omniture

Vuse mencipta nama sebagai jenama rokok elektronik neutral karbon global pertama

BAT
2021-07-23 13:08 40

- Pelayaran Sungai Thames secara rasmi menandakan Vuse BAT menjadi jenama rokok elektronik neutral karbon global yang pertama[1]

- Langkah terkini dalam sasaran matlamat BAT untuk menjadi neutral karbon di seluruh operasinya sendiri menjelang tahun 2030

- Menyokong tujuan korporat BAT dalam membina A Better Tomorrow™

LONDON, 23 Julai 2021  /PRNewswire/ -- Vuse BAT meraikan kedudukannya sebagai jenama rokok elektronik (vape) neutral karbon global yang pertama dengan pelayaran neutral karbon musim panas menelusuri Sungai Thames di London, iaitu kediaman ibu pejabat global BAT.

Vuse celebrates its position as the first global carbon neutral vape brand with a carbon neutral summer voyage down the Thames. This product contains nicotine and is addictive. 18+ only
Vuse celebrates its position as the first global carbon neutral vape brand with a carbon neutral summer voyage down the Thames. This product contains nicotine and is addictive. 18+ only

Acara ini menekankan komitmen Vuse terhadap keneutralan karbon dan pelbagai inisiatif sokongannya.  Sebagai contoh, dalam memanfaatkan pengangkutan laut yang besar sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan globalnya, matlamatnya adalah untuk menggerakkan majoriti[2] penghantaran global Vuse melalui pengangkutan laut menjelang akhir tahun hadapan.

Kingsley Wheaton, Ketua Pegawai Pemasaran BAT berkata: "Saya berbangga dengan cara Vuse memainkan peranannya dalam menyampaikan mesej 'A Better Tomorrow' (Masa Depan yang Lebih Baik) dengan mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar. 

"Vuse ialah jenama global terkemuka dengan skala yang semakin meningkat yang membolehkan kami mendorong kecekapan dan keberkesanan rantaian bekalan global.  Saya gembira kerana di Vuse, kami menunjukkan jenis tingkah laku berguna yang dijangkakan daripada jenama-jenama terkemuka di dunia.  Komitmen ini akan memainkan peranan supaya visi kami iaitu 'A Better Tomorrow' menjadi kenyataan."

Nota kepada editor 

Keneutralan karbon Vuse telah diperakui oleh rakan kelestarian BAT iaitu Vertis pada bulan Mei 2021 di atas pencapaian jenama rokok elektronik global yang pertama di dunia dan sumbangan yang signifikan terhadap sasaran iklim BAT yang besar yang merangkumi keneutralan karbon di seluruh operasinya menjelang tahun 2030. Pencapaian ini dibina berdasarkan asas ESG BAT yang kukuh dan tersemat kuat dalam perniagaan, kakitangan dan budayanya. Pada tahun 2020 sahaja, BAT telah mencapai pengurangan pelepasan karbon daripada operasinya sebanyak 30.9% yang menyumbang kepada pengurangan sebanyak 37.4% berbanding garis dasar tahun 2017. Pada bulan Mac 2021, BAT mengumumkan hasrat seterusnya untuk menjadi neutral karbon di seluruh rantaian nilainya menjelang tahun 2050 yang mewakili kira-kira 90% daripada jumlah jejak karbonnya.

Status keneutralan karbon Vuse dan hasrat untuk meningkatkan pengangkutan laut merupakan sebahagian daripada cita-cita yang lebih besar untuk menjadi jenama rokok elektronik yang lestari terhadap alam sekitar merangkumi inisiatif-inisiatif berikut:

  • Skim pengumpulan peranti dan pod global - melalui kempen Drop the Pod (Letakkan Pod) BAT, kira-kira 200 ribu pod telah dikumpul sejak bermulanya skim rintis ini pada tahun 2020
  • Mengurangkan plastik sekali guna dalam pembungkusan - Cut the Wrap (Kurangkan Bungkusan) telah menjimatkan sebanyak 100 tan plastik atau bersamaan dengan empat juta botol plastik pada tahun 2020[3]

