omniture

Coway Umum Keputusan Kewangan untuk Suku Kedua Tahun Fiskal 2021

Coway Co., Ltd.
2021-08-09 09:28 160

·  Coway melaporkan jumlah pendapatan sebanyak KRW 905.4 bilion (+12.4% YoY), keuntungan kendalian sebanyak KRW 166.4 bilion (-1.6% YoY) dan keuntungan bersih sebanyak KRW 115.8 bilion (-2.6% YoY) bagi suku kedua Tahun Fiskal 2021.

·  Subsidiari-subsidiari luar negara memperoleh pendapatan sebanyak KRW 286.0 bilion (+46.7% YoY) dan bilangan akaun luar negara berjumlah 2.25 juta

·  Pelancaran produk Penulen Air Icon dan Pembersih Udara Noble digabungkan dengan pertumbuhan perniagaan luar negara menyumbang kepada suku kedua yang stabil.

SEOUL, Korea Selatan, 9 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., syarikat perkakas rumah persekitaran yang terkemuka, hari ini melaporkan keputusan kewangan bagi suku kedua tahun 2021.

Keputusan Kewangan Coway bagi Suku Kedua 2021
Keputusan Kewangan Coway bagi Suku Kedua 2021

"Kami telah mencapai prestasi yang mantap hasil daripada pelancaran produk inovatif secara berterusan dan juga pertumbuhan subsidiari-subsidiari luar negara biarpun dengan cabaran daripada pandemik COVID-19 ini," kata Soon Tae Kim, ketua pegawai kewangan Coway. "Kini, kami merancang untuk terus meningkatkan profil kami dalam pasaran global dan mencari cara baharu untuk meningkatkan daya saing serta pertumbuhan perniagaan kami."

Coway melaporkan perolehan yang berikut:

-  Pendapatan suku kedua: KRW 905.4 bilion (+12.4% YoY)
-  Keuntungan kendalian suku kedua: KRW 166.4 bilion (-1.6% YoY)
-  Keuntungan bersih suku kedua: KRW 115.8 bilion (-2.6% YoY)

Angka-angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa) disatukan.

Bagi separuh pertama tahun fiskal 2021, Coway melaporkan pendapatan sebanyak KRW 1,784.4 bilion (+13.3% YoY) dan keuntungan kendalian sebanyak KRW 337.2 bilion (+9.5% YoY). Pendapatan daripada subsidiari-subsidiari luar negara dicatatkan sebanyak KRW 580.1 bilion, menyumbang sebanyak 32.5% daripada pendapatan keseluruhan.

Syarikat ini melaporkan pendapatan suku kedua sebanyak KRW 905.4 bilion, menjadikannya suku tahun yang paling berjaya dalam sejarah. Semasa tempoh ini, keuntungan kendalian dan keuntungan bersih masing-masing mencecah sebanyak KRW 166.4 bilion dan KRW 115.8 bilion.

Jualan perkakas rumah persekitaran domestik juga mencatatkan rekod syarikat baharu dengan pendapatan sebanyak KRW 558.9 bilion. Pemacu utama dalam bidang ini ialah barisan produk baharu seperti Penulen Air Icon dan Pembersih Udara Noble. Di samping itu, jumlah jualan sewa domestik mencecah 340,000 dengan sejumlah 6.41 juta akaun di Korea.

Subsidiari-subsidiari luar negara melaporkan pendapatan sebanyak KRW 286.0 bilion bagi suku kedua, meningkat 46.7% berbanding tahun sebelumnya. Malaysia dan AS, yang telah menggiatkan kejayaan luar negara Coway masing-masing melaporkan sebanyak KRW 236.7 bilion (+51.8% YoY) dan KRW 35.8 bilion (+11.5% YoY). Secara keseluruhan, jumlah akaun luar negara telah meningkat sebanyak 33.8% dan kini mencecah 2.25 juta.

Jumlah keseluruhan akaun sewa syarikat, baik secara global mahupun domestik, untuk suku kedua tahun 2021 meningkat sebanyak 650,000 untuk mencecah 8.66 juta hasil daripada kejayaan pertumbuhan akaun perniagaan luar negara.

Untuk butiran tambahan mengenai prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia dan Vietnam berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Green Technology Earnings