omniture

Dense Air Membeli Spektrum Baharu Untuk Membina Hos Neutral dengan Rangkaian Tanpa Wayar Kongsi di Australia

Dense Air
2021-08-06 15:52 28

Dense Air dan TPG Telecom telah bersetuju untuk membeli lesen spektrum daripada satu sama lain

Dense Air akan membawa penyelesaian hos neutral kongsinya yang terkemuka dalam industri ke pasaran Australia serta bekerjasama dengan bandar-bandar dan penyedia perkhidmatan untuk membina rangkaian tanpa wayar kongsi yang memajukan ekuiti jalur lebar dan meningkatkan ekonomi pembawa

LONDON, 6 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Dense Air Limited ("Dense Air") dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah bersetuju dengan TPG Telecom Limited untuk membeli spektrum seluruh negara 2.6 GHz milik TPG Telecom sebagai tambahan kepada lesen spektrum sedia ada Dense Air dan membolehkan Dense Air bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan dan bandar-bandar di Australia untuk membina rangkaian tanpa wayar kongsi 4G dan 5G yang menutup jurang digital dan memastikan ketersambungan mapan yang sentiasa tersedia. Rangkaian kongsi yang pertama seumpamanya ini akan mempercepat akses digital yang saksama untuk bandar dan komuniti di seluruh Australia serta memberi manfaat kepada para pengguna, pengendali rangkaian dan perusahaan. Urus niaga ini tertakluk kepada kelulusan kawal selia yang lazim. Dense Air akan membeli spektrum seluruh negara 2.6 GHz milik TPG Telecom dan juga menjual lesen bandar 3.6 GHz miliknya kepada TPG Telecom. Dense Air, yang baru-baru ini membeli spektrum 5G mmWave daripada lelongan ACMA akan menggunakan spektrum ini dalam gabungan dengan teknologi hos neutral RAN sebagai Perkhidmatan yang terkemuka di pasarannya bagi membina rangkaian tanpa wayar kongsi yang mempercepat ketersambungan berdampingan dan mempertingkatkan rangkaian rakan pembawa. Setelah urus niaga tersebut dimuktamadkan, Dense Air dan TPG Telecom berharap dapat meneroka peluang untuk menggunakan penyelesaian teknologi RAN sebagai perkhidmatan milik Dense Air di pasaran Australia. Dense Air membina, memiliki dan mengendalikan rangkaian "sel kecil" 4G dan 5G yang mempertingkatkan dan memperluas rangkaian "makro" tradisional yang dibina oleh syarikat telekomunikasi. Firma global yang beroperasi di Australia, Belgium, Ireland, New Zealand, Portugal dan United Kingdom ini bekerjasama dengan bandar-bandar dan syarikat pembawa melalui perkongsian swasta awam untuk membina rangkaian seluruh bandar yang memastikan ketersambungan tanpa wayar yang saksama pada spektrum kongsi dan berlesen. Sel kecil yang digunakan oleh Dense Air pada lampu jalan, lampu trafik atau bumbung menyediakan liputan selular yang merangkumi jarak hingga beratus-ratus atau beribu-ribu kaki berbanding jarak dalam ukuran batu seperti yang diliputi oleh sel makro, memberikan kapasiti yang lebih tinggi dan kependaman yang lebih rendah kepada pengguna akhir. Sel kecil melengkapkan sel makro dengan mengurangkan kesesakan rangkaian dan menjangkau ke kawasan yang mengalami kemerosotan perkhidmatan, menyediakan asas kepada penggunaan rangkaian 4G dan 5G berkelajuan tinggi. Lesen jalur 2.6 GHz yang akan dibeli daripada TPG Telecom ini digabungkan dengan lesen spektrum 5G mmWave yang dibeli baru-baru ini dalam lelongan ACMA memberikan platform kepada syarikat tersebut untuk menawarkan kedua-dua perkhidmatan penumpatan dan peluasan rangkaian 4G dan 5G di seluruh Australia. Urus niaga ini juga membuka peluang kepada model perniagaan dan perkongsian penggunaan baharu. Bagi para pengguna, ia bermaksud akses 5G yang lebih pantas dan lebih cekap.

