omniture

Bumble and bumble Memperluas Rangkaian Hairdresser's Invisible Oilnya dengan Koleksi Ultra Rich yang Berilhamkan Penjagaan Kulit

Bumble and bumble
2021-08-26 21:50 80

Formula penghidratan mendalam baharu ini memberikan penghidratan, perlindungan kelembapan tinggi dan pengurangan keriting hingga 72 jam.

NEW YORK, 26 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Bumble and bumble, peneraju dalam produk penjagaan dan penggayaan rambut profesional, memperkenalkan koleksi Hairdresser's Invisible Oil Ultra Rich iaitu rejimen penjagaan rambut yang komprehensif yang memberikan penghidratan ultra tinggi dan kelembutan kepada rambut yang paling kering.

Bumble and bumble Hairdresser's Invisible Oil Ultra Rich
Bumble and bumble Hairdresser's Invisible Oil Ultra Rich

Sebagai lanjutan daripada koleksi Hairdresser's Invisible Oil yang terlaris, Ultra Rich merangkumi Syampu, Perapi dan Losyen Rawatan Hialuronik yang bersama-sama memberikan kesuburan dari kulit kepala ke hujung rambut serta penghidratan, perlindungan kelembapan tinggi dan pengurangan keriting hingga 72 jam.

Hairdresser's Invisible Oil Ultra Rich diformulasi untuk semua jenis dan tekstur rambut, 4C-1A, dalam formula berkrim yang digabungkan dengan Asid Hialuronik biomimetik bergred penjagaan kulit, Minyak Biji Tembikai Kalahari dan adunan 6 minyak istimewa Hairdresser's Invisible Oil.

"Kami membangunkan Ultra Rich selepas melihat keperluan yang tidak dipenuhi terhadap penghidratan mendalam terutamanya untuk para pengguna yang mempunyai rambut yang amat kering, tebal dan keriting. Diformulasikan dengan bahan-bahan berilhamkan penjagaan kulit yang hebat, gabungan produk-produk ini mampu memberikan penghidratan selama beberapa hari," kata Christine Hall, Naib Presiden Penyelidikan & Pembangunan Warna & Penjagaan Rambut, The Estée Lauder Companies iaitu syarikat induk Bumble and bumble.

Sebagai pembersih dengan pewarna yang selamat dan bebas sulfat, Syampu dan Perapi tersebut membersih dengan lembut dan menyuburkan, memberikan rambut yang lembut, berkilat dan licin.

Produk terhebat dalam rangkaian yang bebas kekejaman haiwan ini ialah Losyen Rawatan Hialuronik, produk tanpa perlu basuhan dengan pelbagai tugas merupakan perlindungan kelembapan untuk rambut kering dan rapuh. Ia membantu mencegah cabang di hujung rambut, kekusutan dan melindungi rambut daripada putus sambil turut memberikan perlindungan haba hingga suhu setinggi 450°F/232°C.

"Dengan pelancaran Bb.Curl, Bb.Illuminated Blonde baru-baru ini dan kini koleksi Ultra Rich, kami terus mengembangkan tawaran kami untuk semua pilihan jenis, tekstur dan gaya rambut," kata Amber Garrison, Naib Presiden Kanan merangkap Pengurus Besar Global Bumble and bumble.

Hairdresser's Invisible Oil Ultra Rich kini boleh didapati di Salun NYC Utama Bumble and bumble, Salun Bb.Network, bumbleandbumble.com dan Sephora.

#HairdressersInvisibleOil #BbUltraRich

Tentang Bumble and bumble.

Bumble and bumble bermula dengan sebuah salun Bandar Raya New York pada tahun 1977, yang menyaksikan pendandan rambut Bumble and bumble menghias dengan klip, mewarnakan dan menggayakan perjalanan mereka menjadi terkenal di majalah, pentas peragaan dan belakang pentas di seluruh dunia.

Jenama ini diilhamkan oleh pakar kesenian ini – pendandan rambut serta pewarna yang taksub dengan kecemerlangan teknikal dan artistik melalui ekspresi diri yang berani. Bumble and bumble mencipta produk bagi memenuhi standard para profesional ini dengan tepat yang juga cukup mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Daripada Surf Spray, meningkatkan alunan rambut yang ikonik kepada rangkaian Hairdresser's Invisible Oil, pelembap mega yang terlaris, produk yang amat digemari ini digunakan oleh para profesional di salun Bumble and bumble dan jutaan orang di rumah di seluruh dunia setiap hari.

Bumble and bumble mencipta produk untuk semua jenis, tekstur dan gaya rambut tanpa menjejaskan kualiti dalam meningkatkan gaya peribadi anda serta-merta dengan penampilan moden yang mudah. Bumble and bumble amat bersungguh-sungguh, bersemangat dan berdedikasi dengan berani terhadap kesenian rambut.

 

Bumble and bumble Hairdresser's Invisible Oil Ultra Rich
Bumble and bumble Hairdresser's Invisible Oil Ultra Rich

 

 

Bumble and bumble Hairdresser's Invisible Oil Ultra Rich
Bumble and bumble Hairdresser's Invisible Oil Ultra Rich

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1602098/invisible_oil_ultra_rich.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1602099/hairdresser_invisible_oil_ultra_rich.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1602100/invisible_oil_ultra_rich.jpg?p=medium600

Source: Bumble and bumble
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services