omniture

Venture Global Mengumumkan Penutupan Nota Bercagar Senior Venture Global Calcasieu Pass, LLC bernilai $2,500,000,000

Venture Global LNG, Inc.
2021-08-06 18:42 113

ARLINGTON, Virginia, 6 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. ("Venture Global") hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya iaitu Venture Global Calcasieu Pass, LLC ("VGCP") telah menutup tawaran nota bercagar senior yang diumumkan sebelum ini, dengan amaun prinsipal bernilai $2,500,000,000 dan telah dikeluarkan dalam dua siri: (i) satu siri nota bercagar senior sebanyak 3.875% yang matang pada tahun 2029 dengan amaun prinsipal agregat bernilai $1,250,000,000 ("Nota 2029") dan (ii) satu siri nota bercagar senior sebanyak 4.125% yang matang pada tahun 2031 dengan amaun prinsipal agregat bernilai $1,250,000,000 ("Nota 2031" dan digabungkan dengan Nota 2029, disebut sebagai "Nota"). Nota 2029 akan matang pada 15 Ogos 2029 dan Nota 2031 akan matang pada 15 Ogos 2031.

VGCP berhasrat untuk menggunakan perolehan bersih daripada tawaran tersebut untuk (i) membuat prabayar jumlah tertunggak tertentu bagi kemudahan kredit bercagar senior lien pertama VGCP yang sedia ada ("Kemudahan Kredit Sedia Ada"), (ii) membayar kos pemutusan dan lindung nilai penamatan yang berkaitan dengan prabayaran tersebut dan (iii) membayar yuran dan perbelanjaan yang berkaitan dengan tawaran tersebut.  Nota ini dijamin oleh TransCameron Pipeline, LLC (sekutu VGCP). Nota ini dijamin berdasarkan pari passu mengikut kepentingan sekuriti paling utama dalam aset yang menjamin Kemudahan Kredit Sedia Ada.

Nota ini tidak didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda ("Akta Sekuriti") atau undang-undang sekuriti mana-mana negeri atau bidang kuasa lain dan Nota ini tidak akan ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat tanpa pendaftaran di bawah Akta Sekuriti atau pengecualian daripada syarat-syarat pendaftaran Akta Sekuriti yang terpakai.  Siaran akhbar ini tidak membentuk suatu tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli Nota ini dan tidak akan ada jualan sekuriti ini di mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, pengumpanan atau penjualan sekuriti ini menjadi tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan mengikut undang-undang sekuriti mana-mana bidang kuasa tersebut.

Tentang Venture Global 

Venture Global ialah sebuah syarikat penyedia jangka panjang berkos rendah untuk LNG A.S. yang bersumberkan dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Venture Global sedang membina atau membangunkan 70 MTPA kapasiti pengeluaran di Louisiana untuk menyediakan tenaga yang bersih dan berpatutan kepada dunia.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan tertentu yang mungkin merangkumi "pernyataan berpandangan ke hadapan"  Semua pernyataan selain daripada pernyataan keadaan atau fakta sejarah dan semasa yang disertakan di sini ialah "pernyataan berpandangan ke hadapan."  Termasuk dalam "pernyataan berpandangan ke hadapan" ini antara lainnya ialah pernyataan tentang strategi, rancangan dan objektif perniagaan Venture Global serta penggunaan perolehan daripada tawaran tersebut.  Venture Global percaya bahawa jangkaan yang digambarkan dalam "pernyataan berpandangan ke hadapan" ini adalah munasabah, ia sememangnya tidak menentu dan melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang berada di luar kawalan Venture Global. Selain itu, andaian yang dibuat mungkin terbukti tidak tepat. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dijangkakan atau tersirat dalam "pernyataan berpandangan ke hadapan" disebabkan oleh pelbagai faktor. "Pernyataan berpandangan ke hadapan" ini hanya benar pada tarikh ia dibuat dan selain daripada yang dikehendaki oleh undang-undang, Venture Global tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana "pernyataan berpandangan ke hadapan" atau memberikan sebab-sebab mengapa keputusan sebenar mungkin berbeza, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/825434/VENTURE_GLOBAL_LNG_INC___Logo.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Venture Global LNG, Inc.
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Financing agreements