omniture

Vivanta by Taj - Madikeri, Coorg dalam Senarai Pilihan 2013 Conde Nast Traveller di AS, UK dan India untuk Hotel-hotel Baharu Terbaik di Dunia

Vivanta by Taj Hotels & Resorts
2013-06-21 01:59 154

 

MUMBAI, India, 21 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Vivanta by Taj - Hotels & Resorts dengan bangganya mengumumkan pengiktirafan terbaharunya. Vivanta by Taj  -  Madikeri, Coorg, berjaya memasuki Senarai Pilihan 2013  Conde Nast Traveller AS,  UK  dan India. Senarai Pilihan Conde Nast Traveller menyenaraikan beberapa wahah paling asli untuk pengembara dari serata dunia. Penerbitan itu menerbitkan senarai tersebut setiap tahun dan pemilihan terakhir dibuat daripada ratusan cadangan daripada perhubungan surat-menyurat majalah seluruh dunia.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/61926-vivanta-by-taj-madikeri-coorg-conde-nast-traveller

Berada pada altitud setinggi 4000 kaki dalam lingkungan 180 ekar hutan hujan subtropika, hotel itu ialah tempat santai sempurna untuk pencinta alam dan golongan berada.  Ia menawarkan pemandangan indah pergunungan. Kanopi tebal hutan hujan yang mengelilinginya ialah kediaman lebih 350 spesies flora dan fauna.

Hotel itu mempunyai Spa Jiva Grande seluas 30,000 kaki persegi. Spa dengan rekaan luar biasa itu menawarkan pengalaman Jiva yang tersendiri – mandian Gudda yang dipanaskan dengan kayu api dan berdasarkan etos tempatan Coorg serta terdapat dalam kediaman tradisional wilayah itu.

Hidangan tempatan Coorg sudah menjadi kewajipan di Restoran Nellaki sementara Fern Tree yang dibuka setiap hari menawarkan pemandangan yang mengagumkan dan Dew memastikan pengunjung yang mementingkan kesihatan boleh menikmati santapan organik.

Setiap hotel Vivanta by Taj menampilkan 'Motif Vivanta', pengalaman tersendiri yang berakar umbikan budaya tempatan. Di Vivanta by Taj – Madikeri, Coorg tetamu boleh mengotorkan tangan mereka di studio tembikar dengan keluasan 2500 kaki persegi, atau menafsir hutan hujan tersembunyi bersama "orang dalam hutan hujan", menerokai Konservatori Coorg – babad tanah Kodavas yang hidup, menikmati pengalaman menjamu selera 101 Lilin yang peribadi dalam perani luar yang besar atau duduk semeja dengan Dr. Beliappa, sejarawan terkemuka Coorg, sambil beliau menceritakan kisah-kisah Madikeri.

Jenama yang berusia 2 tahun ini,Vivanta by Taj, disenaraikan pada kedudukan No. 36 senarai 50 Jenama Hotel Paling Diidamkan di dunia dalam Indeks Kemewahan Dunia 2013, yang disusun oleh Digital Luxury Group dengan usaha sama Ecole Hotelier dan Luxury Society - sebuah pemeringkatan dan analisis antarabangsa untuk jenama yang paling dicari dalam industri kemewahan.

Temui Vivanta

Kerja keras dan bersuka ria. Relaks dan pulihkan tenaga. Cetuskan idea dan musyawarah. Alukan evolusi dan transformasi. Bertemasya dalam semangat yang mempersembahkan kehidupan normal dengan olahan yang tidak dijangka. Bergaya dan canggih, Vivanta by Taj memberikan pengalaman hotel unggul dengan imaginasi, tenaga dan kecekapan.Vivanta by Taj, yang kini terdiri daripada 27 buah hotel dan resort di India dan rantau Lautan Hindi, terdapat di ibu-ibu negara metropolitan penting serta destinasi percutian popular seperti Goa, Kerala, Rajasthan, Sri Lanka dan Kepulauan Maldives. Vivanta by Taj menawarkan tafsiran yang penuh imaginasi, rancak dan bergaya untuk 'kemewahan santai'. Dengan kuisin penuh inovasi, ruang bertenaga, motif unik dan penggunaan pintar teknologi dan pengalaman yang sentiasa ingin menarik penglibatan, menyegarkan dan menyantaikan, ia menggoda pengembara dunia kosmopolitan yang bergelumang dalam gaya hidup penuh rangsangan.

Kekal berhubung dengan Vivanta by Taj Hotels & Resorts

Ikuti kami di Twitterhttp://twitter.com/vivantabytaj
Facebook: http://www.facebook.com/vivantabytaj
YouTubehttp://www.youtube.com/vivantabytaj

Untuk maklumat lanjut sila hubungi –

Sushil.Megharaj@edelman.com
+91-99302-13348

Shona.Dias@edelman.com
+91-98194-41898

Sumber: Vivanta

 

Source: Vivanta by Taj Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Travel