omniture

Keputusan ITC Memihak kepada SI Group dalam Kes Harta Intelek

SI Group, Inc.
2013-06-19 10:13 108

SCHENECTADY, New York, 19 Jun 2013 /PRNewswire/ -- SI Group, Inc., pengeluar bahan perantara kimia sedunia yang utama, mencapai kejayaan penting dalam kes harta intelek yang difailkan dengan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) melawan Sino Legend (Zhangjiagang) Chemical Co., Ltd., Red Avenue Chemical Co. Ltd., dan beberapa syarikat sekutu lain.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130204/NY53537LOGO-b )

Hari ini Hakim Rogers mengeluarkan penentuan yang memihak kepada SI Group, lalu mengesahkan bahawa Sino Legend telah melesapkan rahsia perniagaan SI Group. SI Group menjangkakan bahawaberdasarkan penentuan itu  Suruhanjaya dengan enam keahlian tersebut akan melarang Sino Legend dan Red Avenue daripada mengimport produk-produk yang terjejas memasuki Amerika Syarikat.

"Keputusan yang dibuat Hakim Rogers mengenai pelesapan ini adalah adil dan saksama," kata Stephen Large, Ahli Lembaga. "Ia mengesahkan apa yang telah kami ketahui selama ini. Sekarang,sangat jelas kepada para pelanggan,pembekal kami, serta  industri, bahawa perniagaan Sino Legend bagi produk-produk ini adalah berdasarkan inovasi kami."

Aduan ITC yang difailkan pada 21 Mei 2012 itu disebabkan oleh pakatan sulit Sino Legend dengan seorang pengurus loji pembuatan SI Group di Shanghai dan kemudian mengambilnya bekerja. Sejak itu, Sino Legend telah mengeluarkan resin getah yang bersaing dengan resin getah milikan SI Group.

"Keputusan ini merupakan kejayaan sebenar untuk SI Group," kata Tom Masterson, Peguam Am. "Proses menyeluruh yang diikuti oleh ITC menunjukkan bahawa pelesapan tidak diterima di Amerika Syarikat. Jika dibandingkan, kegagalan untuk mencapai kesimpulan yang sama dalam tuntutan mahkamah melawan Sino Legend berdasarkan kejadian yang sama yang dibuat di China ialah bukti kepentingan memastikan bahawa semua fakta dibentangkan bila menyelesaikan semua tuntutan ini."

SI Group kekal komited dalam melindungi harta intelek dan rahsia perniagaannya di China dan di seluruh dunia.

Mengenai SI Group

SI Group ialah sebuah syarikat milik keluarga yang ditubuhkan pada tahun 1906 dan beribu pejabat di Schenectady, New York. SI Group mengendalikan 20 fasiliti dalam 10 buah negara seluruh dunia sebagai sebuah pembangun dan pengeluar sedunia yang utama untuk resin fenolik, resin alkilfenolik, fenol teralkil dan bahan perantara kimia lain. Untuk maklumat lanjut mengenai SI Group, lawati www.siigroup.com.

Hubungi: 
Brooke Manrique
Pengurus Perhubungan Awam & Komunikasi Pemasaran
SI Group, Inc.
+1-518-347-4112
brooke.manrique@siigroup.com

 

Source: SI Group, Inc.
Related Links:
Keywords: Chemical Legal issues