omniture

RTB House Mengungkap Sisi Positif Penangguhan Pelancaran Privacy Sandbox Google Buat Para Pengiklan

RTB House
2021-08-09 08:30 30

SINGAPURA, 8 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- RTB House, peneraju pasaran dalam teknologi pemasaran dipacu Pembelajaran Mendalam, berbesar hati mengemukakan sumber maklumat yang penting tentang Privacy Sandbox Google. Secara khususnya, RTB House ingin menjelaskan tentang perubahan pada garis masa Privacy Sandbox baru-baru ini dan ertinya buat para peserta pasaran pengiklanan.

Tiada penyelesaian mudah untuk masa depan tanpa kuki, namun keseimbangan yang optimum antara kaedah sedang ditentukan. Vendor pengiklanan terkemuka akan menyediakan penyelesaian pelengkap yang menggabungkan kaedah sasaran individu, berdasarkan kumpulan dan mengikut konteks sekali gus mendorong syarikat pemasaran ke arah strategi pemasaran baharu.
Tiada penyelesaian mudah untuk masa depan tanpa kuki, namun keseimbangan yang optimum antara kaedah sedang ditentukan. Vendor pengiklanan terkemuka akan menyediakan penyelesaian pelengkap yang menggabungkan kaedah sasaran individu, berdasarkan kumpulan dan mengikut konteks sekali gus mendorong syarikat pemasaran ke arah strategi pemasaran baharu.

Pada 24 Jun, Google mengeluarkan kemas kini garis masa Privacy Sandbox dan mendedahkan perancangan untuk menghentikan sokongan kuki pihak ketiga dalam tempoh tiga bulan yang akan bermula pada pertengahan tahun 2023. Perubahan yang dirancang ini dibuat untuk memberikan "masa yang mencukupi" kepada pengawal selia, para penerbit dan industri pengiklanan bagi menghadapi perubahan tersebut.

"Garis masa yang dikemas kini ini tidak mengejutkan kami dan ia mungkin reaksi terhadap campur tangan terkini Pihak Berkuasa Pasaran dan Persaingan (Competition and Markets Authority, CMA) United Kingdom berkenaan topik ini," jelas Łukasz Włodarczyk, Pengarah Kerjasama Inventori Global, RTB House. "Walaupun terdapat kebimbangan yang boleh difahami, namun pengumuman ini memberi lebih banyak masa kepada semua pihak untuk bersedia menghadapi masa depan tanpa kuki malah kami percaya bahawa ia merupakan perubahan positif yang akan membantu memastikan kejayaan Privacy Sandbox."

Sejak Google mula mengumumkan tentang Privacy Sandbox pada bulan Januari 2020, RTB House telah berusaha menjadikan platformnya siap sedia sepenuhnya untuk menghadapi masa depan tanpa kuki. Syarikat ini telah menjadi peserta yang aktif dalam projek tersebut, misalnya baru-baru ini RTB House meraih pencapaian penting dengan menjadi DSP pertama yang berjaya menggunakan simulasi FLEDGE Privacy Sandbox sekali gus membeli tanggapan pengiklanan sebenar di seluruh dunia untuk hampir 500 buah syarikat pengiklanan. RTB House juga merupakan satu-satunya penyedia yang memilki dua usul yang disepadukan sepenuhnya ke dalam FLEDGE yang meningkatkan kebolehgunaan dan daya saing projek.

Dalam konteks ini, RTB House percaya bahawa garis masa yang dilanjutkan ini menunjukkan pelancaran Privacy Sandbox yang lebih realistik. Ia akan memberi lebih banyak masa yang berharga kepada para pengiklan dan penerbit untuk menyepadukan strategi pemasaran baharu yang menggabungkan sasaran individu, berdasarkan kumpulan dan mengikut konteks. Yang paling penting, jadual yang dilanjutkan ini akan memberikan masa kepada lebih ramai pembeli untuk terlibat dalam peringkat ujian FloC dan FLEDGE. Ini akan memberi masa kepada RTB House untuk memperbaiki dan menguji simulasi FLEDGEnya.

RTB House amat gembira mendapati bahawa Google Chrome bukan lagi satu-satunya pelayar yang menjalankan fungsi privasi-API pertama yang menangani kes penggunaan pengiklanan yang sah. RTB House mengalu-alukan PARAKEET Microsoft Edge dan menantikan pengumuman yang bakal dikeluarkan oleh Firefox. RTB mempunyai rancangan lengkap untuk menyepadukan penyelesaian pengiklanan tanpa kuki yang baru muncul ini ke dalam platformnya dan menggunakannya secara positif.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pengiklanan tanpa kuki, anda boleh melawati blog.rtbtome.com.

RTB House ialah sebuah syarikat global yang menyediakan teknologi pemasaran dengan kuasa enjin Pembelajaran Mendalam kepada pemilik jenama dan agensi di seluruh dunia. Penyelesaian berprestasi dengan tembusan penuh digunakan oleh lebih 2,000 kempen aktif di seluruh rantau EMEA, APAC dan Amerika. RTB House telah diiktiraf berulang kali kerana inovasi pasarannya dan telah disenaraikan dalam kalangan syarikat Eropah yang paling pesat berkembang oleh Financial Times setiap tahun selama empat tahun yang lalu. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1571985/rtb_house_infographic.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1571986/RTB_House_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: RTB House
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Survey, Polls & Research