omniture

Suncheon Berterima Kasih kepada Kerajaan Tempatan atas Kejayaan Awal Ekspo

The Committee of the International Garden Exposition Suncheon Bay Korea 2013
2013-06-24 15:09 132

SUNCHEON, Korea Selatan, 24 Jun 2013 /PRNewswire/ -- Datuk Bandar Suncheon telah menghantar surat penghargaan kepada kerajaan tempatan dan agensi awam seluruh negara kerana telah membantu bandar beliau menganjurkan Ekspo Taman Teluk Suncheon, kata pegawai perbandaran pada hari Jumaat.

(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/06/21/20130621151258838023.html )

Surat-surat itu dihantar semasa eksposisi taman antarabangsa yang diadakan di Suncheon, 415 kilometer arah selatan dari Seoul, telah mencecah angka 2 juta pengunjung minggu ini, hanya dua bulan selepas perasmiannya. Ia mungkin akan berjaya mencapai sasaran bilangan pengunjung seramai 4 juta orang menjelang penutupannya pada bulan Oktober.

"Kami akan dedikasikan seluruh usaha kami untuk menukarkan ekspo ini menjadi ekspo kesukaan ramai yang membantu semua pelawat melakar memori indah," kata Cho Chung-hoon, datuk bandar Suncheon, dalam surat-surat beliau. Beliau menyeru sokongan dan perhatian berterusan kerajaan tempatan untuk empat bulan yang masih tinggal untuk acara itu diadakan.

Eksposisi Taman Antarabangsa Teluk Suncheon Korea 2013 dibuka pada 16 April dengan tema "Taman Bumi" bagi mempamerkan kepelbagaian tanah-tanah bencah, taman-taman dan denai-denai hijau yang terbentang di tanah berkeluasan 1.1 juta meter persegi.

Ia menawarkan pemandangan indah 83 jenis taman eksotik berbeza serta pelbagai acara kebudayaan, pameran dan persembahan yang diadakan setiap hari bagi menghiburkan para pengunjung.

Acara itu, yang terletak berdekatan salah sebuah tanah bencah pesisiran pantai paling terkenal di dunia, Teluk Suncheon akan berlangsung sehingga 20 Oktober.

SUMBER  Jawatankuasa Eksposisi Taman Antarabangsa Teluk Suncheon Korea 2013

Source: The Committee of the International Garden Exposition Suncheon Bay Korea 2013
Keywords: Agriculture Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Trade show news