BAT telah mengurangkan penggunaan karbonnya sebanyak 30% pada tahun lepas[4]. Ia telah mengurangkan jejak karbonnya dengan:

  • Meningkatkan kecekapan tenaga kilang dengan menaik taraf kepada peralatan yang lebih cekap dan rendah impak
  • Meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui melalui pembelian tenaga boleh diperbaharui dan penjanaan tenaga di lokasi.  Tenaga solar pada lokasi telah digunakan di kilang-kilang di lapan buah negara dengan dua pemasangan baharu telah dirancang untuk tahun ini.
  • Mendorong pensijilan luaran untuk keneutralan karbon - tiga buah tapak utama BAT sedang melaksanakan pensijilan luaran untuk keneutralan karbon.

BAT komited terhadap hasratnya untuk membina A Better Tomorrow™ dengan mengurangkan kesan kesihatan perniagaannya melalui penyediaan pelbagai produk yang menyeronokkan dan kurang berisiko*.

Usaha dan komitmen kelestarian BAT telah menerima pengiktirafan bebas yang terkemuka. Ini termasuk kemasukan di dalam senarai Dow Jones Sustainability Indices (Indeks Kelestarian Dow Jones) selama 19 tahun berturut-turut (satu-satunya syarikat tembakau yang disenaraikan dalam Indeks Dunia berprestij pada tahun 2020), penarafan MSCI BBB dan status A List CDP bagi perubahan iklim.

Keneutralan karbon Vuse ialah sebahagian daripada matlamat keseluruhan pengurangan karbon BAT dan telah disahkan secara bebas oleh Vertis berdasarkan data Penilaian Kitaran Hayat produk yang disediakan oleh pihak ketiga yang bebas. Pelayaran menelusuri Sungai Thames pada hari ini merupakan pelayaran neutral karbon.

Tentang BAT 

BAT ialah perniagaan barangan pengguna berbilang kategori terkemuka yang bermatlamat untuk membina A Better Tomorrow (Masa Depan yang Lebih Baik) dengan mengurangkan kesan kesihatan perniagaannya melalui tawaran produk yang lebih banyak pilihan, menyeronokkan dan kurang berisiko kepada pengguna dewasa. Syarikat ini kekal telus bahawa rokok mudah terbakar menimbulkan risiko kesihatan yang serius dan satu-satunya cara untuk mengelakkan risiko ini adalah dengan tidak mula merokok atau berhenti merokok. BAT menggalakkan mereka yang mahu terus merokok untuk beralih sepenuhnya kepada alternatif yang kurang berisiko dan dibuktikan secara saintifik*. Untuk menyampaikan perkara ini, BAT berubah menjadi perniagaan produk pengguna pelbagai kategori yang benar-benar berpusatkan pengguna. BAT mempunyai lebih 53,000 orang pekerja dan beroperasi di lebih 180 buah negara dengan 11 juta pusat jualan dan 45 buah kilang di 43 buah pasaran. Portfolio Strategik syarikat itu terdiri daripada jenama rokok globalnya dan pelbagai produk tembakau dan nikotin Kategori Baharu yang kurang berisiko* serta produk tembakau tidak mudah terbakar tradisional. Ini termasuk wap, produk pemanasan tembakau, produk oral moden termasuk kantung nikotin bebas tembakau serta produk oral tradisional seperti 'snus' dan sedutan lembap. Pada tahun 2020, kami mempunyai seramai 13.5 juta pengguna bagi produk tidak mudah terbakar kami, iaitu peningkatan sebanyak 3 juta orang berbanding pada tahun sebelumnya. Kumpulan BAT menjana pendapatan sebanyak £25.8 bilion pada tahun 2020 dengan keuntungan operasi sebanyak £9.9 bilion.

