omniture

Syiling Edaran $2 Royal Canadian Mint Menandakan Ulang Tahun ke-100 Penemuan Insulin

Royal Canadian Mint (RCM)
2021-07-14 19:08 27

OTTAWA, Ontario, 14 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Royal Canadian Mint mengeluarkan syiling edaran $2 baharu bagi meraikan peristiwa 100 tahun yang lalu, empat orang penyelidik mencapai kejayaan cemerlang dalam perubatan Kanada yang telah mengubah dunia selama-lamanya.  Pada tahun 1921, kerjasama antara Frederick Banting, Charles Best, James Collip dan John Macleod telah membawa kepada pengasingan dan penulenan insulin serta menawarkan rawatan yang menyelamatkan nyawa kepada orang ramai yang sebelum ini berkemungkinan mempunyai hidup yang singkat disebabkan diabetes.  Syiling tersebut yang meraikan penemuan perubatan buatan Kanada yang menyelamatkan nyawa, mula diedarkan pada hari ini.

"Penemuan insulin Kanada pada tahun 1921 yang memenangi Anugerah Nobel ini merupakan salah satu penemuan perubatan yang paling terkenal pada abad ke-20 yang telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa di Kanada dan di seluruh dunia," kata Yang Berhormat Chrystia Freeland, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. "Parlimen telah meluluskan undang-undang pada bulan lepas untuk mewujudkan kerangka kerja kebangsaan tentang diabetes dan kami gembira kerana syiling peringatan ini akan diedarkan ke serata tempat sebagai penghormatan kepada salah satu kejayaan saintifik terbesar di Kanada dan sebagai peringatan tentang kepentingan penyelidikan diabetes pada abad akan datang."

"Mint mempunyai keistimewaan unik untuk mencipta peringatan yang berkekalan tentang pencapaian Kanada melalui syiling dan ia berbangga kerana syiling edaran $2 terbaharunya meraikan ulang tahun ke-100 penemuan insulin Kanada," kata Marie Lemay, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Mint.  "Syiling edaran peringatan ini merupakan ucapan "terima kasih" yang tulus dan abadi kepada para penyelidik berbakat di sebalik kejayaan cemerlang perubatan Kanada yang telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa sepanjang 100 tahun yang lalu dan terus berbuat demikian pada hari ini."

Bahagian belakang syiling edaran $2 yang memperingati ulang tahun ke-100 penemuan insulin sebagai rawatan untuk diabetes ini direka oleh Jesse Koreck, seorang seniman daripada Kitchener-Waterloo, Ontario.  Tumpuan utama reka bentuk ini ialah monomer, blok yang membentuk seperti molekul insulin. Turut dipaparkan ialah instrumen saintifik yang digunakan dalam formulasi awal insulin (bebuli, lesung dan anak lesung serta kelalang Erlenmeyer) yang diletak atas daun mapel berserta sel darah merah, glukosa dan molekul insulin. Perkataan 'INSULIN'/ 'INSULINE' kelihatan pada bahagian bulatan luar syiling, begitu juga dengan tahun '1921' dan '2021' yang menunjukkan ulang tahun tersebut.

Instrumen makmal ini mewakili "teknik kemahiran" empat penyelidik tersebut di sebalik penemuan dan penggunaan insulin bagi kegunaan manusia.  Frederick Banting menghasilkan teori bahawa bahan pankreas boleh diekstrak sebagai rawatan yang mungkin boleh digunakan untuk merawat diabetes dan mengetuai penyelidikan tersebut; John Macleod menyediakan makmal dan peralatan di University of Toronto dan melantik Charles Best sebagai pembantu makmal; manakala ahli biokimia, Charles Collip menulenkan ekstrak insulin untuk digunakan sebagai rawatan diabetes yang berkesan.

"Syiling edaran baharu sempena memperingati ulang tahun ke-100 insulin ini merupakan suatu peringatan visual tentang kejayaan cemerlang saintifik yang berlaku di Kanada," kata Laura Syron, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Diabetes Canada. "Walaupun insulin membawa perubahan yang luar biasa dalam jangka hayat dan kualiti hidup berjuta-juta orang di seluruh dunia, ia tidak menyembuhkannya. Bersama-sama dengan sokongan para penyelidik Kanada dan rakyat Kanada, kami akan meneruskan legasi Frederick Banting, Charles Best, James Collip dan John Macleod serta mengakhiri diabetes."

Secara keseluruhannya, dua juta syiling versi berwarna dan satu juta syiling versi tidak berwarna akan mula diedarkan pada hari ini.  Syiling berwarna akan menunjukkan monomer insulin dengan warna biru yang sama seperti yang digunakan untuk meningkatkan kesedaran diabetes.  Muka hadapan syiling menampilkan patung Yang Mulia Ratu Elizabeth II yang direka oleh seniman Kanada, Susanna Blunt pada tahun 2003.

Mint menambah koleksi peringatan ini dengan satu set tanda mata pengumpul yang menampilkan kedua-dua versi syiling edaran peringatan bersama-sama dengan versi syiling edaran klasik 2021 kami yang tidak diedarkan (5 sen hingga $2).  Ia dijual pada harga $24.95 dan pencetakannya ditetapkan sebanyak 100,000 keping.  Terdapat juga 10,000 bungkusan khas edisi terhad bagi syiling berwarna dan tidak berwarna yang setiap satunya mengandungi 25 keping syiling yang tidak diedarkan dan boleh didapati pada harga $79.95.  Yang terakhir ialah syiling emas tulen $200 eksklusif yang menampilkan reka bentuk bahagian belakang syiling edaran dalam versi berskala besar yang boleh didapati dengan harga $3,999.95 dan terhad kepada 450 keping syiling di seluruh dunia.

Koleksi ini boleh dipesan hari ini dengan menghubungi Mint di 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau dalam talian di http:///www.mint.ca/insulin. Ia juga boleh didapati di butik Winnipeg Royal Canadian Mint serta melalui rangkaian wakil penjual dan pengedar global Mint termasuk cawangan Pos Kanada yang mengambil bahagian.

Tentang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint merupakan salah sebuah pembuat syiling terbesar dan paling serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca.  Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Imej syiling edaran dan produk pengumpul boleh didapati di sini. 

Pihak media diminta untuk menghubungi: Alex Reeves, Pengurus Kanan Perhubungan Awam, Telefon: 613-884-6370, reeves@mint.ca

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital New products/services