omniture

AI dan Data Raya Bergabung Bantu Doktor dalam Diagnosis dan Pelaporan

Suruhanjaya Bersama Taiwan Pamerkan Kemajuan Terkini Taiwan dalam Teknologi Perubatan Baharu
Joint Commission of Taiwan
2021-08-06 17:00 61

TAIPEI, 6 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Dengan kedatangan era 5G dan populariti data raya dan aplikasi kecerdasan buatan yang semakin meningkat, Suruhanjaya Bersama Taiwan (JCT) menganjurkan Ekspo Rawatan Kesihatan Pintar Taipei 2021: Forum Rawatan Kesihatan Pintar Antarabangsa (Sesi 2) dengan tumpuan terhadap dua tema utama: teknologi maklumat rawatan kesihatan dan AI untuk analisis imej perubatan.

Group photo of ISHF 2021, Session II.
Group photo of ISHF 2021, Session II.

Taiwan terkenal sebagai pulau khazanah teknologi dan pencapaiannya dalam pencegahan wabak menonjolkan kapasiti rawatan kesihatannya yang begitu tinggi. Topik-topik utama forum ini ialah data raya rawatan kesihatan, sains data dan analisis imej perubatan AI. Empat pakar daripada sektor rawatan kesihatan dan AI dijemput untuk mencadangkan penyelesaian yang berbeza.

Kerjaya dalam bidang rawatan kesihatan adalah rumit dan berorientasikan perincian yang tinggi sementara kedatangan pendekatan berorientasikan perkhidmatan digandingkan dengan kecerdasan buatan, bermula daripada rekod kesihatan elektronik tanpa kertas hinggalah analisis data raya, serta pembangunan teknologi AI untuk analisis data dan juga pengecaman imej perubatan, kesemuanya merupakan langkah-langkah yang amat diperlukan dalam membina sebuah hospital pintar. Forum ini memberi penyampaian mengenai bagaimana hospital-hospital di Taiwan menggunakan AI sinar-X toraks dan pelaporan automatik. Di samping itu, perisian VeriSee DR yang terkini dapat membantu mentafsirkan retinopati diabetes.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Malaysia mendorong untuk "saling bekerjasama demi meningkatkan tahap kesihatan negara" dan telah mempromosikan perkhidmatan rawatan kesihatan bergerak, pengurusan hospital dan aplikasi rawatan kesihatan pintar, kesemuanya menunjukkan pentingnya untuk mengaplikasikan penyelesaian pintar bagi menyahut cabaran dalam bidang rawatan kesihatan.

Suruhanjaya Bersama Taiwan secara rasminya mewujudkan portal sehenti pada tahun 2019: "Health Smart Taiwan (HST)" (https://www.hst.org.tw/en/). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Bersama Taiwan, Dr. Pa-chun Wang, HST bukan sahaja mempamerkan penyelesaian rawatan kesihatan pintar dan canggih Taiwan, tetapi juga bekerjasama dengan laman demonstrasi bidang aplikasi Taiwan (Laman Demonstrasi) bagi memudahkan pemahaman mengenai aplikasi praktikal dan portfolio masa depan rawatan kesihatan pintar serta bagi mencipta model baharu untuk hospital pintar. Forum ketiga dalam siri ini akan dilancarkan secara dalam talian pada 26 Ogos dan akan memfokuskan rawatan penyakit buah pinggang kronik pintar. Maklumat berhubung forum ketiga ini akan disediakan dalam masa terdekat.

Source: Joint Commission of Taiwan
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital New products/services Future Events