*Berdasarkan kepada beratnya bukti dan dengan mengandaikan peralihan sepenuhnya daripada menghisap rokok. Produk-produk ini adalah tidak bebas risiko dan menyebabkan ketagihan.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Siaran ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan tertentu, termasuk pernyataan "berpandangan ke hadapan" yang dibuat mengikut pentakrifan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta A.S. 1995. Pernyataan ini selalunya, tetapi bukanlah sentiasa, dibuat melalui penggunaan perkataan atau frasa seperti "percaya," "menjangka," "boleh," "mungkin," "akan," "sepatutnya," "hasrat, "rancang," "potensi," "meramalkan," "akan," "jangka," "anggar," "unjur," "diletakkan," "strategi," "pandangan", "sasaran" dan ungkapan-ungkapan yang serupa. Ini termasuk pernyataan tentang matlamat sasaran pelanggan kami, sasaran pendapatan Kategori Baharu dan sasaran ESG kami.

Semua pernyataan berpandangan ke hadapan tersebut melibatkan anggaran dan andaian yang tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain. Adalah dipercayai bahawa jangkaan yang digambarkan dalam siaran ini adalah munasabah tetapi ia mungkin dipengaruhi oleh pelbagai pemboleh ubah yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada yang dijangkakan pada masa ini. Satu kajian tentang sebab-sebab mengapa keputusan dan pembangunan sebenar mungkin berbeza secara material berbanding jangkaan yang didedahkan atau tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan boleh didapati dengan merujuk kepada maklumat yang terkandung di bawah tajuk "Pernyataan berpandangan ke hadapan" dan "Risiko Utama Kumpulan" dalam Laporan Tahunan 2020 serta Borang 20-F British American Tobacco p.l.c. (BAT).

Maklumat tambahan berkenaan perkara ini dan faktor-faktor lain boleh didapati dalam pemfailan BAT dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC) termasuk Laporan Tahunan pada Borang 20-F dan Laporan Semasa pada borang 6-K yang boleh diperoleh secara percuma di laman web SEC, http://www.sec.gov dan Laporan Tahunan BAT yang boleh diperoleh secara percuma daripada laman web British American Tobacco www.bat.com.

Prestasi terdahulu bukanlah petunjuk kepada prestasi masa depan dan individu yang memerlukan nasihat perlu merujuk kepada penasihat kewangan bebas. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini mencerminkan pengetahuan dan maklumat yang tersedia pada tarikh penyediaan siaran ini dan BAT tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula pernyataan berpandangan ke hadapan ini sama ada disebabkan maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya. Pembaca dinasihatkan supaya tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada pernyataan berpandangan ke hadapan tersebut.

[1] Berdasarkan ramalan jualan dalaman bagi peranti mini e-Pod, e-Pen, e-Tank, Alto dan barangan guna habis (yang dikira pada bulan Mac 2021) selama 12 bulan bermula dari April 2021

² Vuse menyasarkan untuk membuat 80% penghantaran antarabangsa melalui laut menjelang akhir tahun 2022.

[2] ² Vuse menyasarkan untuk membuat 80% penghantaran antarabangsa melalui laut menjelang akhir tahun 2022.

[3] Penjimatan plastik setiap tahun dikira berdasarkan jumlah jualan global pada tahun 2020 dan perbandingan botol plastik adalah berdasarkan berat botol iaitu 22.9g yang mewakili berat botol minuman ringan 500ml yang tersedia secara komersial (Mei 2020). Keputusan ini telah disahkan oleh sebuah badan bebas.

[4] BAT_ESG_Report_2020.pdf halaman 125

Foto -  https://mma.prnasia.com/media2/1579750/bat_vuse_thames_cruise.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1579749/bat_vuse_thames_carbon_neutral_vape.jpg?p=medium600

 

Thames voyage officially marks BAT’s Vuse becoming the first global carbon neutral vape brand. This product contains nicotine and is addictive. 18+ only
Thames voyage officially marks BAT’s Vuse becoming the first global carbon neutral vape brand. This product contains nicotine and is addictive. 18+ only

 

Source: BAT
Related Stocks:
Bloomberg:BATS@LN Bloomberg:BMT@GR ISIN:GB0002875804 LSE:BATS NYSE:BTI RICS:BATS.L
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility