omniture

Kenderaan Penyelidikan Autonomi Paling Canggih di Dunia Menamatkan Pelayaran Menyeberangi Lautan dari San Francisco ke Hawaii

Saildrone, Inc.
2021-07-09 19:06 384

HONOLULU, 9 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Saildrone Surveyor autonomi tanpa pemandu akan tiba di Hawaii hari ini setelah melancarkan pelayaran sulung dari San Francisco ke Honolulu. 

The 72-foot Saildrone Surveyor, the world's most advanced autonomous ocean mapping vehicle, has completed its groundbreaking maiden voyage from San Francisco to Hawaii.
The 72-foot Saildrone Surveyor, the world's most advanced autonomous ocean mapping vehicle, has completed its groundbreaking maiden voyage from San Francisco to Hawaii.

Walaupun menyeberangi lautan bukan sesuatu yang baharu bagi kenderaan permukaan autonomi Saildron, Saildrone Surveyor ialah kenderaan baharu dari kumpulan yang lebih besar dan dioptimumkan untuk pemetaan lautan dalam. Semasa pelayaran selama 28 hari ini, Saildrone Surveyor telah belayar sejauh 2,250 batu nautika dan memetakan dasar laut seluas 6,400 batu nautika persegi.

Saildrone Surveyor yang menggunakan tenaga angin dan solar boleh diperbaharui sebagai sumber kuasa utamanya, merupakan satu-satunya kenderaan di dunia yang mampu melakukan operasi pemetaan lautan tanpa pemandu dengan ketahanan yang lama. Data berharga yang dikumpulkannya akan membantu dalam menangani isu-isu yang mempengaruhi dunia kita termasuk perubahan iklim, tenaga boleh diperbaharui luar pesisir, pengurusan sumber semula jadi dan keselamatan maritim.

Saildrone Surveyor yang berukuran 72 kaki panjang (22 m) dan seberat 14 tan, membawa pelbagai instrumen akustik canggih yang biasanya dibawa oleh kapal peninjau besar yang dikendalikan manusia. Sensor Surveyor memeriksa kolum air dengan memerhatikan ekosistem di bawah permukaan air dan memetakan dasar laut dengan resolusi tinggi pada kedalaman 23,000 kaki (7,000 m).

Data berbilang alur daripada Saildron Surveyor telah ditentukur dan dinilai oleh pasukan luar dari University of New Hampshire (UNH) yang biasanya melakukan tentukur pada kapal peninjau kerajaan yang besar. "Kualiti data daripada Surveyor adalah amat tinggi, sama seperti segala yang telah kami saksikan daripada sebuah kapal," kata Larry Mayer, Pengarah Pusat Pemetaan Pantai dan Lautan (Center for Coastal and Ocean Mapping, CCOM) UNH. "Disebabkan sifat kenderaan ini yang dikuasakan oleh angin, ia amat senyap dan keadaan ini membolehkan ukuran akustik yang sangat tepat yang diperlukan untuk pemetaan pada kedalaman ini."

Lautan meliputi lebih 70% daripada keluasan planet ini namun lebih 80% daripadanya masih belum dipeta dan diterokai. Kekurangan penerokaan lautan kebanyakannya berpunca daripada kos yang tinggi untuk mengakses lautan kita yang secara tradisinya telah dilakukan oleh kapal-kapal besar. Kapal-kapal ini berharga ratusan juta dolar untuk dibina dan ratusan ribu dolar sehari untuk beroperasi. Saildrone Surveyor ini mewakili peralihan paradigma dalam kos akses ke lautan yang melakukan tugas yang sama seperti kapal peninjau tetapi dengan kos dan jejak karbon yang lebih rendah.

"Kejayaan pelayaran sulung ini menandakan revolusi dalam keupayaan kami untuk memahami planet kita," kata Richard Jenkins, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Saildrone. "Kami telah menyelesaikan cabaran operasi maritim terpencil dengan muatan besar dan jarak jauh yang boleh dipercayai. Tinjauan luar pesisir kini boleh dilaksanakan tanpa kapal besar dan anak kapal; keadaan ini mengubah sepenuhnya ekonomi operasi untuk para pelanggan kami. Berdasarkan pencapaian ini, saya teruja untuk memperkenalkan teknologi Saildrone Surveyor ke lain-lain pasaran yang biasanya dikhususkan untuk kapal-kapal besar seperti dalam penggunaan keselamatan dan pertahanan negara. Implikasi penyelesaian rendah karbon dalam misi maritim yang penting ini adalah signifikan."

Dengan kejayaan pembuktian konsep pelayaran ini, Saildrone, Inc. of California kini akan membina sebuah armada Surveyor yang akan dibuat di limbungan AS. Saildrone berhasrat untuk memetakan seluruh lautan bumi dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Tentang Saildrone  

Saildrone ialah sebuah syarikat kecil AS yang mereka bentuk, mengeluar dan mengendalikan armada kenderaan permukaan tanpa pemandu (USV) yang paling berkemampuan, terbukti dan dipercayai di dunia. USV Saildrone yang dikuasakan secara utama oleh tenaga angin dan solar mempunyai jejak karbon yang minimum dan dilengkapi dengan sensor canggih serta teknologi pembelajaran mesin (ML) untuk memberikan data dan kecerdasan penting dari mana-mana lautan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Penyelesaiannya merangkumi kesedaran domain maritim, data lautan dan pemetaan lautan. Perkhidmatan pengumpulan data dan operasi Saildrone adalah tersulit dan selamat.

Sila klik untuk imej/sedutan video.  

Sila hubungi

Susan Ryan
Naib Presiden Pemasaran
(314) 914-5008
susan.ryan@saildrone.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1560420/saildrone_surveyor.jpg?p=medium600

 

 

Source: Saildrone, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Maritime/Shipbuilding Transportation New products/services