omniture

EcoFlow Lancar Bateri Mudah Alih Berkapasiti Tertinggi Bagi Perumahan Persendirian di Laman Sesawang Kickstarter

Ekosistem bateri penuh direka untuk bekalan tenaga kecemasan dan pengurangan bil utiliti.
EcoFlow Inc.
2021-08-02 14:52 326

LOS ANGELES, 2 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- EcoFlow, sebuah syarikat bekalan tenaga mudah Alih dan solusi tenaga boleh diperbaharui, hari ini melancarkan bateri mudah alih dan ekosistem untuk kegunaan perumahan persendirian, EcoFlow DELTA Pro. Dengan kapasiti yang boleh ditingkatkan sehingga 25kWj, DELTA Pro boleh dicas sepenuhnya dalam tempoh kurang daripada dua jam dan merupakan bateri pertama di dalam industri yang boleh menggunakan pelbagai sumber kuasa. Ekosistem penuh ini mempunyai tenaga yang mencukupi – hanya dengan sekali cas – bagi memenuhi keperluan purata keluarga dalam penggunaan tenaga kecemasan yang mampu bertahan kira-kira selama satu minggu.

EcoFlow Lancar Bateri Rumah Mudah Alih Berkapasiti Tertinggi di Kickstarter
EcoFlow Lancar Bateri Rumah Mudah Alih Berkapasiti Tertinggi di Kickstarter

EcoFlow lancar bateri mudah alih berkapasiti tertinggi bagi perumahan persendirian di laman sesawang Kickstarter (PRNewsfoto/EcoFlow Inc.)

Pra-pesanan kini disediakan di laman sesawang Kickstarter dan orang ramai dijangka menerima pesanan mereka pada hujung November tahun ini.

"Keadaan cuaca yang ekstrem dan ketidakstabilan grid mendorong orang ramai untuk lebih mengawal solusi tenaga di rumah mereka," kata Thomas Chen, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) EcoFlow. "Ekosistem EcoFlow DELTA Pro direka khas untuk dua senario penggunaan: untuk menyediakan bekalan tenaga kritikal semasa mengalami gangguan bekalan tenaga dan untuk memantau & mengawal dengan lebih baik penggunaan tenaga harian anda dan mengurangkan bil utiliti."

Kapasiti dan Ekosistem Boleh Ditingkatkan

EcoFlow DELTA Pro mempunyai kapasiti peningkatan kuasa terbesar dalam pasaran, dengan kapasiti asas 3.6kWj, ianya dapat ditingkatkan kepada 10.8kWj dengan dua bateri tambahan dan juga boleh ditingkatkan kepada 25kWj dengan produk ekosistem seperti panel rumah pintar (Smart Home Panel) dan penjana pintar (Smart Generators).

Aksesosri ekosistem EcoFlow merupakan keistimewaan di dalam industri. Ia memperluas kemungkinan dengan menawarkan lebih banyak pilihan sumber kuasa dan aksesori untuk memaksimakan penggunaan tenaga dengan cara yang lebih mesra pengguna bagi mengawal & mengurus bekalan kuasa.

  • Pilihan sumber kuasa: Panel Solar, Penjejak Solar, Penyesuai EV X-Stream dan Penjana Pintar
  • Memperluas kapasiti bateri asas: Bateri Tambahan Pintar, Hab Voltan Berganda
  • Lebih kawalan kuasa: Aplikasi EcoFlow, Alat Kawalan Jauh DELTA Pro, Panel Rumah Pintar

Pengecasan Terpantas dalam Industri

EcoFlow DELTA Pro bukan sahaja merupakan stesen janakuasa pengecasan terpantas di dunia, tetapi juga merupakan bateri mudah alih pertama yang menyokong pengecasan EV (Electric Vehicle) dan juga merupakan bateri mudah alih pertama yang mempunyai pelbagai pilihan sumber kuasa iaitu grid, solar, angin dan gas.

EcoFlow DELTA Pro menyokong pengecasan 3000W melalui pengecasan EV, panel rumah pintar EcoFlow atau outlet 240V. Tambahan pula, input boleh ditingkatkan kepada 6000W apabila EcoFlow DELTA Pro disambungkan ke Bateri Tambahan Pintar bersama pengecasan panel solar serta penjana pintar bagi membolehkan EcoFlow DELTA Pro dicas sepenuhnya dalam tempoh dua jam.

Sebagai bateri pertama yang menyokong pengecasan EV, ia boleh dicas semula sepenuhnya dalam tempoh 1.8 jam di mana-mana 35,000 stesen pengecasan EV AC Tahap 2 di seluruh Amerika Syarikat. Sudah pasti ini dapat mengelakkan pengguna EV daripada berasa bimbang akan pengurangan bateri.

Memberi Kuasa (Hampir) Segala-galanya

Dengan output sebesar AC 3600W yang boleh ditingkatkan sehingga 7200W dengan menghubungkan dua unit DELTA Pro dengan Hab Voltan-berganda, DELTA Pro mampu memberi kuasa kepada peralatan elektrik berkuasa tinggi seperti peti sejuk dan penyaman udara — malah sehingga 240V.

Sewaktu bekalan elektrik terputus untuk tempoh yang lama, kebanyakan keluarga menggunakan kira-kira 3.68kWj/hari tenaga elektrik kecemasan untuk memberi kuasa kepada peralatan elektrik seperti lampu, kipas, penghala internet, komputer riba, telefon pintar dan peti sejuk. Dengan hanya satu cas penuh ekosistem EcoFlow DELTA Pro, ia dapat memberi tenaga kepada konfigurasi peralatan elektrik ini kira-kira selama tujuh hari dalam sesebuah perumahan persendirian.

"Idea EcoFlow sentiasa menekankan penyelesaian terbaik untuk penjanaan, penyimpanan dan penggunaan tenaga," kata Chen. "Dan dengan ekosistem EcoFlow DELTA Pro, kami yakin untuk mengatakan bahawa kami telah mengusahakan penyelesaian bersepadu untuk ketiga-tiga peringkat dan menetapkan piawaian baharu bagi industri ini."

EcoFlow DELTA Max

Berserta dengan pelancaran EcoFlow DELTA Pro hari ini, EcoFlow turut memperkenalkan buat julung kalinya EcoFlow DELTA Max di laman sesawang Kickstarter. Dengan kapasiti asas 2016Wj yang boleh ditingkatkan kepada 6048Wj, EcoFlow DELTA Max merupakan versi yang lebih mudah alih dan versi berskala bagi EcoFlow DELTA Pro.

Source: EcoFlow Inc.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electrical Utilities Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Utilities New products/services