omniture

Vortex Energy memperoleh AS$200 juta pada penutupan pertama dana utama 'Vortex Energy IV,' pelaburan yang disasarkan pada Peralihan Tenaga global

EFG Hermes
2021-07-12 09:00 33

Disokong oleh rekod prestasi yang menyerlah dalam bidang tenaga boleh baharu, Vortex Energy melancarkan dana baharu ini untuk memanfaatkan kepentingan global yang semakin meningkat dalam Peralihan Tenaga 

ABU DHABI, UAE, 12 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Vortex Energy, sebuah platform tenaga boleh baharu global yang diuruskan oleh firma ekuiti swasta EFG Hermes, telah mencapai penutupan pertama bagi dana keempatnya yang bernilai AS$200 juta (termasuk komitmen bersyarat bernilai AS$25 juta) yang diterajui oleh EFG Hermes dan pelabur institusi berdaulat serta firma pengurusan kekayaan persendirian Abu Dhabi serta firma lain. Vortex Energy IV telah diasaskan di Pasaran Global Abu Dhabi (ADGM) yang akan menempatkan pangkalan pasukan baharu dan bekerjasama dengan pasukan sedia ada dan sedang berkembang di London.

Sejak penubuhan Vortex Energy pada tahun 2015, ia telah berjaya mengusahakan pelaburan tenaga boleh baharu, melengkapkan kitaran penuh pelaburan dan menghentikan pelaburan aset tenaga angin dan solar berkapasiti 822 MW di Eropah. Dinamik industri dan sentimen pasaran sangat menyokong kelas aset yang semakin berkembang ini. Pada tahun 2020 sahaja, bahagian kuasa boleh baharu daripada seluruh kapasiti kuasa tahunan tambahan mencecah 82% berbanding 15% pada dekad yang lalu. Pada hari ini, kita dapat menyaksikan pelbagai peluang pelaburan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kelestarian dan peningkatan galakan politik dan ekonomi dalam menyokong peralihan tenaga bersih.

Karim Moussa, Ketua Pengurusan Aset dan Ekuiti Swasta EFG Hermes merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Vortex Energy berkata: "Kami sangat teruja dengan pelancaran Vortex Energy IV; peluang global ini jelas dan nyata dengan tenaga boleh baharu kini menjadi arus utama. Kami mengharapkan lebih banyak dasar sifar bersih dan inisiatif penyahkarbonan besar-besaran untuk melihat pertambahan dalam penjanaan tenaga boleh baharu berkapasiti 2 TW dan pelaburan bernilai AS$3 trilion menjelang 2030 di seluruh dunia. Saya yakin bahawa dengan rekod prestasi kami menggunakan lebih AS$1.6 bilion aset Eropah dan mengembalikan kadar pulangan dalaman (IRR) dua digit, kami akan dapat mengembangkan pangkalan aset yang besar untuk para pelabur dana kami. Kami juga teruja untuk terus membina perniagaan dan pangkalan pelabur kami bagi mencapai saiz sasaran dana bernilai AS$750 juta dalam tempoh dua tahun akan datang."

Bakr Abdel-Wahab, Ketua Pegawai Maklumat Vortex Energy, berkata: "Kami akan menggunakan strategi pelaburan aktif untuk Vortex Energy IV bagi menyokong pembangun dan pengeluar kuasa bebas (IPP) mencapai potensi mereka sepenuhnya, selain melabur dalam aset kendalian di negara-negara yang menawarkan pulangan yang menarik. Landskap ini telah berubah dan pelaburan dalam peralihan tenaga menjadi lebih rumit berbanding aset tradisional dengan profil aliran tunai kontrak jangka panjang. Dengan kemahiran dan pengalaman kami, saya yakin kami mempunyai alat yang tepat untuk mengukuhkan lagi kedudukan dalam industri. Kami sedang mempertimbangkan sebilangan urus niaga dan syarikat yang menarik dengan kapasiti bernilai USD2 bilion di Eropah dan AS."

Vortex Energy IV akan menyasarkan semua rangkaian menegak peralihan tenaga, termasuk penjanaan (solar PV berskala utiliti, angin di pesisir/luar pesisir, kuasa hidro, biojisim, penjanaan teragih), penyimpanan, kemudahan pengecasan EV serta perkhidmatan tenaga sisi bekalan dan permintaan. Skop dana ini merangkumi keseluruhan kitaran hayat aset termasuk loji operasi, IPP, syarikat pembangunan, penyelesaian perindustrian, lokasi yang belum diteroka dan penyelesaian komersil dan industri. Fokus geografi ialah pada negara-negara maju dan membangun di Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin dan Australia.

