omniture

FP Markets Tingkatkan Tawaran Globalnya dengan Penambahan Lebih 550 CFD Saham Berbilang Negara

FP Markets
2021-07-15 21:41 85

CFD Saham Baharu yang tersedia melalui Platform FP Markets Metatrader 5 (MT5) merangkumi pelbagai syarikat antarabangsa yang mewakili pelbagai sektor yang tersenarai di bursa global terkemuka termasuk Zoom, Alibaba, HSBC, Manchester United, Sony serta pelbagai syarikat Bioteknologi dan Farmaseutikal Besar 

SYDNEY, 15 Julai 2021 /PRNewswire/ -- FP Markets, broker CFD dan tukaran mata wang asing (forex) Australia, telah menambah lebih 550 CFD saham baharu kepada senarai produknya yang besar. CFD saham ini berasal dari pelbagai pasaran global termasuk London, Hong Kong, Paris, Frankfurt, Madrid, Amsterdam dan New York (NYSE dan Nasdaq) serta meliputi pelbagai sektor termasuk farmaseutikal, penerbangan, pelancongan dan Teknologi Besar dan ditambah dalam tawaran yang telah pun merangkumi beberapa syarikat paling popular di dunia seperti Apple, Facebook, Tesla, Amazon dan Google.

FP Markets Enhances Its Global Offering by Adding 550+ Multi-Country Share CFDs
FP Markets Enhances Its Global Offering by Adding 550+ Multi-Country Share CFDs

Instrumen baharu ini boleh didapati di Platform FP Markets Metatrader 5 (MT5) dan senarai lengkap boleh didapati di laman web FP Markets.

Craig Allison, Ketua bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika mengulas: "Minat terhadap ekuiti telah mencapai tahap tertinggi sepanjang masa di seluruh dunia dan adalah penting bagi kami untuk terus berkembang dan memperluas rangkaian produk kami selaras dengan permintaan pelanggan yang semakin meningkat untuk lebih kepelbagaian dalam CFD saham kami. Kami telah pun mempunyai portfolio yang mengagumkan bagi saham global terkemuka termasuk syarikat-syarikat seperti Tesla dan yang dikenali sebagai 'FAANG.' Rangkaian produk baharu yang menarik ini menambah sejumlah besar syarikat global dari pelbagai sektor termasuk Alibaba, Zoom dan pelbagai syarikat Bioteknologi dan Farmaseutikal Besar kepada beberapa bursa antarabangsa yang telah terbukti menarik kepada para pelabur khususnya sejak pandemik COVID-19 ini. Rangkaian baharu CFD saham ini boleh didapati di platform FP Markets Metatrader yang menawarkan fungsi canggih dan pelaksanaan pantas untuk pedagang baharu dan berpengalaman yang ingin berdagang di pasaran global dengan pantas dan cekap pada kedua-dua peranti atas meja dan mudah alih."

Selain daripada saham CFD, FP Markets menawarkan lebih 10,000 instrumen dagangan yang menawarkan pedagang dengan akses kepada CFD di seluruh Forex, Indeks, Komoditi, Saham dan Mata Wang Kripto menjadikannya sebagai salah satu tawaran terbesar dalam industri dan menawarkan 8 buah platform termasuk MT4, MT5 dan Iress. Sepanjang 16 tahun yang lalu, FP Markets telah mengetahui bahawa gabungan sebaran yang ketat dan pelaksanaan pantas yang konsisten berserta platform yang canggih, rangkaian produk yang luas dan sokongan pelanggan yang terbaik merupakan asas utama yang memberi keyakinan kepada pedagang yang serius untuk berdagang. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Broker Forex Terbaik Australia 2020 ini terus memperluas tawaran produknya, memberikan keupayaan kepada para pedagang untuk berdagang dalam persekitaran dagangan terbaik dalam industri dan meneruskan pertumbuhan tahun ke tahunnya yang luar biasa.

Nota kepada Editor 

Tentang FP Markets: 

  • FP Markets ialah Broker Forex global yang Dikawal Selia oleh Australia dengan pengalaman industri selama lebih 16 tahun.
  • FP Markets menawarkan sebaran Forex antara bank yang sangat kompetitif yang tersedia daripada 0.0 pip dan leveraj hingga 500:1*.
  • Muat turun Aplikasi Mudah Alih FP Markets dan berdagang di mana-mana sahaja pada pelbagai platform dalam talian yang hebat seperti MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader dan Iress.
  • Perkhidmatan cemerlang 24 jam sehari dan 5 hari seminggu dalam pelbagai bahasa oleh syarikat ini telah diiktiraf oleh Investment Trends sebagai pilihan beberapa pelanggan yang paling berpuas hati dalam industri dan telah menerima anugerah "The Highest Overall Client Satisfaction Award" (Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Keseluruhan) daripada Investment Trends selama lima tahun berturut-turut.
  • FP Markets telah dianugerahkan gelaran "Global Forex Value Broker" pada dua tahun berturut-turut (2019, 2020) di Global Forex Awards.

Untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang pelbagai tawaran kami, sila layari https://www.fpmarkets.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1574260/fp_markets.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1574261/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: FP Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology