paling Pesat Berkembang di Seluruh Dunia  untuk tahun 2021.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com .

Tentang Realty ONE Group  
Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan mempunyai lebih 16,000 orang profesional hartanah di lebih 300 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C dan Kanada. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari 
www.RealtyONEGroup.com .

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600  

Source: Realty ONE Group
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Corporate Expansion