omniture

Trina Solar sertai Inisiatif SBTi, tegaskan sokongannya untuk sasaran pengurangan emisi 1.5°C

Trina Solar Co., Ltd
2021-07-13 11:57 81

CHANGZHOU, China, 13 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Trina Solar secara rasminya telah menyertai inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (Science Based Targets initiative - SBTi) global dan menandatangani Cita-cita Perniagaan (Business Ambition) untuk ikrar 1.5°C. Ini sekali lagi menekankan komitmen syarikat untuk membantu mengehadkan peningkatan suhu global kepada 1.5°C melalui tindakannya sendiri bagi mengurangkan emisi. Trina Solar menyatakan komitmen untuk menjadi peneraju transformasi tenaga global dan menggalakkan pembangunan lestari global serta mencapai matlamat keneutralan karbon.

https://www.trinasolar.com/sites/default/files/20210712104017.jpg

"Trina Solar menyertai SBTi untuk memenuhi misi 'Tenaga Solar buat Semua' dengan lebih baik," kata Gao Jifan, pengerusi syarikat. "Kami akan memanfaatkan kelebihan strategik kami, keupayaan pembangunan produk dan inovasi kami yang mantap serta kehadiran perniagaan global kami untuk melangkah sepantas mungkin ke arah keneutralan karbon dan pembangunan mampan. Setiap langkah yang diambil oleh Trina Solar akan sejajar dengan ikrar 1.5°C dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mewujudkan dunia bebas karbon."

Pada bulan Disember 1997, Protokol Kyoto untuk Konvensyen Rangka Kerja mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tindakan antarabangsa yang pertama seumpamanya oleh semua negara untuk mengehadkan emisi gas rumah hijau, telahpun ditandatangani. Mendapat inspirasi melalui penandatanganan protokol tersebut dan Million Solar Roofs Initiative oleh bekas presiden A.S. Bill Clinton, Gao Jifan menubuhkan Trina Solar, salah satu pembuat modul PV yang pertama di dunia.

Trina Solar, sebagai penyedia penyelesaian tenaga pintar PV global yang terkemuka dengan visi untuk mewujudkan dunia bebas karbon, menyediakan penyelesaian solar PV tiga-dalam-satu kepada pelanggan global yang terdiri daripada modul berkecekapan tinggi, penjejak pintar serta perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan loji janakuasa. Menjelang suku pertama tahun 2021 Trina Solar telah menghantar lebih daripada 70GW+ modul yang dapat menjana kira-kira 90 bilion kWj kuasa tenaga bersih dan mengurangkan emisi CO2 sebanyak 94.22 juta tan setiap tahun yang bersamaan dengan menanam 5.1 bilion batang pokok.

SBTi dilancarkan secara bersama oleh World Wide Fund for Nature, Carbon Disclosure Project, World Resources Institute dan UN Global Compact pada tahun 2015, menetapkan sasaran emisi karbon untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5°C atau 2°C .

Trina Solar menyertai inisiatif 1.5°C, yang menyeru sasaran pengurangan yang lebih tinggi dan tindakan yang lebih kukuh untuk mencapainya. Trina Solar juga merupakan salah sebuah daripada hanya sembilan syarikat di China yang telah menyokong matlamat 1.5°C yang lebih ketat. Lebih daripada 1,500 syarikat di seluruh dunia telah menyertai SBTi termasuk lebih daripada satu perlima daripada syarikat Forbes Global 500.

Maklumat lanjut Trina Solar:
https://www.trinasolar.com/en-glb/about_trina_solar

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities