omniture

CGTN: GAUC bakal adakan sidang kemuncak belia global berhubung masa depan karbon sifar

CGTN
2021-08-25 19:53 120

BEIJING, 25 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Tahun 2021 ialah tahun yang sangat penting untuk memajukan tindakan iklim. Bagi menggerakkan, menunjukkan dan memaksimumkan kekuatan anak muda dalam menangani perubahan iklim, Global Alliance of Universities on Climate (GAUC) mengumumkan Sidang Kemuncak ClimateX - satu inisiatif global yang dipimpin oleh GAUC untuk melibatkan golongan belia di serata dunia.

GAUC bakal mengadakan sidang kemuncak belia global berhubung masa depan karbon sifar
GAUC bakal mengadakan sidang kemuncak belia global berhubung masa depan karbon sifar

ClimateX bertujuan untuk membantu menggerakkan dunia menuju Masa Depan Karbon Sifar-Bersih. Sidang kemuncak berkenaan akan diadakan mulai 25 hingga 29 Oktober, memanfaatkan momentum acara iklim global yang dijadualkan berlangsung pada musim luruh ini termasuk Persidangan Pihak-pihak Perubahan Iklim PBB ke-26 (COP26).

ClimateX akan memfokuskan iklim dan empat bidang: Alam Semula Jadi & Biodiversiti, Makanan & Kesihatan, Tenaga dan Pengangkutan melalui tiga trek yang berbeza: Akademik, Tindakan dan Suara.

Kertas akademik, cadangan dasar dan video pendek yang menunjukkan usaha oleh golongan muda untuk menangani perubahan iklim akan dikongsi bersama penggubal dasar global semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

-Akademik: Dianjurkan oleh Tsinghua, Oxford, Yale dan Columbia, Trek Akademik menyeru kertas kajian daripada para pelajar siswazah yang menuntut di sekolah-sekolah di GAUC dan daripada para pelajar di universiti-universiti bukan anggota. (Tarikh akhir penyerahan abstrak adalah pada 5 September)

-Tindakan: Pelajar daripada universiti-universiti GAUC yang berbeza akan menyumbang idea mengenai penyelesaian iklim sepanjang 'Hackathon' 5 hari, 7 jam.

-Suara: Dengan kerjasama Jaringan Universiti-universiti COP26, trek ini menyeru klip video pendek daripada belia global, bagi menyampaikan pandangan mereka mengenai perubahan iklim. (Tarikh akhir penyerahan video adalah pada 31 Ogos)

Anak muda yang berminat untuk melihat atau mengambil bahagian dalam acara ClimateX pada tahun ini boleh ke http://climatex2021.gauc.net/

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Sidang Kemuncak tersebut, sila emel: gaucevent@tsinghua.edu.cn

GAUC  dimulakan pada Januari 2019 dengan lapan buah universiti membuat kenyataan bersama di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.

Ketika ini, GAUC mempunyai 15 universiti anggota dan misi Global Alliance of Universities on Climate adalah untuk memajukan penyelesaian perubahan iklim melalui penyelidikan, pendidikan dan bantuan masyarakat serta untuk bekerjasama dengan organisasi industri, bukan untung dan kerajaan bagi menggalakkan pelaksanaan yang pesat bermula daripada skala tempatan kepada skala global.

GAUC akan meneruskan misi ini dengan menggalakkan pertukaran dan kerjasama antara universiti-universiti anggota dan menyediakan kepimpinan dalam usaha pengajian tinggi global untuk menangani perubahan iklim.

Lihat The China Report, surat berita mingguan baharu kami. Langgan di sini!

https://newsus.cgtn.com/news/2021-08-24/GAUC-to-hold-global-youth-summit-on-a-zero-carbon-future-12YqO6YSU5q/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Entertainment Higher Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television Environmental Issues Trade show news Future Events