omniture

EcoFlow Lancar DELTA Max, Stesen Janakuasa Sandaran Rumah Hampir Dua (2) Hari

Dengan kapasiti asas 2016Wj yang boleh dikembangkan kepada 6048Wj, bateri terkini dalam siri EcoFlow DELTA boleh didapati dalam pasaran global terpilih
EcoFlow Inc.
2021-08-25 19:39 129

LOS ANGELES, 25 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- EcoFlow, sebuah syarikat penyelesaian kuasa mudah alih dan tenaga boleh diperbaharui, hari ini mengumumkan stesen janakuasa mudah alih EcoFlow DELTA Max boleh didapati di APAC, LATAM, Timur Tengah dan Afrika. Dengan kapasiti asas sebanyak 2016Wj, kapasiti DELTA Max dapat berkembang kepada 6048Wj apabila dihubungkan dengan dua Bateri Tambahan Pintar - cukup untuk purata keperluan tenaga kecemasan keluarga selama dua hari.


Menaik taraf barisan produk semasanya, EcoFlow menyaksikan keperluan untuk bateri dengan kapasiti yang lebih besar memandangkan terdapat peningkatan bocoran kuasa dan menyebabkan pengguna seterusnya menjurus kepada pencarian penyelesaian tenaga yang lebih berdikari. Pada tahun 2019, EcoFlow mula melancarkan EcoFlow DELTA di Kickstarter, yang serta merta menjadi kegemaran peminat kerana kelajuan pengecasannya dan kapasiti yang besar. Dua tahun kemudian, syarikat ini memperkenalkan dua penaiktarafan menyeluruh kepada barisan siri EcoFlow DELTA iaitu EcoFlow DELTA Max dan DELTA Pro yang mantap pada 3.6kWj buat mereka dengan keperluan kuasa yang lebih besar.

"Kami melihat penerimaan yang tinggi untuk siri EcoFlow DELTA dan pelanggan kami berkata mereka inginkan lebih kuasa daripada bateri mereka," kata Thomas Chan, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di EcoFlow.  EcoFlow DELTA Max membawa kebingkasan ke tahap yang lain. Ia benar-benar dapat menyediakan kuasa sandaran untuk seisi rumah dan mengurangkan kesan bocoran kuasa."

Kapasiti tinggi dengan reka bentuk boleh kembang

EcoFlow DELTA Max mempunyai kapasiti 2016Wj, yang dapat menyokong keperluan penggunaan kecemasan sesebuah keluarga (empat (4) lampu, satu (1) kipas, satu (1) router,satu (1) komputer riba, satu (1) peti sejuk dan pengecasan telefon pintar) selama setengah hari. Apabila dihubungkan dengan dua Bateri Tambahan Pintar DELTA Max, kapasitinya dapat meningkat sehingga 6048Wj yang membolehkan sebuah keluarga meneruskan kehidupan terputus bekalan elektrik selama hampir dua (2) hari dengan selesa.

Direka bentuk untuk lebih daripada kuasa sandaran rumah, EcoFlow DELTA Max pada kapasiti puncaknya juga dapat menyokong penggunaan tenaga RV (purata RV menggunakan 20kWj kuasa elektrik setiap hari) selama lebih daripada tujuh jam.

Pengecasan pantas yang menerajui industri 

Walaupun dengan kapasiti dinaik taraf berbanding dengan EcoFlow DELTA (daripada 1260Wj hingga 2016Wj), EcoFlow DELTA Max memerlukan jumlah masa yang sama untuk dicas semula sepenuhnya - kurang daripada dua jam. EcoFlow DELTA Max boleh dicas pada 1800W melalui outlet AC standard. Bateri juga menyokong dwi­pengecasan – pengecasan dengan mana­mana dua daripada pelbagai sumber kuasa (outlet dinding AC, solar, penjana pintar, pengecasan kereta). Apabila menyambungkan EcoFlow DELTA Max kepada Bateri Tambahan Pintar, input dapat mencapai maksimum 3600W dengan outlet AC standard dan pengecasan Penjana Pintar. Input maksimum ini membolehkan EcoFlow DELTA Max dengan Bateri Tambahan Pintar dicas semula sepenuhnya daripada 0% kepada 100% dalam 1.6 jam , iaitu dua kali ganda lebih cepat berbanding dengan produk yang serupa dalam pasaran.

 Memberi kuasa 99% perkakas

Dengan output AC 2400W, EcoFlow DELTA Max dapat memberi kuasa 99% perkakas termasuk cerek elektrik, penyaman udara, pemanas ruang dan seterika wap. Dengan teknologi X-Boost berpaten EcoFlow, output EcoFlow DELTA Max malah dapat melonjak sehingga 3400W yang menjadikan semua pesaing mempunyai tahap kapasiti yang sama.

Penaiktarafan tambahan untuk EcoFlow DELTA Max termasuk pengecasan solar yang lebih cekap, keupayaan dipertingkat untuk mengawal dan memantau peranti melalui EcoFlow App dan luaran bateri direka untuk lebih keupayaan dan ketahanan.

Siri EcoFlow DELTA

Susulan pelancaran EcoFlow DELTA Max, EcoFlow merancang untuk melancarkan EcoFlow DELTA Max (1600) dalam suku keempat tahun 2021 untuk pelanggan dengan keperluan kuasa sandaran pada skala yang lebih kecil. EcoFlow DELTA Max (1600) mempunyai kapasiti asas 1612Wj, yang dapat ditingkatkan kepada 5644Wj apabila dihubungkan dengan dua Bateri Tambahan Pintar.

Awal tahun ini, EcoFlow memperkenalkan bateri dan ekosistem rumah mudah alih DELTA Pro. Ekosistem penuh ini mempunyai kuasa yang mencukupi - hanya dengan sekali cas - bagi memenuhi purata penggunaan kuasa kecemasan keluarga selama kira-kira seminggu..

Dengan kapasiti yang boleh dikembangkan sehingga 25kWj, ia dapat dicas sepenuhnya dalam masa kurang daripada dua jam danmerupakan bateri pertama dalam industri yang boleh dicas melalui pelbagai sumber kuasa - grid, pengecas EV, solar, angin dan gas. Dilancarkan di Kickstarter pada bulan Julai, ia mencatatkan lebih $1J USD dalam 45 minit pertamanya.

Source: EcoFlow Inc.
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Utilities New products/services