Chimera Capital bertindak sebagai penasihat strategik Vortex Energy yang berkaitan dengan ADGM. White & Case menyediakan khidmat nasihat perundangan manakala PwC memberikan khidmat penstrukturan dan Apex pula menyediakan sokongan pentadbiran.

Tentang Vortex 

Vortex Energy telah ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai sebuah platform pelaburan yang ditaja oleh firma Ekuiti Swasta EFG Hermes, melalui Beaufort Investments yang berpangkalan di Luxembourg untuk mengusahakan pelaburan dalam tenaga boleh baharu di seluruh dunia. Beaufort Investments dan syarikat sekutunya terdiri daripada sepasukan 15 orang pakar ekuiti swasta dan infrastruktur yang berdedikasi dengan pengalaman yang luas dalam infrastruktur dan tenaga boleh baharu global yang menguruskan semua pelaburan dan inisiatif Vortex Energy.

Pada akhir tahun 2020, Vortex telah mengumpul, mengurus, mengoptimum dan menghentikan dana portfolio aset angin dan solar Eropah berkapasiti 822 MW melalui pelbagai pelaburan yang berjumlah kira-kira EUR1.3 bilion di UK, Sepanyol, Perancis, Portugal dan Belgium. Pada masa ini, Vortex mempunyai pasukan pengurusan aset yang beroperasi sepenuhnya dan berpusat di London serta sebuah pejabat baharu di ADGM yang akan menempatkan pasukan pelaburan.

Ketahui lebih lanjut tentang kami di www.vortexenergy.ae.

Tentang EFG Hermes 

Dengan kewujudannya di tiga belas buah negara di empat benua, EFG Hermes telah bermula di Mesir dan telah berkembang dengan jayanya selama lebih 37 tahun dan menjadi sebuah perbadanan perkhidmatan kewangan yang terkemuka dengan akses kepada pasaran baru muncul dan pasaran peneraju. Dengan memanfaatkan rekod prestasi kami yang telah terbukti dan pasukan yang terdiri daripada lebih 5,500 orang pekerja berbakat, kami menyediakan spektrum perkhidmatan kewangan yang luas yang merangkumi perbankan pelaburan, pengurusan aset, broker sekuriti, penyelidikan dan ekuiti swasta kepada seluruh rantau MENA.

Pada tahun 2015, EFG Hermes melancarkan Platform Institusi Kewangan Bukan Bank (NBFI) yang menyelia aktiviti dalam bidang kewangan bukan perbankan yang meliputi kewangan mikro, pajakan, pemfaktoran, pembiayaan pengguna, gadai janji dan insurans. Ia selaras dengan strategi Firma yang memberi tumpuan pada dua teras utama: kepelbagaian produk dan pengembangan geografi ke pasaran bukan MENA, yang telah menyaksikan kehadiran fizikal Firma di Pakistan, Bangladesh, Vietnam, Kenya, Nigeria, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lanjut tentang EFG Hermes, sila layari www.efghermes.com.

Nota tentang Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Dalam siaran akhbar ini, EFG Hermes boleh membuat pernyataan berpandangan ke hadapan termasuk sebagai contoh, pernyataan tentang jangkaan pihak pengurusan, objektif strategik, peluang pertumbuhan dan prospek perniagaan. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini bukan fakta sejarah, sebaliknya hanya menggambarkan kepercayaan EFG Hermes tentang peristiwa masa hadapan yang kebanyakannya bersifat tidak menentu dan berada di luar kawalan pihak pengurusan yang antara lainnya termasuklah ketaktentuan pasaran kewangan; tindakan dan inisiatif yang diambil oleh pesaing semasa dan berpotensi; keadaan ekonomi umum serta kesan tindakan undang-undang, peraturan dan kawal selia semasa, sedang berjalan dan akan datang. Oleh itu, pembaca diingatkan supaya tidak terlalu bergantung pada pernyataan berpandangan ke hadapan yang hanya benar pada tarikh ia dibuat. 

 

Source: EFG Hermes
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Utilities Accounting news, issues