omniture

Ascend memenangi kes paten bahan tambahan bateri ion litium terhadap Samsung SDI

Ascend Performance Materials
2021-08-05 18:38 26

HOUSTON, 5 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Ascend Performance Materials telah berjaya mencabar paten teknologi bateri ion litium yang dipegang oleh Samsung SDI. Dalam keputusan akhir yang bertulis, Lembaga Perbicaraan dan Rayuan Paten A.S. berpendapat bahawa semua tuntutan yang dicabar adalah tidak sah atas beberapa sebab.

Keputusan lembaga tersebut secara umumnya membolehkan pengilang menggunakan Trinohex Ultra™ di Amerika Syarikat untuk formulasi elektrolit bateri ion litium mereka.

Setakat ini, usaha global Ascend untuk mentaksahkan kumpulan paten Samsung SDI telah berjaya dengan keputusan yang menyokong mereka di China dan A.S. serta masih menunggu keputusan dalam bidang kuasa yang lain.

"Kami gembira kerana pihak lembaga telah melihat merit bagi kes kami terhadap paten yang terlalu meluas dan ketat," kata Dan Burke, peguam harta intelek Ascend. "Pihak lembaga bersetuju bahawa skop paten sedia ada adalah terlalu meluas dan tuntutan itu tidak sah memandangkan bahan tambahan itu sudah pun dikenali lebih awal lagi."

Trinohex Ultra Ascend boleh didapati di seluruh dunia dan merupakan bahan tambahan elektrolit tidak berbahaya yang meningkatkan jangka hayat bateri dan prestasi keseluruhan, terutamanya dalam keadaan yang ekstrem. Ujian bebas telah menunjukkan bahawa Trinohex Ultra berkesan dalam mengurangkan penjanaan gas berbahaya sebanyak lebih 25% dan melindungi katod bateri ion litium generasi semasa dan akan datang daripada degradasi.

"Kami telah menguji bateri yang mengandungi Trinohex Ultra pada pelbagai jenis katod, voltan dan bahan kimia elektrolit," kata David McNeece, Pengurus Perniagaan Ascend bagi bahan kimia bateri. "Dalam setiap keadaan, Trinohex Ultra mengatasi bahan tambahan yang lain – menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam penjanaan gas dan pengekalan kapasiti yang menjadikan bateri tahan lebih lama dan berprestasi lebih tinggi dalam semua keadaan."  

Ascend ialah pengeluar bersepadu sepenuhnya bagi polimer, fiber dan bahan kimia khusus berprestasi tinggi yang digunakan di dalam produk automotif, elektrik dan elektronik serta pengguna dan perindustrian di seluruh dunia.

Tentang Ascend Performance Materials 

Ascend Performance Materials mengeluarkan bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Tumpuan kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memberi inspirasi masa depan yang lebih baik melalui inovasi. Berpangkalan di Houston, Texas dan dengan pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami merupakan penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya dengan sembilan kemudahan pembuatan global di Amerika Syarikat, Eropah dan China. Tenaga kerja global kami seramai 2,600 orang menghasilkan plastik, kain, gentian dan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peranti perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar dan pakaian serta barangan pengguna yang lebih tahan lama. Kami komited terhadap keselamatan, kelestarian serta kejayaan pelanggan dan komuniti kami.

Ketahui lebih lanjut tentang Ascend di www.ascendmaterials.com.

Sila hubungi: Ally Jahn, +1 713-210-9809, ajahn@ascendmaterials.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1326397/ASCEND_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Ascend Performance Materials
Keywords: Chemical Legal issues Patent Law