Memperluas akses pengguna kepada jalur lebar yang boleh dipercayai ini akan membolehkan lebih ramai warga Australia mendapat manfaat daripada transformasi digital dalam perkhidmatan pendidikan, perdagangan dan komuniti. Mereka yang mempunyai tahap pendapatan, pekerjaan dan pendidikan yang lebih rendah adalah golongan paling berisiko untuk menghadapi penyisihan digital.

Bagi pusat bandar Australia, Dense Air akan memberi tumpuan kepada penyelesaian hos neutral dalam bangunan, rangkaian 4G dan 5G persendirian serta penumpatan rangkaian luaran. Bagi kawasan pinggir bandar dan luar bandar, Dense Air akan memberi tumpuan kepada peluasan rangkaian bagi membantu semua komuniti mendapat manfaat daripada keperluan moden seperti kelas tanpa sempadan, pembelajaran jarak jauh, kehidupan berbantu, hab kerja komuniti dan infrastruktur terhubung.

Paul Senior, Ketua Pegawai Eksekutif Dense Air berkata, "Kami amat berbesar hati mengumumkan perjanjian yang telah kami capai ini untuk membeli spektrum daripada TPG Telecom walaupun menghadapi cabaran pandemik COVID-19 global. Spektrum ini bersama-sama dengan pegangan kami yang lain akan membolehkan Dense Air membawa model perniagaan 'RAN sebagai Perkhidmatan' yang unik ke Australia serta membolehkan kami memperkasakan bandar-bandar dan komuniti untuk membina rangkaian hos neutral kongsi yang menutup jurang digital dan memberi manfaat kepada para pengendali serta pengguna."

Tentang urus niaga ini:
Urus niaga ini melibatkan anak syarikat TPG Telecom dan Dense Air Limited yang memeterai suatu perjanjian iaitu TPG Telecom akan menjual lesen jalur spektrum 2.6 GHznya kepada Dense Air Networks Australia. Dalam suatu perjanjian yang berasingan, anak syarikat milik penuh TPG Telecom akan membeli kesemua saham anak syarikat Dense Air Limited dari Australia yang memegang lesen spektrum 3.6 GHz yang dibeli daripada lelongan pada tahun 2018.

Perjanjian untuk kedua-dua urus niaga spektrum 3.6 GHz dan spektrum 2.6 GHz adalah tertakluk kepada syarat-syarat sebelum ini yang termasuk kedua-dua urus niaga tersebut telah dimuktamadkan secara serentak dan mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia. Setelah memenuhi syarat-syarat tersebut, urus niaga dijangka selesai pada bulan September 2021.

Tentang Dense Air:
Dense Air yang beribu pejabat di London, UK mempunyai aset spektrum di Ireland, Belgium, Portugal, New Zealand dan Australia. Dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih dan tetap, Dense Air menjalin kerjasama awam swasta yang inovatif dengan bandar-bandar untuk menyelesaikan cabaran ketersambungan serta bekerjasama dengan pengendali rangkaian sedia ada untuk menumpatkan dan/atau memperluas rangkaian mudah alih. Dense Air menyediakan sebuah pembawa unik daripada kesemua pembawa perkhidmatan sel kecil hos neutral yang membantu pelbagai pengendali melalui infrastruktur RAN tunggal pada spektrum yang bersih dan berlesen. Melalui kerjasama rapat dengan pengendali dan majlis perbandaran, Dense Air menyampaikan penyelesaian 4G dan 5G yang menjimatkan kos bagi menyokong pelbagai kes penggunaan yang merangkumi jalur lebar mudah alih yang dipertingkatkan, IoT, keselamatan awam, rangkaian penggerak balas pertama dan pembelajaran jarak jauh.

 

Source: Dense Air
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Acquisitions, mergers, takeovers Licensing/marketing agreements